Sahabat Que 'Silent Readers'

PASARAYA TESCO DISABOTAJ | Katalog Promosi Ramadhan Tesco DIKATAKAN Disabotaj

7/07/2013 07:25:00 pm


PASARAYA TESCO DISABOTAJ | Katalog Promosi Ramadhan Tesco DIKATAKAN Disabotaj | Petang ni, Abe adalah terbaca berkenaan dengan kes sabotaj mensabotaj ni. Adakah ini benar2 berlaku disabotaj @ sememangnya sengaja di cetak, Abe tak tahu. Khabarnya lah ianya disabotaj. Betul ke? Abe kongsikan dengan korang semua apa yang Abe petik drpd Media Siber. katanya:

Belum pun bermula bulan Ramadhan Al-Mubarak lagi, sudah ada pihak yang mula bermain-main dengan sensitiviti umat Islam terutamanya berkaitan iklan produk ini yang dijual murah sempena promosi musim perayaan ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Kalau sebelum ini sebuah pasaraya dikecam hebat seluruh negara kerana mengeluarkan katalog iklan arak sebagai promosi pada bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

Kali ini ada cubaan sama tetapi seakan menggunakan nama sebuah pasaraya besar untuk diburuk-burukkan sesetengah pihak tertentu. Kami mengesan adanya katalog menggunakan nama pasaraya besar Tesco dengan iklan bulan Ramadhan dengan tema Bulan Mulia Tawaran Berganda dengan terteranya iklan menjual arak jenama Guiness dengan harga murah.


Bagaimanapun, selepas disiasat dari laman web Tesco Malaysia sendiri, katalog iklan berkenaan tidak memaparkan iklan arak sebaliknya produk ubat gigi.


Apakah tujuan pihak tertentu itu mengubah iklan sedemikian sehingga memaparkan penjualan arak? Adakah ini bertujuan untuk menjatuhkan imej Tesco di mata masyarakat. Bagaimana pula dengan sensitiviti umat Islam yang pastinya marah bila iklan sebegini disebarkan kepada orang ramai. Kami berharap janganlah pihak tertentu mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara sebegini kerana ianya hanya akan mengeruhkan keadaan serta keharmonian hidup dalam negara yang aman damai ini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi.


p/s : apakah pandangan anda tentang isu ini?

You Might Also Like

5 comments

  1. saya 2hari sekali ke tesco. memang ubat gigi beli 2 RM8 yang ada dlm iklan katalog tu. Ish, ish.. nape la diorang sabotaj camni eh

    ReplyDelete
  2. isshh teruk tul sape yang buat camni

    ReplyDelete
  3. apa puncanyaaaaa

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad