Sahabat Que 'Silent Readers'

Penyesalan Itu Sangat Berguna Sebelum Ajal Menjemput Kita | INSAFLAH!!!

7/01/2013 09:53:00 pm

Penyesalan Itu Sangat Berguna Sebelum Ajal Menjemput Kita | INSAFLAH!!! | Firman Allah swt: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada perintah Allah serta taat kapada perintah Rasul Allah". (Al-Ahzaab 66)


Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesal) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar?". (Al-Furqaan 27)
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Kesudahan bagi golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) "supaya aku dapat mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". (Al-Mu'minun 99)

“Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as Sajadah: 12)

”Dan mereka berkata: ‘Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala’.”(Al-Mulk: 10).
 
P/S: Setiap manusia melakukan kesalahan termasuk juga Abe, jika selama ini Abe ada membuat kesalahan minta dimaafkan.. Semoga Allah ampunkan kesalahan kita dan menetapkan kita bersama orang-orang beriman..marilah sama-sama kita bertaubat, pintu taubat seluas langit dan bumi, jangan sampai matahari naik dari sebelah barat..Ketika itu penyesalan tidak berguna lagi..Wahai Allah yang membolak balikkan hati, Kau tetapkan hati ku dan sahabat ku dijalan taubat dan kebenaran.. Ameen

sumber: www.kakisembang.com

You Might Also Like

1 comments

  1. terima kasih atas peringatan ini...marilah kita sama2 muhasabah diri dan melakukan apa yang dituntut dan sepatutnya...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad