PANAS: ISU SEKOLAH TIDAK BERTAMADUN | BENARKAH Murid BUKAN ISLAM DIARAH Makan SERTA Berehat Di Dalam Bilik Mandi Dan Persalinan Pada BULAN RAMADAN?

PANAS: ISU SEKOLAH TIDAK BERTAMADUN | BENARKAH Murid BUKAN ISLAM DIARAH Makan SERTA Berehat Di Dalam Bilik Mandi Dan Persalinan Pada BULAN RAMADAN? | Macam2 hal berlaku semenjak dua menjak ni dalam bulan Puasa yang mulia ni. Yang terbaru ni, Abe terkejut jugaklah dengan Isu ni. Pada Abe, isu ni memang SENSITIF. Jadi Abe tertanya-tanya sengsorang dlm kepala Abe, tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?


Sekolah mana? Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ibu bapa pelajar yang terlibat, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sri Pristana dan berdasarkan komen, TM yakin sekolah ini letaknya berhampiran dengan Saujana Utama Sg Buloh.
baca lagi & lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni
Persoalannya, mengapa murid bukan Islam diperlakukan begitu?  Menurut salah seorang ibu pelajar terbabit, Guneswari Kelly (klik link untuk baca rungutan dan lihat gambar), bilik mandi yang menjadi tempat pelajar bukan Islam makan itu letaknya bersebelahan dengan tandas yang sudah tentu kotor dan berbau. Malah lokasi itu juga tercemar dengan pelbagai bakteria. Walaupun kita mencucinya setiap hari, semua orang tahu bahawa tandas tempat yang "kotor" dan habitat pelbagai bakteria bahaya.

Tambah Guneswari Kelly, pihak pentadbir sekolah didakwa enggan membenarkan pelajar bukan Islam makan di kantin sekolah kerana bimbang mereka akan mengotorkan kawasan tersebut. Persoalannya, sukar sangatkah pekerja am sekolah membersihkan kawasan kantin yang digunakan oleh beberapa kerat pelajar bukan Islam?


Jika benar, alasan yang diberikan oleh pentadbir sekolah ialah soal kebersihan kantin, maka jelas dan nyata tindakan sekolah ini tidak bertamadun. Mereka menjaga kebersihan kantin namun dalam masa yang sama membiarkan pelajar mereka makan di tempat yang tidak sepatutnya.


Harap pihak Jabatan Pendidikan Kuala Selangor mengambil tindakan tegas terhadap pentadbir sekolah yang jelas menjatuhkan martabat Islam, kredibiliti pihak jabatan/kementerian, dan memburukkan lagi persepsi masyarakat bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan. -DCM


P/s: Tergugatkah puasa orang Islam jika mereka ternampak orang bukan Islam menikmati makanan pada siang hari?

3 comments:

Anonymous at: 7/23/2013 4:09 pm said...

It's a case of functional idiocy, the result of a Govt & system gone implosive!

Anonymous at: 7/23/2013 4:11 pm said...

Kalau benar2 kejadian, pentadbir sekolah mmg sudah hilang akal.

{ Lynn Munir } at: 7/23/2013 4:58 pm said...

Samada pentadbir sekolah cuba memperlekeh ibadah puasa umat islam itu sendiri atau dia memang singkat akal. Umat islam yang sudah berniat puasa dan tebal imannya tak akan mudah tergugat melihat orang lain makan di depan mata. Kami berpuasa dan kami berpuasa.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine