Sahabat Que 'Silent Readers'

[INFO BANJIR TERKINI] Terengganu | Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan Kepada 7,163

12/05/2013 07:45:00 pm

[INFO BANJIR TERKINI] Terengganu | Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan Kepada 7,163 | 5 Disember 2013. KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 7,163 orang pada sebelah petang berbanding 7,780 orang pagi tadi.


Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini berikutan seramai 620 orang mangsa di Hulu Terengganu telah dibenar pulang ke rumah masing-masing.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Ia berkata jumlah mangsa yang masih tinggal di daerah itu sehingga pukul 4 petang ialah seramai 1,034 orang dari 302 keluarga.

Dalam masa yang sama, sebanyak 14 daripada 27 pusat pemindahan di daerah itu telah ditutup.

Bagaimanapun lain-lain kawasan seperti Kemaman, Dungun dan Marang, keadaan banjir tidak banyak berubah pada sebelah petang berbanding sebelah pagi.

Di Kemaman, jumlah mangsa masih merupakan yang teramai dengan 3,480 orang daripada 916 keluarga, di Marang 54 orang (14 keluarga) dan Dungun seramai 2,130 orang (572 keluarga).

Pusat pemindahan yang masih beroperasi di Kemaman ialah sebanyak 38 buah, Marang (3) dan Dungun (27).

Sementara itu enam orang daripada dua keluarga telah dipindahkan di Besut pada tengah hari tadi apabila daerah itu pula mula dilanda banjir dengan mangsa ditempatkan di Surau Kampung Kayu Kelat.

Keadaan paras air di kebanyakan sungai utama di negeri ini pada sebelah petang masih ditahap bahaya. - BERNAMA

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad