Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] 'Saya nak berdebate dengan Prof Dr. Muhaya' | Kata BENZ ALI

12/26/2013 02:36:00 pm

[EKSKLUSIF] 'Saya nak berdebate dengan Prof Dr. Muhaya' | Kata BENZ ALI | Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ke hadapan Prof. Dr. Muhaya Mohamad,
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Nama saya Amir Hamzah B. Akal Ali. Seorang lelaki yang dilahirkan di Kedah Darul Aman, pada tahun 1988 dan sekarang menetap di Shah Alam. Saya sudah bernikah, tapi kami dok asing – asing. Maka saya tidak tinggal sebumbung dengan isteri saya. Kami belum ada anak lagi. Jadi kos isi rumah kami tak tinggi. Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya duduk dengan seorang lelaki atheis. Kami sama – sama membayar sewa rumah, sekitar RM100 seorang.

kenapa BENZ ALI ajak Prof Dr Muhaya debat, klik [SINI]

Setiap hari, saya akan keluar menutup pagar rumah dan pergi ke Masjid India, di Kuala Lumpur, untuk melihat rakyat – rakyat saya yang miskin menjaja dihambat hujan bernama DBKL. Saya tidak mahu menjadi seorang intelligentsia socialist maka saya memberanikan diri sendiri untuk terlibat di akar umbi memerhati sendiri, mencakna diri, melihat segala potensi apakah yang perlu dilakukan untuk memberdayakan rakyat – rakyat melarat di bawah. Ini saya panggil sebagai PAR, Participatory Action Research, yakni terlibat aktif dalam melakukan pengkajian. Inilah yang saya melakukan setiap hari, di samping duduk bertapa seperti seorang pikun tua bernama Siddhartha Gautama Buddha di hadapan rumah ibadat dan memerhati manusia – manusia yang ada rahmat, adanya laknat.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Dr. Muhaya apakah khabar? Apakah baik? Saya terpaksa menceritakan sedikit sebanyak latar saya terlebih dahulu untuk pengetahuan Dr. supaya Dr. tahu bahawa, kebanyakan tafsiran yang kita melakukan terhadap kehidupan di dunia ini, adalah berdasarkan pandangan yang kita melihat setiap hari, dan kondisi social di mana kita tinggal dan mencerap alam sekeliling, dan paling akhir, adalah tafsiran jenis mana yang kita mahu guna dalam kehidupan seharian. Pertama, pandangan yang kita melihat setiap hari, kedua, latar yang kita tinggal, dan akhirnya, tafsiran jenis mana yang kita mahu guna.

Jadi jika kita tinggal dalam persekitaran yang kotor, yang bersesak padat, yang penuh dengan manusia – manusia proletar yang saban masa bekerja mencari rezeki, maka kita akan menghasilkan ‘sebuah analisa ringkas’ terhadap kehidupan yang kita mengalami setiap hari.

Sekiranya kita tinggal dalam alam ‘ana enta’, yang dipenuhi mat – mat berkopiah dan minah – minah berpurdah yang setiap hari bercakap dengan bahasa asing, dan perasan akan masuk syurga, maka segala jargon – jargon kita akan menghasilkan bau – bau ‘wangi’ seolah – olah kita berada di dalam syurga, dan orang lain yang tidak tinggal di dalam alam ‘ana enta’ adalah ‘the others’.

Dan sebegitu juga dengan Dr. yang kehidupan dr. saya berpandangan tinggal dalam alam ‘kelas menengah’ yang cuba berucap dengan ucapan – ucapan kasih dan cinta melalui bahasa – bahasa motivasi, dan dr. berpandangan bahawa semua kesusahan dan keluh kesah rakyat Malaysia adalah kerana tidak berfikir seperti Dr, apakah saya betul?

Prof. Dr. Muhaya Mohamad,

Saya apabila kurang sejam yang lalu, mendapat tahu bahawa Dr telah mengucapkan sesuatu yang agak pedih, dan menyakitkan orang – orang biasa seperti kami, membuatkan saya menjengah Google untuk mencari sedikit sebanyak maklumat tentang Dr.

Sebetulnya saya memang anti sama sekali kepada sosok – sosok yang hidupnya tidak sedar bahawa, kehidupannya adalah saling bersentuh – sentuhan dengan kehidupan – kehidupan yang lain, dan kemudian dia mengeluarkan cakap – cakap, bicara – bicara yang sarat dan tepu dengan nada individualistic dan dia menyangka, kehidupan yang dia memperoleh adalah hasil kudrat dia dan pasangannnya kumpul. Saya sangat marah.

Apa – apa sahaja yang Dr makan setiap hari, apa – apa sahaja yang Dr pakai setiap hari, apa – apa sahaja, diulang, segala – galanya adalah kena mengena dengan orang lain. Adalah tidak masuk akal, bahawa dengan kekuatan Dr, lah yang menyebabkan Dr boleh beroleh kehidupan yang senang dan lenang sekarang ini. Ini adalah tipudaya dunia yang fana. 

Jika tidak ada audien yang datang mendengar ceramah motivasi dari dr., dr. sendiri pun tidak akan mampu menjanakan pendapatan sendiri. Sama ada dr. terpaksa meminta Dr. Azmi Jamion untuk memberikan nafkhah kepada Dr. atau Dr. Noor Aniah, iaitu Dr pengkhususan Oftalmologi atau Dr. Noor Atiyah untuk memberikan saraan bulanan kepada Dr. selaku ibu mereka. Saya pun tidak pasti adakah Dr. masih bekerja lagi sebagai Pakar Perunding Mata di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Saya tidak pasti.

Jika ya, ternyata benarlah telahan saya, segala – gala kata – kata yang dikeluarkan oleh dr. adalah terlahir dari kehidupan seorang bourgeois yang tinggal menetap dalam alam ‘middle class’ dan mahu bersurah tentang ketenangan. Apa ini?

Saya terpaksa membawa segala kaum kerabat dr. di sini kerana, inilah yang sepatutnya dipaparkan. Kehidupan Dr. yang sangat elite sama sekali, Dr. mahu samakan dengan kehidupan rakyat marhaen yang jauh lebih terseksa daripada dr.

Saya sendiri pun masih merasakan, saya mempunyai bau – bau middle class, dan sedang berusaha membuang bau – bau ini dengan sedaya upaya mengabdikan seluruh kehidupan saya kepada proletariat, kepada seluruh kaum mustadhafin.

Bahkan orang – orang yang kebanyakan membaca tulisan saya juga, menggunakan segala gajet – gajet canggih, pun belum tersisih dari bau middle class.

Cumanya kami tidak berani untuk mengeluarkan pandangan – pandangan yang sarat dengan kejelikan bahawa rakyat di bawah belum cukup bersyukur dan bertenang lagi?

Solusi keluar dari bebanan hidup

Dr,

Solusi keluar dari bebanan hidup dr. sangat mengelirukan sama sekali, sangat elite, sangat bourgeois, sangat middle class, dan sangat tidak patut sama sekali keluar dari mulut dr.

Malangnya ia terkeluar juga, memperlihatkan sejauh mana sejauh mana sensitivity seorang terpelajar terhadap penderitaan marhaen? Apakah ilmu – ilmunya, yang ia peroleh hasil kerja keras kaum pekerja yang membangunkan segala infrastruktur untuk daulah, akhirnya akan berpihak kepada rakyat terbanyak, ataupun cuma kepada segelintir yang tamak? Ilmu – ilmu dr, akhirnya akan berpihak kepada siapa?

Pada minit 0.30 dr. mengatakan dr. bersimpati terhadap kenaikan kos hidup, kemudian dalam tidak sampai satu minit, dr. mengatakan, tidak ada harga akan turun, bermaksud, segala kenaikan ini, mahu atau tidak, setuju atau tidak setuju, kita kena merubah cara berfikir kita, untuk terpaksa bersetuju, pasrah, atau redha kepada kenaikan yang membebankan ini.

Minit 0.51 dr. mengatakan pula, bahawa bukan apa yang berlaku itu adalah penting, tetapi yang paling terpenting adalah respon, adalah bagaimana cara kita menyikapi itu adalah yang paling penting.

Saya memang dah tak mampu untuk faham bagaimana ‘teori’ dr. iaitu keadaaan yang negative akan berubah menjadi baik bila di + dengan response yang positive. Ini teori siapa yang ajar ni? Apakah semua ahli motivasi telah menerima tarbiyah yang sama? Tarbiyah ulat dalam batu pun boleh hidup? Ini teori yang Karl Marx pun akan bunuh diri.

Saya fikir teori poyo dr. itu dihasilkan oleh dr. ketika dr. sedang bercanda gurau di hadapan family tanpa merujuk buku – buku ekonomi dan terlibat secara aktif dalam kancah pergelutan dan pergulatan massa di jalanan. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli bawang. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli cili. Saya tidak tahu bagaimana dr. beli lobak merah, timun, kacang panjang, dsbnya. Seolah – olah dr. tak terkesan langsung dengan kenaikan harga barang. Seolah – olah dr. di rumah menanam sayur hidroponik, ataupun tinggal di kampung dan menggunakan air telaga, dan ketika malam, dr. menggunakan api lilin atau pelita. Saya tidak tahu bagaimana dr. pergi bekerja setiap hari. Adakah menaiki kuda? Ataupun menunggang unta? Saya tidak tahu. Jika begitu kehidupan dr. saya ucapkan, salam saya sebagai seorang environmentalis

Saya tak fikir gerakan Islam PAS yang mengajar dr. berfikir sebegini. Kerana saya membelek – belek Harakah, seminggu dua ini, mereka mula mengajak rakyat, seperti biasa, untuk tindakan cliché mereka, iaitu turun beramai – ramai ke jalan untuk membantah segala harga kenaikan yang tidak munasabah ini.

Aksi ini meski cliché, lebih munasabah dari idea pasrah dan ubah cara berfikir dr. itu. Cara dr. akan menyebabkan Rosmah akan semakin boros dan boroi dengan harta Negara akan masuk ke dalam coli beliau. Adakah dr. tidak berfikir apa – apa tentang perempuan puaka ini? Sampai bila dr. cuma mahu menjual air liur dr. kepada kami?

Kenapa pemerintah tidak pernah terusik pun dengan motivasi – motivasi orang seperti dr?

Begitu ramai orang masih terperangkap dalam akta tahanan SOSMA, apakah idea motivasi dr?

Begitu ramai gelandangan tepi jalan masih belum keluar dari keterpurukan social, apakah idea motivasi dr?

Begitu banyak masalah di dalam daulah ini, dan dr. menyangka kami menonton tivi setiap hari dan tidak produktif?
Untuk pengetahuan dr. saya beritahu berterus terang, rumah saya ada seketul peti tivi. Tetapi kami tidak berminat untuk menontonnya. Kerana tivi banyak cerita bodoh dan bohong. Kami lebih membazirkan (jika ini dikatakan pembaziran) masa kami di hadapan internet dan melakukan aktiviti subversive terhadap regim (jika ini dikatakan pembaziran).

Dan dr. saya sebenarnya mahu menulis lebih panjang lagi untuk mengkritik sifat elite dr. Cuma terakhir, dr. perlu ingat, rakyat di luar bukan sahaja pandai membuat sambal tumis, bahkan lebih dari itu lagi, dan hampir kebanyakan 20 an ke atas telah melakukan lebih dari satu pekerjaan, untuk boleh suit dengan kehidupan yang membebankan ini.

Adakah dr. menyedari?
(dan saya tidak merokok. Tapi saya bercadang untuk menanam ganja sebagai persediaan ekonomi yang kian celaka dan system pendidikan musibat yang cuma menghasilkan elite – elite seperti dr)

You Might Also Like

43 comments

  1. Bhai Que..

    Terbaek la artikel Benz nih... gua nak pointkan kat artikel blog gua.... Boleh aaa..

    ReplyDelete
  2. Termotivasi dengan tulisan MR Benz Ali. Kadang-kadang kita jadi pelik dengan kelebihan manusia yang diberi akal lebih, diberi kekayaan lebih bahkan segala sudah terlebih.
    Namun diakhir penceritaan mereka kembali bercakap bodoh. Cakap serupa macam lagu...pandanglah lihatlah tiru macam saya.

    Alih-alih apa yang menzalimi rakayat mereka jadi penyokong bawa rebah. Simpanlah segala sijil, segala ijazah, segala gelaran tu semua untuk dibawa berjumpa Tuhan. Sepatutnya mereka berilmu paling layak menegur kerajaan. Berani bangkit mengatakan kebenaran. Tugas utama memotivasikan orang kenamaan.

    Biarlah tak laku muka kat TV, buku pun tak dak sapa nak beli janji telah memperjuangkan hak rakyat.

    Lantang mengatakan kebenaran, itu yang dituntut setelah ilmu penuh didada. Semakin diulit dengan wang ringgit semakin lupa pada tugas hakiki kenapa diberi gelaran Prof. dimuka bumi.

    Kalau Prof pun tak berani menegur ahli politik yang tak berapa nak cerdik, baik simpan saja gelaran itu dalam almari.

    Budak-budak kat U tu semua dah cerdik dah...mereka dahagakan ilmuan berani kerana benar. Takat sembang serupa u are the best tu tandanya u pun tak kemana...

    Rugi kalau balik tangan kosong. Kita semua sama. Hanya hamba disisi Allah.

    ReplyDelete
  3. dulu saya mampu menziarah ibubapa yang tua serta uzur setiap minggu,setiap percutian,setiap ramadhan dan hariraya islam atau bukan islam.disamping itu masih lagi dengan selesanya memberi bantuan kewangan kepada orang tua serta maktua ibu tunggal.sekarang saya terpaksa berfikir berpuloh kali untok membuat pilihan samaada pulang menziarahi orang tua dimana wang yang saya ada setengahnya akan habis ditengah jalan atau tidak pulang dan terus memasuki wang tersebut keakaun bapa saya.amat pedih serta sedih bilamana kedua ibubapa bertanya khabar samaada aku sudah berjanggut dan bagaimana agaknya rupa serta suara cucu cucunya.beban yang ada tidak lagi tergalas beban mendatang kerajaan akan gasak sampai terkubor.

    ReplyDelete
  4. setuju sngt2 dngn smua pndngn,org kaya mmg tdk lngsung merasa bebanan yg ditanggung oleh golongn susah,semakin ramai yg takut untk menegur golongn yg mnkn rakyat ini,semoga ALLAH mmbri blsn yg setimpal kpd mereka yg zalim......

    ReplyDelete
  5. Dr Muhaya dah berada dlm zon selesa, klu ikut latarblkang dia masa muda2 dia memang berusaha keras utk skor & akhirnya berjaya pegang jwtan skrg. Begitu juga anak2nya. Dia nak beri motivasi pada kita agar berusaha & jangan lupa Allah. Kenapa kita jeles kat dia, Dia banyak menderma & membantu tau, tapi takkan dia nak heboh. Apa salah kita terima apa yg dia kata. Aku sokong dia. WALAUBagaiman pun, aku juga sokong yang mengatakan KENAPA dia tak berani TEGUR pemimpin2 UMNO yg membazir2 duit rakyat buat program tak faedah, konsert2 KPOP, Konsert Tahun Baru, TV pulak tu entah apa2 drama, kuliah agama pulak tu macam takut2, mana yg lepas sikit cakap pasal amanah, terus kena ban. Jadi jgn kutuk dia 100%, dia tak sempurna, tapi motivasi dia bagus, terutama pada kaum wanita. Kaum lelaki mesti tak suka sebab dia sebut pasal rokok tu.

    ReplyDelete
  6. terbaik la.. yang nak berdebat ni pun bukan calang-calang orang.
    memang tak minat dgn Dr muhayah ni. poyo lebihh

    ReplyDelete
  7. Salam, nampaknya penulis ni baru kenal Prof Muhaya dan terus menulis tentang beliau berdasarkan satu videonya sahaja. Apa yang cuba disampaikan pun nampaknya ditafsirnya berbeza dari matlamat asal beliau. Saya percaya Prof takkan layan dan terpengaruh dengan benda-benda camni. Cubalahlah dengar lagi audio beliau dengan hati yang lapang dan terbuka. Mungkin akan dapat tangkap maksud beliau keseluruhannya. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  8. kepada En.Amir Hamzah b.Akal Ali...diawal bicaramu sy setuju tp mengapa makin lama makin emosional . Apabila emosi mengambil alih tentulah kebenarannya perlahan2 akan lenyap. sebenarnya menjd pemimpin itu tanggujawabnya lebih sukar berbanding menjd rakyat yg daif .

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan tulisan Mr. Benz Ali, saya sendiri pun masih belum keluar dari zon selesa. Masih di takuk lama, dan hidup bawahan...

    Memang mudah berkata2, kita kaum biasa2 nie punya fikiran berkali2 untuk berusaha keluar dari zon selesa.

    Apatah lagi semua barangan telah meningkat harga, kaum bawahan cuma mampu melihat dari bawah...suara rakyat perlu di dengar juga...

    ReplyDelete
  10. kalau kita nak tahu peritnya menangkap ikan tanyalah pada nelayan...
    kalau kita nak tahu luas dan ganasnya lautan dan ombak tanyalah pada pelayar...
    kalau nak tahu teriknya matahari dan azabnya padang pasir tanyalah pada pengembara...
    kalau kita nak tahu tebalnya dan bahayanya hutan tanyalah pada pemburu dan pencari rotan...
    nak tahu dalamnya ajaran agama tanyalah pada ulamak...
    begitu juga kalau nak tahu penderitan rakyaat tanyalah pada mereka yang hidup berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit...
    orang yg tak pernah tergigit hempedu tak akan tahu rasa pahitnya...
    keperitan yang dah lama ditinggalkan akan membuatkan kita lupa makna sebenarnya...

    ReplyDelete
  11. Nak dpt datuk la dr tu.tak terfikir ke dia ( tak mau guna beliau ) pada asasnya;pemerintah dipilih agar kehidupan ditadbir menjadi sejahtera bkn membaham hasil negara n membesarkan tembolok mereka

    ReplyDelete
  12. SAMA2 KELABU ASAP HIHIHIH

    ReplyDelete
  13. Acai Jawe, Prof Muhaya takkan layan sbb dia sendiri tak dapat jawab kan...???

    ReplyDelete
  14. Saya setuju dgn hujah2 Mr.Benz Ali yg lebih kpd membela rakyat bawahan. Bagi mereka yg telah berjaya dan berpendapatan tinggi kadangkala terlupa golongan bawahan. Pada mereka org susah sebab mereka mahu susah sedangkan adanya org susahlah menyebabkan org kaya hidup senang. Rezeki kita ikut kpd kebolehan kita. Cuma rakyat bawahan terpaksa bersaing dgn pendatang asing utk hidup.

    Saya juga hormati Prof. Muhaya dgn ilmunya tetapi bukan semua org mampu sptnya. Jgn panggil org yg bermasalah sbg insan keladak, itu sgn menghina. Beranilah menegur pemimpin yg boros dan pecah amanah bukan salahkan rakyat yg tertindas.

    Abuamir

    ReplyDelete
  15. cakap senang sabar lah positif lah sebab x merasa keperitan dan kesusahan hidup....mana nak faham erti sebenar kehidupan so cuba jadi susah setahun cukup then baru tau.kehidupan akan merevolusikan anda itu pun klu anda berfikiran positif ...amacam....ada bran

    ReplyDelete
  16. Tulisan Benz sangat membuka minda . Kalau la 'mereka-mereka' boleh tercuit dengan setiap bait ayat ni .. Mereka golongan yg tidak tahu apa itu 'susah' mmg sedap bercakap je :'(

    ReplyDelete
  17. Prop Muhaya ni akan mengikut langkah Dr Marsitah juga akhirnya. Saya percaya orang seperti ini tidak perlu makan hanya berniat positif iaitu "aku sudah kenyang", maka tak perlu makan hingga akhir hayat. Munasabahkah harga barangan yang naik tidak boleh diturunkan? UMNO memang berjaya melahirkan ribuan "Prop Kangkung" di negara ini.

    ReplyDelete
  18. Jazakallah atas tulisan yg membuka minda. Saya pernah dngr perkataan "Bourgeois". Mgkin, hanya impian 10 tahun lagi baru boleh masuk kelas ini.

    Jika harga barang naik, gaji pon tak akan naik kos utk perniagaan meningkat. Bos pon mahu untung, kalo naikkan gaji korang, lagi tinggi kos perniagaan.

    Kalo gaji tak naik tapi harga barang naik, pilihan seterusnya ialah potongan bajet. Jika dah takda apa nak dipotong (gaji cukup2 makan, literali) kena cari kerja kedua. Jadi makin banyak yg akan terlibat dgn MLM dan skim cepat kaya. Ah Long pon dah ready flyer sbb customer mesti bertambah.

    Benda nih, mmg tak nampak kalo kita tak susah. Saya pon bukan golongan susah, di atas paras PAR. Tapi, saya ni muslim. Mesti lar saya kena pikir saudara-saudara saya yg dalam kesusahan. Tak kan saya nak hidup dalam keadaan asyik pikir perut saya sahaja.

    Tawakal harga naik satu bab, menyuarakan bantahan harga naik bertubi-tubi bab yang lain pula. WA.

    ReplyDelete
  19. Dr muhaya ckp dr segi motivasi la bodoh

    ReplyDelete
  20. Dr muhaya ckp dr segi motivasi la bodoh

    ReplyDelete
  21. Dr muhaya ckp dr segi motivasi la bodoh

    ReplyDelete
  22. terlampau berfikiran positif sampai tiada had tu bagus ke?

    ReplyDelete
  23. Orang yg kenyang takkan tahu apa ertinya lapar, org kaya taktahu erti miskin org sht taktahu erti sakit sbb mrk tak alami lapar miskin dn sakit.. mrk rakjan peduli malah menghina mencaci dn memandang sepi sgl kepayahan kesakitan keperitan yg ditanggung oleh golongan marhaen... sehinggalah mrk diuji dlm situasi sama.. ketika ini mrk akan tersungkur sbb mrk tdk bersedia utk survival..

    ReplyDelete
  24. contoh2 yg didepan mata, rajin2 le pi survey, jangan ingat Dr Muhaya tak pi, ko org aje tak tau, sbb ramai yg pi jumpa dia mengadu masaalah , antaranya ada keluarga yg asyik2 ngadu susah, tak cukup2, tapi mcm senang aje, mcm mewah aje.. ie le, ade Astro, baju2 fesen terkini, majalah2 kat rumah majalah mangga, surat kabar Utusan meloya, kereta ade spot rim, perabut mewah, suami merokok ..surau, masjid, & majlis ilmu PERCUMA kat surau tak pernah attend, mereka undi BN

    Ade pula keluarga yg mmg sejuk mata memandang, tak de astro, rumah kemas wlu perabut simple, suami isteri muka berseri2/bercahaya sbb mereka rajin pi majlis ilmu & imarahkan surau, suami tak merokok, mereka solat berjamaah, lepas maghrib makan berdulang, suami kerja part time kat petrol kiosk berhampiran rumah gaji hari, isteri jaga anak org.. org2 kampung suka nak tulung, mereka undi PR

    caya le
    Kawan Muuahhhaya - mcm comel ye

    ReplyDelete
  25. Ujian kpd semua pakar motivasi. Boleh inspire rakyat marhaen tapi sukar tegur pemerintah sebab diri makin popular. U all pendapatan dah cukup untuk 3 generasi, umur dah meningkat, gunakan ilmu untuk tegur dan sekolahkan pemerintah yg rata2 tak cerdik. Apa takut. Yg perlu takut, bila Allah tanya ada ilmu tapi tak diguna ke arah yg betul. Rakyat terhimpit dgn kos sara hidup yg tinggi la ni. Ayuh bangkitlah semua pakar pakar motivasi sebelum kita di panggil Allah menghadapiNya.

    ReplyDelete
  26. Tak de nak komen apa2, sokong sangat2 anon 28/12/13 3:47pm.
    Kalau tulis kat fb tujukan kpd semua pakar2 motivasi, ustaz2/ustazah2 yg selalu keluar tv tu lagi bagus. Memang ujian pada mereka2. DSAI, abg Mad Sabu dll dah lama diuji, & tak abis2 agaknya selagi BN meroyan masih berkuasa.

    ReplyDelete
  27. si benz ali tulisannya sukar dipercayai...berdebat je dia pandai...mmg la tulisan penuh dgn ayat2 mcm best...tapi habuk bro....stkat ko google latar belakang prof xpyah der...aku percaya prof xkan layan org cmko...sbb aura prof jauh positif dri ko...confirm dia xlayan...org tu bljr tggi..ilmu tggi...dia thu apa dia ckp...ko yg xphm apa dia ckp...lagi stu kata2 benz ali ni mmg meragukan...bukan penulisan ini saje...yg lain pon aku meluat...jgn smpai stu hari Allah tu tarik nikmat ko berkata2...

    ReplyDelete
  28. bak kata ulamak “Aku boleh berdebat dengan 10 orang ilmuan agama, tetapi aku akan kalah berdebat dengan 1 orang yang jahil, kerana yang jahil akan mempertahankan kejahilan mereka yang hanya berpaksi pada akal.”

    ReplyDelete
  29. Pegi mati la benz ali. Mabuk todi ke apa

    ReplyDelete
  30. mana akidah ko?

    ReplyDelete
  31. Ni kira petanda kiamat ni, bila ada marhaen yg mula berani melontar tongkatnya utk berdepan dgn tukang2 sihir yg kaya dgn belitan lidah mrk. Sy setuju klw tongkat Benz persis tongkat Musa tapi klw sekadar tongkarat, maka takde bezalah dengan lidah2 keparat yg rajin membelit umat...atas ism2 motivasi yg haqiqatnya sdh lama basi.

    ReplyDelete
  32. Ni dah petanda kiamat ni...bila ada marhaen yg berani melemparkan tongkatnya utk berdepan dgn jargon yg hebat, yg selama ini sering melemparkan tali-temali atas ism2
    motivasi.
    Sy setuju dgn bro Benz klw tongkat bro persis tongkat Musa tapi...klw sekadar tongkarat, maka takde bezalah dgn tali-temali jargon2 yg lain, yg akhirnya nnt membelit diri sndiri.
    But who cares. Org skrg bkn sedar pun mrk dibelit, malah njoy sangat dgn belitan tali-temali tukang2 sihir. Lebih malang, mrk amat happy berenang dlm lautan air liur tukang2 karut & carut.
    Tidak gitu bro Benz? Siapa tahu nnt, kiita berjumpa dlm medan kbenaran yg bro cari. Sy bawakan tongkat sebenar sementara bro jd lautannya. Damai bro...

    ReplyDelete
  33. Sepatutnya engkau muhaya yg byk kena bersyukur Allah tak uji rasa tertekan terhimpit n terdesak mcm org bawahan.......aku ni kerja biasa tapi anak cuma sorang jdi setiap kali berbelanja dapur walaupun tak besar tapi terasa juga nilai duit makin kecil ......tapi kmi tak mengeluh cuma. aku suami n kwn2 selalu bertanya kalu org mcm kita terasa harga belanja dapur mahal bagaimana la nasib org yg tanggungan lgi ramai......
    Golongan mcm muhaya ni mmg takan rase ape yg org bawahan rase ......level org mcm kite ni berjimat cermat hanya utk beli brg dapur sedangkan golongan mereka berjimat cermat mencari katalog yg murah utk bina swimming pool......org mcm kite ni berjimat cermat berjalan kaki n berduyun duyun naik pengangkutan awam ke pejabat sambil tu kira exercise la org kate pgi2...tapi org mcm muhaya sibuk berjimat cermat nk buat gym dlm rumah supaya boleh menjaga kesihatan secara family.......org mcm kite berjimat cermat utk bawa ank outing mkn roti canai kedai mamak shj....org mcm muhaya mereka berjimat cermat utk dpt tiket percutian ke paris tokyo london????.....sape yg tak bersyukur sebenarnya

    ReplyDelete
  34. Prof muhaya btul..n dia kne tmbh ckt lg part2 tuk pmrnth zalim pulak..kne lbh brani bersuara..sbb kdg2 ade je ceramah dia yg tegur pemerintah melalui doa..

    ReplyDelete
  35. Semoga tulisan kita semua tidak menjadi hujah ke atas amalan kita semua di akhirat nanti sekalipun niat kita baik..semoga roh kita keluar dgn mudah semasa mati dan dlm keadaan tidak bedosa dgn org lain. aminkan semua..ameeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggung jela nnti klu tulisan 2 sebabkan org trpesong & juga benci membenci... Sbb mulut trkunci nnti... Yg Len yg berkata2...

      Delete
  36. LEGENDARY yaa..
    Pemimpin wajib ditegur!

    ReplyDelete
  37. Yes...betul sgt tu...tp aku x sokong Syiah...aku xtau dalam BN ade ke x Syiah...Mmg teruk pak Jip & Kak Mah...

    tp....SYIAH NI LG BAHAYA DARI ZIONIS!!

    Benz Ali ni plak secara terang2 ngaku Syiah...tlg rakyat Malaysia, jgn disokong mamat ni...berjuang atas nama kebebasan, nama negara...


    BAHAYA, mmg idea keagamaan mamat ni bagus, tp keagamaan die teruk...korang pikirlah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiah ye... Patutla Len mcm... Abaikan aje mamat syiah ni... Xder faedahny dgr apa dia ckp... Sbb ada niat trsembunyi d sbaliknya...
      Pndai brmadah utk pukau org yg baca... Muktamad jauhkan diri Dr syiah... Chowww

      Delete
  38. Msih dgn aura negatif ye.. Klu mcm 2 x yah dgr la sapa2 ckp kn sng... Xder sakit hati... Aku pun x hidup sng juga tp aura positif 2 byk Bantu utk jd tenang dlm spa situasi pun... Bljr la brsyukur... Dpt d pinjam nyawa pun dh kira syukur dh...

    Klu x nk dgr org lain pnye saranan abaikan jela... X pyh komen... Carry on.. X yah nak bajet bagus... Sbb kita ni bkn sapa2 pun... Mghrpkn pujian2 2 smua racun yg mmbunuh... Trpulang la ye kpd masing2... If Choose -ve dun drag others also... Arios...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad