Sahabat Que 'Silent Readers'

Semakan Online Dan SMS Senarai Nama PLKN 2014 | Program Latihan Khidmat Negara

7/28/2013 12:15:00 am

Semakan Online Dan SMS Senarai Nama PLKN 2014 | Program Latihan Khidmat Negara | Calon-calon yang berjaya mendapat tempat untuk mengikuti kursus Latihan Khidmat Negara akan ditempatkan di beberapa lokasi kem penempatan PLKN yang telah ditetapkan di setiap negeri. 


Untuk rekod, terdapat beberapa fasa atau siri pengambilan peserta PLKN dalam setahun.
baca lagi & untuk semak, Klik TAJUK ENTRI ni
Objektif Dan Matlamat PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pengumuman Terkini

Tarikh Semakan Calon PLKN 2014

Semakan PLKN Siri 11 Tahun 2014 bagi remaja yang lahir pada 1996 boleh disemak mulai 25 Julai 2013 (Khamis) melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas di PLKN SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Calon PLKN 2014

Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 Online

Untuk pengetahuan calon, semakan senarai nama yang berjaya boleh dibuat mulai 25 Julai 2013. Harap maklum

Semakan boleh dibuat di http://apps1.khidmatnegara.gov.my/


Semakan SMS PLKN 2014

Taip: PLKN SEMAK <No KP anda> Hantar ke 15888

Nota: Applikasi semakan boleh dibuat mulai 25 Julai 2013.

Maklumat Lanjut Program PLKN 2014

Sila layari laman rasmi Khidmat Negara di http://www.khidmatnegara.gov.my/

sumber: Media Siber

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad