Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] Tips Untuk Blogger | PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG BLOGGER

12/16/2013 10:40:00 am

[EKSKLUSIF] Tips Untuk Blogger | PERKONGSIAN PENGALAMAN SEORANG BLOGGER | Tips blogging? Sebenarnya Abe pon tak pandai sangat nak bagi tips2 nie.


Abe pon masih baru dalam dunia blogger nie.. Tapi tak salah jika kita berkongsi tips untuk kebaikan kita bersama, betul x? Tips yang Abe nak kongsi nie tak lah sehebat mana, tapi sedikit sebanyak boleh membantu untuk kita terus maju dalam dunia blogger nie...
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1) Nak dapat trafik tinggi ke blog 

Sebenarnya dalam dunia blog nie tak susah untuk kita dapat trafik tinggi, untuk dapat trafik tinggi kita perlu tahu macam mana nak memancing trafik ke blog kita, Dalam kes nie kita boleh ibaratkan seperti memancing ikan kalau kena dengan umpannya, senang je untuk kita dapat lebih banyak tangkapan. Selain itu blogwaking dan post entri blog anda dalam group blogger salah satu cara mendapat trafik.

2) Tajuk Post atau entri

Tajuk post juga salah satu cara yang paling mudah untuk menarik trafik ke blog. Tajuk yang bagaimana? tajuk yang paling senang dapat trafik biasalah tajuk panas2. Biasalah macam makan pisang yang sejuk2 sapa yang mahu kan. Semua nak makan panas2 sebab makan waktu panas lebih sedap berbanding sejuk.

3) Nak dapat komen banyak

Ok, Cara nak dapat komen yang banyak, adalah dengan cara penulisan yang dekat dan berkualiti, penulisan yang dekat? maksud yang Abe cuba nak sampai ialah penulisan dari hati ke hati, dengan ini penulis dan pembaca akan lebih dekat. Selain itu, anda juga perlu membaca dan komen entri di blog lain, secara tak langsung mereka juga akan komen di blog anda. Perhatian: pastikan anda komen berkaitan dengan entri tersebut.

4) Manage blog

Ni juga salah satu faktor dimana dapat menarik pembaca masuk ke blog kita. Sekiranya blog kita tidak di manage dengan baik sedikit sebanyak akan mengangu pembaca. Macam mana nak manage? senang jew anda rujuk dekat blogger yang otai dari situ anda akan dapat cara manage blog yang baek dan cantik.

5) Nak follower beribu 

Follower ratus, ribu atau juta? nak dapat memang senang tak susah. Cuma anda perlu rajin follow blog orang lain. Tapi harus di ingatkan jangan sesekali mengunakan perkataan "I follow u, follow me back" kebanyakan blogger, benci dengan ayat nie..ayat nie seolah2 memaksa untuk blogger tersebut follow blog anda balik. Guna lah ayat seperti "Jika tidak keberatan sila lah datang keblog saya". 

Ok ni lah sedikit sebanyak tips yang dapat Abe kongsikan kepada anda semua. Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk terus maju dalam dunia blogger ni. 

sumber

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad