Sahabat Que 'Silent Readers'

CHETZ YUSOF TERKINI | 'Saya TIADA NIAT HINA Islam' Statement Apakah Ini?

7/31/2013 10:25:00 am

CHETZ YUSOF TERKINI | [ISU HINA ISLAM] 'Saya TIADA NIAT HINA Islam' Statement Apakah Ini? | KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.


Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang DIPERCAYAI merupakan seorang penganut Islam. Pada Abe, kenyataan Chetz Yusof ni MEMANG TAK MASUK AKAL jika dia terang jelas nyata beragama Islam. Apa yang dibuat oleh nya juga xsepatutnya dibuat oleh seorang yang beragama Islam.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

 “Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela. Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

"(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu. Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia. 

p/s: Pada Abe, kenyataan Chetz Yusof ni MEMANG TAK MASUK AKAL jika dia terang jelas nyata beragama Islam. Apa yang dibuat oleh nya juga xsepatutnya dibuat oleh seorang yang beragama Islam. Bela Anjing tu  bukan itu yang dipersoalkan umum. yang dipersoalkan umum adalah MENGAPA BUAT VIDEO segitu yang berlatarbelakang Takbir Raya, siap ANJING  ambil wuduk lagi... Apa komen Korang? 

baca lagi & tonton videonya, Klik SINI

sumber: http://mynewshub.my/?p=181285

You Might Also Like

22 comments

  1. salam...adalah lebih baik masyarakat Islam dinegara ini menilai persoalan hukum tentang anjing melalui pendapat imam2 yang muktabar seperti asSyafii, hanbali, Maliki dan Hanafi...wujud perbezaan pendapat tentang persoalan anjing..kita harus berlapang dada dengan pendapat2 yang sedikit sebanyak berbeza....bagi saya Chetz Yusof tidak keterlaluan...yang mengkritik beliau kelihatannya tertakluk kepada satu pendapat tanpa meluaskan minda kepada pendapat lain yang juga muktabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk pakai ke pendapat dia ni? Jantina pun celaru..

      Delete
    2. Betul tu...dlm hal ni,baik kita lihat mcmana hukum memelihara anjing ....ttg masalah lain,biar dulu.org kita semangat lebih,mengaji ilmu agama malas.saya dah lihat vid tu,xde pun kata chetz tolong ambik wudhu pd anjingnya.hati2 dgn segala 'info' yg diterima,lebih baik kita bercakap dgn ilmu,bukan dengan kedangkalan berfikir.

      Delete
    3. Belambak lg binatang yg halal boleh bela nape xnk bela! Dia sendiri pn konfius ada kote ke ada puki..

      Delete
  2. ini kerja gila orang yang tak dak kerja lain.

    ReplyDelete
  3. Hina sgt ke anjing? Entah2 mereka lg mulia drpd kita. Apa anjing xleh bertakbir, bertasbih? Mereka hanya makhluk Allah yg mengikut perintahNya. Kita disuruh jgn makan dia & bersamak jika bersentuhan je, bukan sampai hina dia tang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala samak mungkin la. Tp kalo selalu, larat ke? Satu lg, kalo samak tangan mungkin jugak tp kalo sampai kepala, tengkuk, rambut.. larat ke? Hari2 plak tu. Pakaian pun nk samak jugak. Ada masa ke?

      Delete
  4. ala xyah la korang marah sangat dengan anjing 2,dia pun makhluk ALLAH jugak,,ada kalanya manusia minta bantuan dari pada anjing2 2..contohnya,berapa banyak anjing2 penjaga rumah tuan2 nya,tp dia dapat ap je..cuma nasi sepinggan..ha klw ada perompak dia yg mati dulu bukan kita pon,klw dah mati buang dlm sungai,longkang...2 la nasib anjing2...kita xleh membenci sesuatu t belebehan sangat,,mungkin jugak ap yg kita benci 2 ALLAH suka..bagi jugak la dia peluang...

    ReplyDelete
  5. ala xyah la korang marah sangat dengan anjing 2,dia pun makhluk ALLAH jugak,,ada kalanya manusia minta bantuan dari pada anjing2 2..contohnya,berapa banyak anjing2 penjaga rumah tuan2 nya,tp dia dapat ap je..cuma nasi sepinggan..ha klw ada perompak dia yg mati dulu bukan kita pon,klw dah mati buang dlm sungai,longkang...2 la nasib anjing2...kita xleh membenci sesuatu t belebehan sangat,,mungkin jugak ap yg kita benci 2 ALLAH suka..bagi jugak la dia peluang...

    ReplyDelete
  6. ala xyah la benci sangat dengan anjing 2..dia pon makhluk ALLAH,ada kalanya orang2 di luar sana menggunakan tenaga anjing2 2.anjing 2 lebeh setia kepada tuan2 dia..klw jaga rumah,kebanyakan dia yg mati dulu,sebab di bunuh penyamun,klw dah mati,la buang mana nak buang,klw hidup lagi dapat nasi sepinggan pagi,sepinggan malam,kadang2 xmakan pulak..kita x boleh membenci sesuatu 2 berlebihan sangat,,mungkin jugak ap yg kita benci 2 ALLAH suka...bagi jugak la dia peluang...

    ReplyDelete
  7. Bukan anjing yg jd masalah.. cara diselang selikan babak anjing dgn orang mnyebabkan org curiga. Orang ambik wuduk dgn basuh anjing. Org lap muka dgn lap anjing. Siap background takbir raya. Mcm ada motif xbaik.. kan byk cara lain nk educate org.

    ReplyDelete
  8. xsalah dia nk tunjuk cara jaga anjing ape sume...bagus la dia buat menda baik...tapi sebagai penganut agama Islam, nape nk include skali bab hari raya? tepuk dada tny iman....
    jgn pahala yg dicari, dosa yg mendapat...

    ReplyDelete
  9. couple haram berdosa yang kena tangkap khalwat yang banyak2 tu tak menghina Islam ke?

    ReplyDelete
  10. tak paham la manusia yang sebegini rupa. speechless. bapak Ty yang mualaf pun tak macam ni tahu hukum.

    ReplyDelete
  11. Memang hukum anjing itu najis atau tidak adalah khilaf ulama muktabar.

    TETAPI, SEMUA ulama' muktabar mengatakan membela anjing sebagai haiwan PELIHARAAN adalah HARAM!!.

    Itu nyata. Ni la masalahnya jika umat manusia yg tidak berilmu buat-buat sendiri hukum.

    ReplyDelete
  12. Buat sesuatu perkara..jangan sampai datangkan fitnah.....berfikir sebelum melakukan sesuatu......

    ReplyDelete
  13. Kerja orang bodoh...... nama saja jurutera tapi otak letak dekat punggung!

    ReplyDelete
  14. Ada anjing yg dijamin syurga. Anjing belaan pemuda Ashabul Kahfi. Namanya Qithmir kalau tak silap.

    ReplyDelete
  15. tak boleh terima jika kata nak educate org, tak masuk akal langsung, yg pasti siapa yg menonton dah tentu akan berfikir 38 years old wanite nie sengaja nak mempermainkan ugama islam..itu pendapat saya..

    ReplyDelete
  16. Kenapa perlu tunjuk video dalam keadaan anjing basah?blh pula ambil wudhu dengan anjing tu?berapa kali nak samak?

    ReplyDelete
  17. anjing dalam keadaan basah,kena samak.semua orang tahu.tapi apa motif nak ambil wudhu dgn anjing?setakat nak pegang anjing,ramai je org islam bela anjing.tp xla ajak anjing pergi masjid nak solat raya.

    ReplyDelete
  18. Anjing tu xsalah....yg bangangnye betina/jantan jadian tue! Bg aku dia sengaja provoke! Guna la otak ko yg kata engineer tue! Sbb2 mcm ni la org lain xhormat agama kita!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad