Sahabat Que 'Silent Readers'

LIMA ZAMAN (5) Pemerintahan | SEBELUM KIAMAT

7/29/2013 02:03:00 pm

LIMA ZAMAN (5) Pemerintahan | SEBELUM KIAMAT | RAKYAT MALAYSIA ISLAM WAJIB BACA dan SHARE. Kini ulamak bersetuju kita berada di ZAMAN KE-4. Zaman ke 4, zaman diktator dan pemerintah zalim. TIDAK BERLANDAS ISLAM SEPENUHNYA, Allah berjanji akan mengangkat zaman ini. InsyaAllah Islam akan kembali bangkit
 

Umat Islam sejak dari masa hayatnya baginda SAW lagi hinggalah ke hari kiamat, akan melalui LIMA ZAMAN (5) pemerintahan. Walaupun istilahnya ada sedikit berbeza, maksudnya sama saja dan urutan zamannya juga sama. Kelima-lima zaman yang dimaksudkan itu berserta uraian ringkas bagi setiap zaman itu adalah:
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
1. Zaman Kenabian, yaitu zaman umat Islam diperintah oleh pembawa ajaran Islam itu sendiri, Nabi Muhammad SAW. Itulah zaman kemuncak bagi segala zaman pemerintahan,za­man contoh, zaman terbaik di antara segala zaman, sejak dari Nabi Adam AS hinggalah ke hari ini. Zaman ini telahpun berlaku dan telah juga berlalu, yaitu dengan wafatnya baginda SAW pada tahun 10 Hijrah. Dalam hadits kedua, zaman ini disebutkan sebagai selepasku saja, yaitu ringkasan daripada Zaman Kenabian.

2. Zaman Kekhalifahan, yaitu pemerintahan yang berjalan berdasarkan Zaman Kenabian.Pemeri­ntahannya adalah berpandukan benar-benar kepada wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah SAW. Zaman ini dipanggil Zaman Khulafa ur-Rasyidin, khalifah yang mendapat petunjuk. Mereka adalah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar bin Al-Khattab RA, Osman bin Affan RA dan Ali bin Abi Talib KMW. Sebahagian ulama turut memasukkan zaman pemerintahan Sayidina al-Hasan bin Ali RA yang singkat itu (6 bulan) ke dalam Khulafa ur-Rasyidin. Itulah dia 30 tahun yang dimaksudkan oleh baginda SAW dalam haditsnya yang berbunyi (terjemahan) kira-kira:

“Kekhalifahan akan berlaku ke atas umatku selama 30 tahun. Selepas itu, berlaku pula zaman amir-amir.” Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tarmizi dan lain-lain. Hadits yang kedua juga menyebutkan Zaman Kekhalifahan. Zaman ini telah berlaku menurut catatan sejarah dan telah juga berlalu daripada kita.

3. Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah), yaitu zaman yang bermula sejak turunnya Sayidina Hasan bin Ali RA sehinggalah berakhir pada tahun 1924M. Ini termasuklah zaman Umaiyah, Abbasiah, Mameluk, Fatimiyah, Moghul, Seljuk, Ayubiah, sehinggalah ke saat jatuhnya kerajaan Osmaniah, Turki pada tahun 1924. Zaman ini termasuklah semua wilayah yang diperintah oleh pemerintah Islam, yang memakai bermacam-macam gelaran itu separti Amir, Khalifah, Sultan, Raja dan sebagainya. Namun terdapat beberapa orang pemerintah yang patut dikecualikan, karena adil pemerintahan mereka. Antaranya yang lazim kita kenal ialah Umar bin Abdul Aziz, Abdullah bin az-Zubair, Muhammad al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi. Dalam hadits yang kedua, zaman

pemerintahan ini lebih diperincikan sehingga dibahagi kepada dua, disebutkan sebagai Zaman Amir-amir dan Zaman Raja-raja. Maknanya, Zaman Amir-amir itu berlaku lebih dahulu, kemudian barulah diikuti oleh Zaman Raja-raja, untuk menunjukkan lebih-lebih lagi zalimnya daripada zaman sebelumnya. Zaman ini juga telah berlaku dan kini hanya menjadi bahan sejarah bagi pengkaji sejarah, dan juga telah berlalu daripada kita, separti urutan yang ditetapkan.

4. Zaman Diktator, yaitu zaman pemerintahan yang bermula sejak jatuhnya Kerajaan Osmaniah dan berlangsung hingga kini. Pada zaman ini, seperti yang diisyaratkan, raja-raja sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah para pemimpin yang digelar Presiden atau Perdana Menteri. Kedua-duanya adalah sistem diktator, separti yang telah diisyaratkan oleh kedua-dua buah hadits di atas. Jika ada pun raja-raja, sudah tidak mempunyai kuasa penuh lagi separti zaman-zaman sebelumnya. Zaman ini termasuklah semua pemerintah yang menguasai dunia Islam, sama ada yang menggunakan sistem imperial (beraja), berorientasikan­ parti-parti politik (Perdana Menteri), pemerintahan rakyat, sosialis atau republik (Presiden). Semuanya tidak berpandukan kepada sistem Islam yang sejati, tepat separti apa yang kita alami hari ini.Zaman diktator ini sedang berlangsung dan insya-Allah akan diangkat oleh-Nya tidak lama lagi. Berdoalah banyak-banyak agar zaman ini segera Dia angkatkan daripada kita.

5. Zaman Kekhalifahan, yang pemerintahannya­ sama dengan pemerintahan zaman Khulafa ur-Rasyidin dan Zaman Kenabian. Zaman ini belum lagi berlaku, dan insya-Allah akan berlaku, karena telah disebut dan dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW, Sodiqul Masduq.Untuk menghadapi zaman ini, kita umat Islam perlulah bersedia dan bersungguh-sung­guh menghadapi kedatangannya, yang tidak perlu diragui lagi itu. Antara caranya ialah dengan mengamalkan sungguh-sungguh­ cara hidup Islam dalam seluruh aspek kehidupan kita, dan menurut jejak para Salafus Soleh. Untuk membina kejayaan separti zaman dahulu, kita mestilah mengikut apa yang umat zaman dahulu (Zaman Rasulullah SAW) lakukan – peningkatan dalaman. Para pengamal ajaran Islam akan menjadi ghurabak (orang asing), seperti yang berlaku kepada generasi awal Islam dahulu. Melalui para ghurabak inilah Allah turunkan pertolongan-Nya­ sehingga naik Imam Mahdi memerintah seluruh umat Islam di seluruh dunia. Penurunan seorang khalifah oleh Allah SWT kepada umat Islam merupakan satu nikmat yang amat besar, separti firman-Nya yang terjemahannya kira-kira begini,

“Dan ingatlah ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi dari kalangan kamu dan dijadikan-Nya kamu raja-raja.” (Al-Maidah : 20)

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad