Sahabat Que 'Silent Readers'

[KENYATAAN EKSKLUSIF] Kurangkan KOS, Bukannya NAIKKAN HARGA | Kata Tun Dr Mahathir

12/27/2013 01:16:00 pm

[KENYATAAN EKSKLUSIF] Kurangkan KOS, Bukannya NAIKKAN HARGA | Kata Tun Dr Mahathir | Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.


Bekas presiden Umno itu memberi analogi sebuah syarikat perniagaan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).

"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.

Masyarakat kebanyakan kini berdepan dengan pelbagai kenaikan termasuk kenaikan termasuk tarif elektrik dan kemungkinan tol bulan hadapan. Kesannya mula dirasai apabila rasionalisasi subsidi pada tahun ini menyebabkan kenaikan harga gula dan petrol.

Kerajaan membazir

Mahathir menambah bahawa kerajaan dilihat membazirkan wang kerana tidak memikirkan pemulangan perbelanjaan dari pelbagai segi. Beliau memberi contoh pemberian tender atau kontrak kepada pembina dengan sebut harga paling baik, yang tidak semestinya paling rendah.

"Saban tahun Laporan Ketua Audit melaporkan pembaziran akibat tidak mengikut prosedur dan kecuaian. Biasanya tidak banyak perubahan dilakukan selepas kritikan Ketua Audit Negara.

"Tak syak lagi banyak wang yang boleh dijimatkan jika kritikan ketua audit diambil serius. Malah, penukaran prosedur juga boleh mengurangkan kos," tambah beliau lagi.

Mahathir yang terkenal dengan kekerasan beliau sewaktu memerintah dan kritikan lantang kepada pentadbiran selepasnya turut mengkritik keseriusan kerajaan dalam menjalankan langkah penjimatan.

"Jika kerajaan berminat untuk mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh berbuat demikian dengan keputusan yang ketara.

"Sebagai contoh, mereka boleh kurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan biasa kepada jenis LED. Penjimatan lebih dari 50 peratus.

"Hasil pengurangan kos elektrik ini boleh digunakan untuk mengurangkan subsidi untuk bahan api tenaga. Tapi ini tidak dilakukan kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi tapi akan dimitigasi dengan penjimatan mengikut masa," tulis beliau.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad