[TERGEMPAR] TULISAN Prof Dr Muhaya | Menyebabkan BENZ ALI Ajak DEBAT

[TERGEMPAR] TULISAN Prof Dr Muhaya | Menyebabkan BENZ ALI Ajak DEBAT | Siapakan BENZ ALI? Klik [SINI]... Ini adalah tulisan Prof Dr Muhaya, bacalah: SHAH ALAM – Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu. 


Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

“Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.

Artikel Menarik Lainnya



20 comments:

Anonymous said...

RUGI MASA AJE BEDEBAT DGN PEREMPUAN AHLI NEREKA PENUH NAFSU NI

kampong lad said...

1.suruh dia pi dok kat pendalaman atau kampong seminggu cukup, apakah dia boleh bercakap benda yg dia kata tu?
2. kenaikan harga barang2 bukan disebabkan demand & supply, tetapi kerana salah urus tadbir pemerintah.

Rosiah Ismail said...

pemimpin dok boros rakyat yang tanggung kos.....

Rosiah Ismail said...

pemimpin dok boros rakyat yang tanggung kos.....

Teori tak cukup jika dibandingkan dgn pengalaman said...

Dr Muhaiya sekadar cipta teori... Pengalaman xprnah dia rasa... Ade org yg lebih brpngalaman dgn masalah harga brg naik, sebab org tu dh mengalami bertahun-tahun dgn belanja harian. Teori Dr Muhaiya, org bleh sedar dlm beberapa hari jer, lps tu org akan kembali kpd tabiat asalnya... Dr Muhaiya berasal dr keluarga senang, dia duduk dlm keluarga serba kemewahan... Aku nk tgok kalau dia bleh duduk dlm suasana keluarga yg susah dan mempunyai anak yg ramai, cmne rasenye dia nk tmpung keluarga dia...???

Anonymous said...

Cerah peluang Dr ni utk dilantik jdi senator pastu jdi menteri la dia....

Anonymous said...

Datuk sri coming soon....

Anonymous said...

sebab dia byk duit dan mudah berbelanja sebab itu dia komen begitu realitinya kehidupan ini perbagai x semua manusia sama tahap kehidupan jadi bagilah komen yg adil x semua negatif itu negatif dan semua positif itu positif

Anonymous said...

jangan marah..dia bercakap diatas kapasiti dia yg dan senang.
So, biaq pilah.

fizafantagirO said...

Teori yang rasanya golongan seangkatannya je boleh praktikkan . annoying sungguh.

Anonymous said...

Yg pendapatan sikit tu, simpati. Lagi simpati kalau tak solat, tak pernah berjamaah kat surau/masjid. Lagi simpati kalau tak tau mana2 nak ngadu, kan pej Zakat, Kebajikan Masy ada.
Allah kata, bertaqwalah, Aku akan beri rezeki dari yg tak disangka2. Hentikan merokok & stop langgan Astro, sebaliknya tolong sapu2 kat surau/masjid kariah awak tu.
Pernah buat? Tak yakin? Tak tau?

Tu pasal le. (mesti aku kena kutuk sama mcm Dr Muhaya - aku dah sampaikan. )

Undi lagi BN, baru tau !

Mohsin said...

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya. So Cina lagi kaya raya...duit cukup rezeki melimpah ruah....so berkat lagi ke?

Anonymous said...

Entah la, bila ada sesuatu pendapat tu, ada yg diterima sepenuhnya, ada yg tolak sepenuhnya, ade pula yg terima separuh2 & ade yg tolak separuh2. Sebab manusia sekarang ni sangat ramai & macam2 perangai, latar belakang, pendidikan,ilmu dll.

Yang pentingnya tanya diri sendiri, baru adil.
Tapi tak bagus juga sebab penting diri sendiri. Ok le, kalau gitu, utk keadilan pada rakyat Malaysia cuba tolak BN. Tapi penyokong2nya tentu kata tak adil sebab BN dah banyak jasa, Malaysia aman damai.

Jadi macam mana ni. Yang ada duit lebih tu belanja2kan la, kesian pada org2 yang menjual, nanti tak laku pula barangnya, Patut2 la. Yg berlebih2 sangat duit, belilah cincin mahal, beg tangan mahal ke, kalau tak, sapa nak beli,kan?

Anonymous said...

maaf mencelah..saya sama pendapat dengan prof muhaya..gaji saya tak la banyak, tambah dengan suami bersih rm 2ribu lebih..tu untuk tanggung perbelanjaan rumah, susu, taska, minyak dll..keberkatan duit yang kita perolehi tu sangat membantu dalam kehidupan seharian..saya perasan sangat apabila datang bil elektri..rumah saya tidur pakai aircond jam 8 hingga 6 pagi..ada masanya bil saya hanya rm 40 lebih dan ada masanya rm 70 lebih..bile saya fikirkan balik saya tahu puncanya..seperti prof kata kite bekerja kene ikot jumlah gaji yang kita dapat..lagi satu jika saya bersedekah, saya perasan saya dapat rezeki tak dsangka..kita patut yakin dengan allah..

MUHAMAD ABD LATIF said...

sokong 100% apa yang Pro Muhaya cakap.

MUHAMAD ABD LATIF said...

keberkatan bukan teori kosong. Ini adalah anugerah Allah swt di dalam kehidupan dunia bagi orang-orang yang memelihara perhubungan sesama manusia dan Allah swt

Anonymous said...

Baca dulu fahami betul2.. bru komen tp komen yg mmbina.. bkan komen yg ada doaa

Anonymous said...

Time baca tu pastikan akal tu power untuk faham. Baru dpt bezakan mana satu yang baik atau buruk.

GamanShite said...

Berkata2 dgn ilmu, bukan emosi.

GamanShite said...

Berkata2 dgn ilmu, bukan sekadar emosi

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts