Sahabat Que 'Silent Readers'

Bonus Raya Aidilfitri 2013 | Saguhati RM500 & RM250 Untuk Kakitangan Awam?

7/23/2013 02:17:00 pm

Bonus Raya Aidilfitri 2013 | Saguhati RM500 & RM250 Untuk Kakitangan Awam? Nampaknya pihak Cuepacs macam biasa, akan terus menerus berusaha dan membela nasib lebih kurang 1.4 juta kakitangan awam mendapat pembelaan yang selayaknya.Dan begitu juga halnya dengan bonus untuk kakitangan awam bagi raya 2013 sebanyak setengah bulan gaji akan ditunaikan oleh pihak kerajaan Malaysia.


Hari ini, sudah masuk hari yang ke-15 umat islam menunaikan ibadat puasa, dan sudah semestinya perancangan untuk menyambut kedatangan syawal yang mulia menyebabkan ramai kakitangan awam menantikan berita baik dari kerajaan agar memberikan bonus yang menjadi topik terhangat sehari dua ini.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Sekurang-kurangnya  dengan bantuan bonus ini dapatlah meringankan beban terutamanya kepada penjawat awam yang bergaji rendah serta mempunyai tanggungjawab atau anak yang ramai.

Berdasarkan maklumat yang perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013

Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
Hari : Rabu
Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Bonus raya Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.

Kami juga dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.Apa respon anda?Bincangkan

sumber: Media Siber

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad