Sahabat Que 'Silent Readers'

KHASIAT PETAI | Penawar SEMULAJADI Yang LUARBIASA

7/15/2013 07:37:00 am


KHASIAT PETAI | Penawar SEMULAJADI Yang LUARBIASA | Semalam otw balik Putrajaya, sempatlah Abe berhenti kat area Gua Musang beli petai. Fevret Abe ni... Jap lg Abe akan buat resepi petai ISTIMEWA. Hehehee, namanya SAMBAL TAHUN. Teringat zaman2 belajar dulu, masa kat rumah sewa, Abe berniaga SAMBAL TAHUN utk side income.
 

Ok lah, Abe share sikit informasi berkenaan Petai ni. Korang tahu tak, Petai ni berkhasiat & boleh jadi penawar. Ok lah, xnak cakap banyak. Ni info korang perlu tahu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Nama saintifik Petai ialah Parkia speciosa. Petai kebiasaannya dijadikan ulam bagi orang-orang dahulu. Sekarang ini petai ini dipelbagaikan kegunaannya dalam masakan. Maklumla, orang Melayu ni memang kreatif dalam bab memasak ni.

Ada yang masak sambal tumis ikan bilis petai, sambal tumis udang dicampur petai dan ada juga dijadikan jeruk. Petai ini memang sedap. Walau bagaimanapun, yang kurang sedap ialah bau mulut selepas makan petai dan juga air kencing orang yang makan petai. Baunya agak kuat dan kurang menyenangkan.

Mungkin sebab inilah orang tak suka makan petai. Okey, dipendekan cerita Abe senaraikan beberapa khasiat Petai ni.

1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.

2) Daun petai dapat merawat demam kuning.

3) Mengurangkan risiko penyakit strok.

4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.

5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.

6) Petai dapat mengurankan depresi kerana mengandungi Trytophan.

7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.

Setakat itu dulu Abe tulis, boleh la explore lagi untuk tahu lebih lanjut mengenai khasiat petai.

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

2 comments

  1. Bhai Que...

    Resepi Sambal Tahun tue mana.... chit... kasi citer la bhai... hahaha

    ReplyDelete
  2. cuma bau je lah kan...khasiat tu memang hebat dah..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad