Sahabat Que 'Silent Readers'

Lawak Ke Der 3 [LKD3 2013] | [EKSKLUSIF] Oleh ESCAPE Dari 4 – 8 Disember 2013 @Panggung Sari, ISTANA BUDAYA

12/08/2013 12:30:00 am

Lawak Ke Der 3 [LKD3 2013] | [EKSKLUSIF] Oleh ESCAPE Dari 4 – 8 Disember 2013 @Panggung Sari, ISTANA BUDAYA | Lawak Ke Der 3. Sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh peminat sejak Lawak Ke Der 2 sebelum ini...


Masa Abe tgk LKD3 ni, memang bantai gelak guling2. Especially masa Part Dauglas Lim. Memang Abe akui, taraf lawak si Cina Douglas Lim ni memang buleh bagi StandingOvation...  Yang lain pulak:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni


JAMBU: so far mmg gelak besar jugak la.. Memang lawak ngan gayo2 dorang yang sempoiiiiiii 

NABIL: Still jadi hos sama macam lawak ke der dulu. Tapi banyak TARIAN YANG PELBAGAI STYLE (Abe nak terang satu2 pun xboley, nanti xsuspen pulak bagi korang yang belum gi tengok lagi, heheheh) yang kelakar. Tapi memang sengal jugak deme2 ni..

HARITH ISKANDER: better dari sebelum ni, kelakar giler. Stand up comedy dia semua mengena. Pun bantai gelak guling...


Korang boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya mulai 4 sehingga 8 Disember 2013. Abe pasti korang tak kan kering gusi ketawa dengan lawak yang dipersembahkan oleh kumpulan Jambu, Nabil, Harith Iskander dan tidak lupa juga Douglas Lim 

Tq BroFramestone sb ajak Abe join sama
Memang rugi bagi korang yang tidak dapat menonton Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim mampu meneruskan lagi legasi Lawak Ke Der.


Kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual pada hari persembahan. Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan Abe peluang untuk menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 pada hari pertama persembahan mereka di Istana Budaya. 

EKSKLUSIF:

Berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini korang boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif di ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan.Yang ni EKSKLUSIF ni... Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 hanya di ESCAPE.

Contest Escape dan Menangi RM5,000 Setiap Hari.

RM5,000 setiap hari? Yer ker ni? Bukan sembang kosong ek?

Yup, RM5,000 untuk korang menangi setiap hari melalui contest ESCAPE dan peluang ini mesti direbut oleh pelanggan Celcom.


Korang hanya perlu sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!

Macam mana nak join?

Senang dan mudah caranya. Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom hanya perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Korang dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888 (hanya untuk pelangan Celcom). Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web ESCAPE.

Apa Yang korang Perlu Tahu Tentang ESCAPE

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan!

Kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad