Sahabat Que 'Silent Readers'

Apa Kenangan ZAMAN Menjadi BUDAK-BUDAK? | Baca Dan SHARE

12/27/2013 06:29:00 pm


Apa Kenangan ZAMAN Menjadi BUDAK-BUDAK? | Baca Dan SHARE | Sangat nostalgic dan banyak yg Abe terkena. Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?


1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil fikir bentuk hati macam ni V

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19. Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang. Haha

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.

27. Tak bagi kawan join masa main. Kalau nak join jugak dengan syarat kena main Ti Ai Pi Yu.

28. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

29. Kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai ke toilet, rupa rupanya atas katil.

30. Anak patung kertas ditanda pangkah di leher sebab takut hidup.

31. Tak mahu orang curi barang jadi sebut kuat-kuat 'Alif Lam Lam Ha' Sapa curi dia berdosa'.

Itu semua kenangan-kenangan waktu kecil remaja. No berapa kena dengan korang?

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

3 comments

  1. 1,3,5,6,8,13,14,17,18,21,22,23,229 hahaha nostalgia :-D

    ReplyDelete
  2. Bunyi guruh, ingat tuhan tgh golek golekkan tong dram.

    ReplyDelete
  3. Anak patung kertas ditanda pangkah di leher sebab takut hidup.

    Tak mahu orang curi barang jadi sebut kuat-kuat 'Alif Lam Lam Ha' Sapa curi dia berdosa'.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad