Sahabat Que 'Silent Readers'

CIKGU DI TEMBAK MATI | Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Panchor DI TEMBAK MATI

7/08/2013 08:35:00 pm



CIKGU DI TEMBAK MATI | Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Panchor DI TEMBAK MATI | Pada 08/07/2013 jam lebih kurang jam 1.40 ptg, Semasa mangsa keluar dari Sek Ren Keb Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan telah ditembak oleh suspek yang tidak dikenali.


Kereta mangsa telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti dihadapan sebuah rumah alamat Lot 1843, Kg. Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan. Pemeriksaan forensik mendapati 4 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek dan 3 mengenai cermin depan, 1 das mengenai cermin pintu hadapan sebelah pemandu.Manakala pada badan mangsa terdapat 3 das tembakan. 1 anak peluru di percayai .38 telah dijumpai didalam kusyen pemandu.
baca lagi & lagi gambar Klik TAJUK ENTRI ni



Siasatan awal dapati mangsa selain bertugas sbg guru turut menjalankan pelbagai perniagaan seperti perniagaan balak, shakle( Direct Selling), kontrak kantin sekolah dll. Mengikut maklumat mangsa dipercayai mempunyai masalah hutang dari beberapa pihak dan perkara ini sedang dalam siasatan..

Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II KB utk bedah siasat yg dijangka akan dijalankan mlm ini.

MAKLUMAT MANGSA
NAMA: HASHIM
UMUR: 40AN
KERJA: PEN. KANAN HEM SEK. KEB BERIS PANCHOR, BACHOK

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

1 comments

  1. Takziah. Pembunuhnya mesti dihukum. Pihak berkuasa perlu bertanggungjawab. Kerajaan juga bertanggungjawab pantau penjawat awam dalam aktiviti perniagaan luar(sebenarnya banyak kes sebab gaji tak pernah cukup dengan kenaikan kos sarahidup setiap tahun).
    Kiranya betul ia ada kaitan dengan perniagaan, jadikanlah pengajaran pada semua warga pendidik, semua penjawat awam dan kepada aku sendiri. Tumpukan pada tugas. Duit tidak boleh dibawa mati tapi tak ada duit pun tak boleh hidup. Oleh itu bersyukur dengan apa yang kita dapat dan kita cuba tukar kerajaan untuk perubahan...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad