MESIR TERKINI | PERKONGSIAN DARI SAHABAT

MESIR TERKINI | PERKONGSIAN DARI SAHABATSemalam saya menyaksikan perhimpunan Pro Mursi (Tajarrud) di hadapan rumah saya. (Rumah saya tingkat 6, jadi tengok dari rooftop).


Hati saya tersentuh melihat ahli Ikhwanul Muslimin. Ramai ikhwah-ikhwah (lelaki) yang berjubah berjanggut, berjumpa, bersalaman dan bertemu pipi. Pandangan yang melihat boleh merasa kekuatan tarbiyyah yang mengalir pada mereka. Terharu dan terkesima.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Akhowat-akhowat (perempuan) pula berpakaian labuh. Boleh kata sangat berbeza penampilan mereka dengan kumpulan anti-Mursi (Tamarrud). Laungan mereka, jelas ingin mendaulahkan Islam di tempatnya. Bila tiba waktu solat mereka terus mengemaskan saf di atas jalan raya tanpa sejadah pun. Di akhir rakaat mereka membaca doa Qunut Nazilah. Betapa kuatnya tarbiyyah mereka, Allah swt datangkan ujian yang berat ini bagi mereka.

Sebelah malamnya sejurus lepas mereka hendak bersurai dari perhimpunan yang aman, datang kumpulan upahan menyerang. Kalaulah anda berada di sini dan melihat sendiri betapa susahnya Dr Mursi menghapuskan tinggalan Mubarak, hasutan sepanjang tahun yang tidak berhenti, kekacauan yang berbagai ditimbulkan dalam negara, tentangan dari Israel dan pihak luar, penyiksaan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas orang Ikhwan, anda pasti menyesal dengan fitnah yang anda taburkan terhadap pentadbirannya.

Saya melihat sendiri, yang mereka serang itu, tentera agama Allah swt tanpa mereka sedari.

Qunut Nazilah -

Artikel Menarik Lainnya



6 comments:

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...



Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya. AMIN

fyna said...

tersentuh hati bila lihat di tv..

Anonymous said...

وقال بديع: "لولا أننا متأكدون أن الجنه غالية وأن الحرية أغلى من الحياة ما ضحينا بأرواحنا، نموت نحن وتحيا مصر حرة"،

paripariputih said...

Semoga mereka mendapat perlindungan Allah s.w.t amin

mysuri said...

Ya Allah satukan hati-hati rakyat Mesir yang berdaulatkan lslam dan pemimpin lslam Muhammad Morsi. Menangkan mereka Ya Allah.

mysuri said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts