Sahabat Que 'Silent Readers'

Kenapa Ikan Tak Ada LIDAH? | BACA DAN FAHAMI

12/16/2013 12:05:00 pm

Kenapa Ikan Tak Ada LIDAH? | BACA DAN FAHAMI | Salah seorang sahabat pun bertanya, “kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”


Sabda Rasulullah s.a.w:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
”Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. Maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut.

Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, “Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan”.

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

P/S :Oleh itu, marilah Kita “jaga” lidah Kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik dan benar, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad