Sahabat Que 'Silent Readers'

Alvin Dan Vivian TERKINI | JAIS Tak Teragak-Agak AMBIL TINDAKAN Terhadap Alvin Dan Vivian

7/18/2013 09:41:00 am

Alvin Dan Vivian TERKINI | JAIS Tak Teragak-Agak AMBIL TINDAKAN Terhadap Alvin Dan Vivian | Akibat nak mencari PUBLISITI MURAHAN, terimalah akibatnya. Melawak TAK KIRA TEMPAT punya pasal. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar kontroversi sehingga menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka.


Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pasangan kontroversi, Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, kerana memuat naik gambar sedang menikmati hidangan tidak halal dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan' berserta logo halal.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tegasnya, tindakan pasangan terbabit boleh disabit salah sama seperti penganjur program di Damansara Utama Methodist Church yang dipercayai cuba mengkristiankan umat Islam pada bulan puasa tidak lama dahulu.

"Jais berpendirian tidak sepatutnya perkara itu dibiarkan berlaku.

"Sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum, sepatutnya mereka menghormati keharmonian antara kaum dan agama yang dipupuk sejak 50 tahun lalu.

"Seperti isu-isu lain, kalau terbukti mereka menghina dan persendakan Islam, kita akan ambil tindakan seperti kes gereja tidak lama dahulu," katanya kepada Sinar Harian Online selepas merasmikan Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas perbuatan tidak bertanggungjawab dua remaja terbabit yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh tersebut, Jumaat lalu. Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal.

Dalam pada itu, Marzuki menegaskan sepatutnya bulan puasa dimanfaatkan untuk memperbaiki iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan. Menerusi Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan anjuran Bahagian Dakwah Jais dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu tegasnya, sekaligus dapat membendung budaya negatif yang kerap kali dimanipulasikan sesetengah pihak di media sosial.

"Kita harap program berbentuk Islamik ini dapat menyuburkan keimanan dan mempertingkatkan jati diri khususnya masyarakat," tegasnya. Semalam, Suruhanjaya Komunikasi, dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore untuk memberi keterangan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.

"Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok (hari ini)," katanya.

Sementara itu, Marzuki turut menegaskan, sepatutnya bulan Ramadan sepatutnya dimanfaatkan untuk memperbaiki iman dan ketaqwaan kepada ALLAH, bukannya menimbulkan kebencian sesama insan.
Menerusi Program Berbuka Puasa dan Tazkirah Santai Ramadan anjuran Bahagian Dakwah Jais dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu tegasnya, sekaligus dapat membendung budaya negatif yang kerap kali dimanipulasikan sesetengah pihak di media sosial.

"Kita harap program berbentuk Islamik ini dapat menyuburkan keimanan dan mempertingkatkan jati diri khususnya masyarakat," tegasnya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/jais-ambil-tindakan-pihak-hina-islam-1.182580

You Might Also Like

2 comments

  1. Elok diambil tindakan pada mereka berdua ni , biar menjadi teladan pada mereka yang berani mempersendakan islam di masa depan.

    ReplyDelete
  2. Elok diambil tindakan pada mereka berdua ni , biar menjadi teladan pada mereka yang berani mempersendakan islam di masa depan.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad