Kisah Duka Kucing Yang Menanti Tuannya Untuk Pulang | Kisah NYATA Yang SEDIH

Kisah Duka Kucing Yang Menanti Tuannya Untuk Pulang | Kisah NYATA Yang SEDIH | Ni cerita kucing arwah pakcik. Kucing ni arwah pakcik panggil Tampong(Tompok). Actually Tompok ni tak cantik pon. Bulu tak lebat. Pakcik kutip dekat pasar. Time tu Tompok ni kecik lagi. Berkurap. Hodoh giler. Pakcik buat balik rumah. Bela sampai besar..sampai gemook gedebok..



Punyalah sayang arwah pakcik kat Tompok..pakcik sayang melebihi pakcik sayang bini pakcik… Walaupon Tompok bukan kucing siam, parsi atau yang berbulu gebu2.. pakcik sangat sayang dekat tompok..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade kat depan mata.selagi pakcik tak bagi..dia xkan ambil.. Tompok tak pernah berak dan kencing merata kat dalam rumah. Tompok kenal bunyik motor pakcik..bunyi je motor pakcik dari jauh..terus berlari keluar rumah tunggu pakcik

Tompok hambat ayam2 daripada masuk ke dalam rumah pakcik.. Tompok sangat bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani.. Tompok tak pernah berebut makanan ngn Putih.. kalau masing2 meluru kearah makanan.. Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan.. kemudian bila Putih dah tak nak makan.. baru Tompok pergi makan..

seminggu sebelum pakcik meninggal.. Tompok duk bertenggek je atas motor pakcik (Tompok bukan mat rempit okay!).. time tu pakcik kat hospital.. seminggu kat atas motor. Tompok bukan merempit.. tapi Tompok tunggu pakcik… macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi.. bila pakcik meninggal..

seminggu tompok langsung xjamah makanan.. Tompok hampir mati.. badannya jadik kurus kering.. bila sebulan dah pakcik pergi.. baru Tompok boleh terima.. Tompok mula makan dan jadik gemook balik.. tapi setiap hari. .tompok akan bertenggek kat atas gerai... termenung macam menunggu sesuatu..


Tompok mesti tunggu pakcik balik.. Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia. Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan.. sebab tu baru saya faham,, kenapa nabi sangat menyayangi kucing.. kucing sebenarnya sangat suci hatinya.. kadang2 air mata saya menitis tengok keadaan Tompok.. bila balik kerja je.. terus saya ke rumah pakcik main2 ngn Tompok..

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Yan Ty said...

Ok sebak dah , bertakong dah aiyak mata teringat kat semua arwah kucing-kucing Ty. Uwaaaa!!!!!! i miss them alots!

Miss Brenito said...

Ya Allah sebaknya, dulu abah saya pon ada kucing mcm tompok. setia menunggu kepulangan dan sangatlah cam bunyi vespa abah saya. tapi bila kami berpindah abah taknak bawah n ditinggalkan mcm tuh jer.. nath apa la nasi si Buza tuh.. agak2nya mesti mcm tompok

Anonymous said...

Sebak sy bce cerita awk ni😢

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts