Kisah Benar Dan Menginsafkan | Meninggal Dalam Solat

Kisah Benar Dan Menginsafkan | Meninggal Dalam Solat | Kuala Terengganu : “Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Subhanallah !!! Kisah Benar Dan Menginsafkan | Meninggal Dalam Solat

Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di surau pada jam 4.50 petang.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.

“Bimbang dengan keadaannya, saya cuba membantu sebelum masuk ke ruang sembahyang. Selesai sembahyang, saya melihat arwah tersandar pada dinding surau dalam keadaan lemah dan pucat. Ketika itu denyutan nadinya masih ada, tetapi seluruh badannya sejuk dan arwah disahkan meninggal dunia 10 minit selepas itu,” katanya. – Metro

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts