Sahabat Que 'Silent Readers'

MESIR TERKINI | Para Ulamak Al-Azhar Turun Padang Menyatakan Sokongan Bersama Dr Muhammad Morsi

7/08/2013 11:21:00 am

MESIR TERKINI | Para Ulamak Al-Azhar Turun Padang Menyatakan Sokongan Bersama Dr Muhammad Morsi | Apakah Yang Terjadi Di Mesir? Ulamak Al-Azhar turun padang menyatakan sokongan bersama Dr Morsi dan Syariyyah serta menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh askar. Pohon doa daripada semua agar Allah SWT memelihara Mesir dan rakyatnya

Jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi keluar di seluruh cawangan Mesir menyatakan sokongan kepadanya dan Syariyyah.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni
Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi


sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية

Siaran alternatif terkini media Islam ditutup.

Kini sedang berlaku kebangkitan Mesir di seluruh muhafazah :

Iskandariah : 100000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

Buhairoh : 10000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

Ismailiyyah : Bantahan tentera bersenjata dan penentangan orang awam.

Beni Suef : Penentangan orang awam terhadap penutupan ibu pejabat muhafazah dengan menggantung gambar Dr. Muhammad Mursi di hadapan bangunan tersebut.


Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Afghanistan sokong Dr.Muhammad Mursi :

Rakyat Afghanistan keluar menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr.Muhammad Mursi dan syariyyah.

sumber : عاجل | الجزيرة توك


Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Tentera menyekat perarakan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang akan menghala ke Medan Tahrir dan sepanjang Qornish Nil. Perarakan daripada penyokong Dr.Muhammad Mursi cuba untuk menuju ke Medan Tahrir melalui jambatan Qasr Nil.

Walau bagaimanapun, kereta perisai tentera telah menutup pintu masuk jambatan dari arah Medan Opera, lalu mereka menuju ke jambatan 6 Oktober dari azah Zamalek menuju Medan Tahrir. Ini memaksa kereta perisai tentera dikerahkan ke Qornish Nil berhadapan bangunan Masbero untuk menyekat kemaraan penyokong Dr.Muhammad Mursi untuk masuk ke Medan Tahrir. Maka berlakulah pertempuran diantara penyokong dan anti Mursi serta tentera.

Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Berlaku perhimpunan di depan kedutaan Mesir di Jordan bagi menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan menolak rampasan kuasa oleh askar. 


 
Apakah Yang Terjadi Di Mesir Sebenarnya?



Mursi adalah satu-satunya Presiden Mesir yang bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa Barat sejak era Republik pada 1952. Muhammad Naguib yang menggulingkan Raja Farouk sebenarnya disokong oleh kuasa Barat. Gamal Nassir yang dianggap lagenda kepimpinan Mesir, ucapannya yang berapi itu ditulis oleh CIA.

Anwar Sadaat yang kelihatan bagaikan wira apabila mengejutkan Israel 1973 sebenarnya melutut kepada Amerika di saat Mesir hampir kepada kemenangan. Hosni Mubarak sepanjang hampir 3 dekad memerintah tidak dapat menyembunyi dan menafikan keterlibatan kuasa Barat dalam pemerintahannya.

Kini jelas apabila Mursi tidak ada sandaran mana-mana kuasa bahkan terang-terangan menyokong Palestine, dia hanya kekal dalam masa setahun. Pada saya nilai pemerintahan Mursi bukan pada panjang pendek waktunya tetapi pada nilai kebebasannya.

Mereka yang menolak Mursi samalah menolak kebebasan Palestine. Sejak Mursi memerintah, pintu ke Gaza sebelah Mesir dibuka dan rakyat Palestin boleh bergerak untuk mendapatkan makanan tapi tindakan ini tidak disenangi oleh Israel dan kaum kerabat Yahudi, tercetuslah usaha mengulingkan Mursi yang bukan sahaja membuka jalan pada rakyat Palestin tapi jugak menegakkan Agama Islam yang hampir hancur di zaman Hosni.

Kebangkitan Islam dimana-mana sahaja di dunia ini akan ditentang habis-habisan bahkan menyanjung pada yang membawa anasir-anasir jahiliah untuk melenyapkan Islam, mendedah aurat, K-Pop dan macam-macam lagi. Sedih dengan berita umat Islam khusus nya di Malaysia ini yang hanya dapat berita dari sumber kaum kuffar yang bersorak setelah kebangkitan Islam di cantas begitu sekali.

Tanggal 3 JULAI 2013 menjadi saksi "PENGKHIANATAN TERBESAR" yang dilakukan oleh Tentera dan penyokong anti-Dr Mursi. 3 Julai 2013, Umat Islam menyaksikan kehancuran sistem Demokrasi!! Dulu mereka berjuang MENDEWAKAN demokrasi, hari ini mereka LANTANG MENUTUP pintu demokrasi,walaupun mereka "berjaya" mengusir Dr Mursi pada hari ini dan meraikannya dengan SORAKAN IBLIS, namun mereka tidak akan pernah berjaya untuk memadam API JIHAD yang menyala-nyala di dada Pejuang Islam!

Mereka bukan sahaja berdepan dengan Ikhwan Muslimin,tapi mereka sebenarnya berdepan dengan Allah dan seluruh tentera-tenteraNYA di langit dan di bumi..Janji Allah itu pasti!! AllahuAkbar! Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi. Maka bersorak gembiralah Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Bashar Al-Assad Syria, Syiah, Saudi, Iran, Mubarak dan golongan sekular. Allahurabbi.

sumber: kakisembang.com

You Might Also Like

1 comments

  1. imam besar al azhar syiekh ahmed sokong coup & bunuh pendemo.
    imam yusof qardawi sebut syahid jika mati lamwan askar.

    keliru nih.....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad