Sahabat Que 'Silent Readers'

MESIR TERKINI | Presiden Dr Mohamed Morsi DIGULINGKAN Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

7/07/2013 02:06:00 pm

MESIR TERKINI | Presiden Dr Mohamed Morsi DIGULINGKAN Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera | KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya telah menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan. Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Inilah akhlak Dr Mursi yang dibenci oleh golongan Sekular
MASUK WAKTU :Dr.Mursi melaungkan azan,ketika sedang berucap (Mesir)
Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah..Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...

Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ???Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi.
Dunia akhir zaman yang hak dikatakan batil, dan batil dikatakan hak

sumber: kekisembang.com

You Might Also Like

1 comments

  1. Mudah-mudahan konflik di Mesir akan segera berlalu.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad