Alvin Dan Vivian TERKINI | Akibat MEMPERSENDAKAN RAMADAN AL MUBARAK, Alvin Dan Vivian BOLEH DIDAKWA Ikut Banyak UNDANG-UNDANG Termasuk AKTA HASUTAN

Alvin Dan Vivian TERKINI | Akibat MEMPERSENDAKAN RAMADAN AL MUBARAK, Alvin Dan Vivian BOLEH DIDAKWA Ikut Banyak UNDANG-UNDANG Termasuk AKTA HASUTAN Ni lah padah bila berfikir guna kepala lutut. Pada Abe, memang patut kena tindakan keras sebab langsung terang jelas nyata 'Dak-Dak Berdua' ni memang cari nahas. Moga jadi pengajaran pada makhluk seumpamanya yang lain...


BANGI - Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee boleh didakwa mengikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan akibat mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bagaimanapun beberapapertimbangan perlu dibuat terlebih dahulu. 

"Ia ada banyak undang-undang. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) punya undang-undang. Ada Akta Hasutan dan sebagainya. Jadi bergantung kepada undang-undang yang penaltinya dianggap terpakai.

"Tapi dalam menentukan untuk tuduhan itu dibuat kita terpaksa tengok dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Mengenai Jenayah Siber: Cabaran Praktikal dan Trend Semasa di sini hari ini.

Semalam pasangan itu hadir di pejabat SKMM di ibu negara bagi memberi keterangan. Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini. Semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mengenai kes Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian, Abdul Gani berkata siasatan boleh dilakukan terhadapnya meskipun mempunyai 'immunity' sebagai duta.

"Kalau dia buat salah sesiapa pun boleh diambil tindakan undang-undang. Tapi yang mustahak betul ke tidak dia ada buat salah.

"Siasatan pun boleh dijalankan kepada dia tapi bergantung kepada keadaan. Mungkin mereka mempunyai 'immunity' itu seperti yang diberikan kepada duta," katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/alvin-vivian-boleh-disiasat-bawah-akta-hasutan-1.183263

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Carlos Santiago said...

amik je terus tindakan. kot lepas ni senyap mcm tu je.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts