Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri

Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri | KISAH NYATA YANG BENAR | Kisah seram yang dikongikan ini adalah kisah benar yang di alami oleh Ina. Perkongsian ini dilakukan oleh kawan Ina supaya kita boleh mengambil iktibar daripada kisah seram ini.



Gangguan yang dialami oleh Ina sesuatu di luar jangkaan manusia. Cerita ini berkisar gangguan di rumah kondo yang pernah didiami oleh Ina. Teruskan membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Kawan aku ni (aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Nama tempat atau alamat aku tak kan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal. Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja. Rumah dia jenis kondo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.

Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.

Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..

Misteri Rumah Kondo Gangguan Bau Busuk

Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan dia tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform, Ina tinggal sorang² je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.

Misteri Rumah Kondo Gangguan Cermin Misteri

Itu bab bau busuk kan dan yang ini berkenaan cermin misteri yang berada dalam tandas Ina tu pulak.. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali dia melihat cermin tu dia mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takut bila dengar Ina cerita kat aku pasal cermin misteri tu.

Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat bilik stor, tetapi sekali lagi Ina terkejut sebab cermin misteri tu boleh berada kat tempat asal tadi!!! Fuhhhhh!! Dia berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab memang dia tak pecaya dengan apa yang dialaminya.. Cermin misteri itu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi dia atau kisah benar yang dialami Ina.

Kadang² bila tengah malam dia nak pergi tandas, dia macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu, dia pun pulang ke rumah ibunya di Kepong kalau tak silap aku.

Gangguan Sakit Misteri

Sampai situ je dia cerita kat aku. Setelah lebih dua bulan Ina tak hubungi aku, aku pun telefon lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak Ina cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikut kata ibu dia, selepas dia berpindah balik ke umah ibunya itu dia mengalami perubahan yang mendadak.

Ina menjadi semakin pendiam, muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak dia sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni anak tunggal kan.

Yang paling teruk seminggu sebelum aku telefon tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, “aku takut tengok cermin tu lah!!’ Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami oleh Ina sehingga dia bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita mengenai Ina lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin. Apa yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke hari ini… Sekian, terima kasih.

Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri Kesimpulan

Betul juga kata ibu Ina tu, jangan letak banyak² cermin dalam rumah. Mungkin yang tak eloknya letak cermin banyak² ni nanti asyik nak tengok cermin je. Padahal boleh buat kerja lain selain mengadap cermin je kan. Apa pendapat korang pula menenai kisah misteri yang dialami oleh Ina??

sumber: http://beautyofislams.blogspot.com/2013/05/kisah-seram-gangguan-cermin-misteri.html#

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

C++ said...

Bhai Que...

Pendapatan gua tak cukup nak beli cermin sebesar itu... hahaha.... kesimpulannyer.. gua dengki dier ader cermin besar cenggitue... Hahaha....

Aper-aper pon.... gua ader satu stori menarik pasai cermin... nanti kalu ader masa gua storikan kat blog gua.... kisah yang terjadi di sebuah universiti di sebuah pulau di Malaysia...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

nasib baca entri ni yg tgh hari.

Siti Amanda said...

Hi, boleh tak bagi contact no, saya pelajar tahun akhir ingin mmebuat dokumentari kisah-kisah berkenaan cermin. boleh email saya di sitiamandarostam@gmail.com

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts