Sahabat Que 'Silent Readers'

Gambaran Penyesalan Di AKHIRAT Bila AHLI NERAKA Merayu Pada ALLAH SWT | Kisah Benar Diceritakan Dalam SURAH SAJADAH

7/17/2013 11:50:00 pm


Gambaran Penyesalan Di AKHIRAT Bila AHLI NERAKA Merayu Pada ALLAH SWT | Kisah Benar Diceritakan Dalam SURAH SAJADAH | Salam, suka dinihari ni Abe nak kongsikan KISAH BENAR dalam Al-Quran. Tersebut al-kisah... Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Xda api & cahaya.


Di pertengahan perjalanan, mereka terpijak batu-batu yg banyak bertaburan. Ada org berkata, terowong ini kaya dgn emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yg mula mengutip batu2 trsebut hingga penuh tangan. Ada yg mengunakan baju utk membawa batu2 itu. Ada juga yg Xpercaya dan Xmengutip apa2.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Setelah sekian lama brjalan dlm gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu2 yg mereka bawa. Akhirnya mereka mula menghampiri di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu2 itu adalah betul-betul emas dan berlian. Maka ramai yg minta kebenaran dari Iskandar utk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

1. Paling menyesal ialah yg Xpercaya langsung. Xda langsung emas berlian yg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yg bawa sikit juga menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Xda yg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta Xmahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang Xbaik ditunjukkan. Seperti mereka yg meronta-ronta utk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal.

1. Yg soleh dan solehah menyesal kerana masa yg berlalu tanpa dimanafaatkan utk meningkatkan amal ibadat supaya dpt darjat yang lebih tinggi.

2. Yg kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam lagha lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

3. Org2 kaffirlah yg paling menyesal. Terutama mereka yg dah sampai seru pasal Islam, tapi pilih utk Xberiman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya.

4.Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Murtad

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad