In
Banjir,
Bantuan Banjir
[INFO BANJIR TERKINI] Gambar-Gambar Di Lokasi Pusat Pemindahan Banjir | [DAULAT TUANKU] DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah YANG PRIHATIN
[INFO BANJIR TERKINI] Gambar-Gambar Di Lokasi Pusat Pemindahan Banjir | [DAULAT TUANKU] DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah YANG PRIHATIN | DYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang
terkenal minatnya mendekati rakyat, turun ke kampung termasuk
perkampungan org asli, memasak utk mrk dan merupakan hobinya. Terpancar
keihklasannya.
Ini bukannya lakunan atau sandiwara murahan
sepertimana yang sering dan kerap dilakukan oleh segelintir manusia plastik.
baca lagi & lagi gambar klik TAJUK ENTRI ni
baca lagi & lagi gambar klik TAJUK ENTRI ni
In
Banjir,
Bantuan Banjir
[INFO BANJIR TERKINI] Banjir Di Pahang | [EKSKLUSIF] 11 Keping Gambar Oleh BLOGGER
[INFO BANJIR TERKINI] Banjir Di Pahang | [EKSKLUSIF] 11 Keping Gambar Oleh BLOGGER | Negeri pantai timur sudah di naiki air. Di Kuantan, maklumat
daripada Facebook dan page Blogger King Jason.

Info daripada IPK Pahang: Elakkan melalui JALAN WONG AH JANG dan JALAN BUKIT UBI SATU. Di trafik jalan menghala ASPA COTTAGE berhampiran pusat perlupusan sampah, JALAN LIM HOE LEK di
hadapan Eng Hong, parking pasar kuantan jalan tersebut sudah dinaiki air
dan sesak.
baca lagi & lagi gambar, klik TAJUK ENTRI ni
In
Banjir,
Info Banjir
[INFO BANJIR TERKINI] Terengganu | Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan Kepada 7,163
[INFO BANJIR TERKINI] Terengganu | Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan Kepada 7,163 | 5 Disember 2013. KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
kepada 7,163 orang pada sebelah petang berbanding 7,780 orang pagi
tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), ini berikutan seramai
620 orang mangsa di Hulu Terengganu telah dibenar pulang ke rumah
masing-masing.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
TSUNAMI DAN BANJIR LUMPUR Di Putra Heights, KUALA LUMPUR – Tujuh buah kenderaan melibatkan lima
kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di
Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya,
dekat sini, Khamis. Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan
selamat dan tidak mengalami kecederaan.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni.
Mangsa Banjir 2012 yang terpaksa mohon Cuti Peristiwa sebab tak dapat kelik opis... Agak2 dapat tak ek?
Dulu masa kat Beserah dapat rasa gempa bumi. Sekarang kat Sungai Lembing,
merasa pulak banjir. Macam tau-tau je Abe ni jenis spesies yang tak
pernah merasa semua ni. HAHA. So bila orang duk sibuk cerita pengalaman
dorang, boleh la Abe join the club. Kekonon lah, hahhahaha
Serious tak tipu, sepanjang hidup tak pernah merasa banjir tahap sampai
tak dapat pegi kerja ni, hahahhaha. Bukan nak
riak. Bukan! *marah* tapi tak pernah rasa sebab rumah Abe memang bukan
kawasan-kawasan yang mudah banjir. Memanglah Pantai Timur ni selalu
banjir,
tapi ikut daerah dan daerah Abe jarang kena. Selalu kena Sungai Isap,
Permatang Badak je. Itu banjir tahap Gaban la tu... nampak atap jeeee...
baca lagi & lagi gambar mangsa banjir, Klik TAJUK ENTRI ni
Banjir yang melanda memberi kesempatan untuk sesetengah orang mencari
rezeki lebih. Antaranya menahan pukat dan menjala. Mungkin kerana ketika
ini banyak ikan keluar ‘lubuk’. Namun ianya tetap perlu dilakukan
berhati-hati. Jika tidak, padah jawabnya. Abe sempat baca pasal ni baru jap tadi drp ADC. Tq ADC
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
DIBAWA
ARUS... Seorang pemuda Khairi Said, 27, yang sedang menunggang
motosikal mengalami detik cemas apabila nyaris dihanyutkan arus deras
ketika melalui Jalan Permaisuri-Penarik di Kampung Tasik di Setiu,
Terengganu, Selasa. Beliau yang bertekad meredah banjir untuk ke tempat
kerja gagal mengawal motosikalnya, lalu dihanyutkan arus deras di
kawasan sawah terbiar berhampiran Sungai Setiu. Kejadian
berlaku sungguh pantas dan orang ramai yang berada dikawasan itu yang
menyedari kejadian tersebut turut membantu mangsa. Jurufoto BERNAMA
Arjasneh Ahmad yang kebetulan berada di situ sempat merakamkan
detik-detik cemas itu. Kelihatan Khairi juga turut dihanyutkan arus
deras setelah usahanya untuk menyelamatkan motosikal miliknya gagal.
-foto BERNAMA
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin
buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800
mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.
Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi
tadi, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218
berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri
masing-masing.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
INFO BANJIR TERENGGANU DAN PAHANG
Hujan sedemikian di Terengganu dijangka
berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu
Terengganu, Dungun dan Kemaman sementara di Pahang di daerah Kuantan dan
Pekan
INFO BANJIR KELANTAN
Kelantan pula di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
INFO BANJIR PERLIS DAN KEDAH
Hujan sekejap-sekejap kadang kala
sederhana pula turut diramal berlaku sehingga esok di Perlis iaitu di
Padang Besar, Kangar dan Arau sementara di Kedah di Kubang Pasu, Padang
Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.
KENYATAAN JABATAN METEOROLOGI
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan pada 10.30 pagi tadi turut memaklumkan bahawa amaran
hujan lebat (peringkat merah) di Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan
pada 5.35 petang semalam diturun taraf kepada amaran hujan lebat
(peringkat jingga).
Ia turut mengeluarkan amaran angin
kencang dan laut bergelora (kategori kedua) dengan kelajuan 50-60
kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di
kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan
Layang-Layang akan berterusan sehingga Selasa depan.
Angin kencang dan
laut bergelora (kategori pertama) dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan
ombak mencapai 3.5 meter di perairan Pulau Langkawi, Perlis, utara
Kedah, Pahang, Johor timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah
(pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran, Reef
South dan Palawan juga diramal berterusan hingga Selasa depan.
Menurutnya, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung kini terdedah
kejadian kenaikan paras air laut. Sumber : BHarian Online
Gambar mangsa banjir di Terengganu : Menyelamatkan motosikal yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Rekam, Pulau Serai, Dungun semalam
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat dan sehingga jam 8
pagi tadi sebanyak 330 orang berada di pusat pemindahan berbanding 144
petang semalam. Menurut portal banjir kerajaan negeri, selain Dungun dua lagi daerah
dilanda banjir iaitu Marang dan Setiu yang membabitkan 49 keluarga.
Di Marang, 64 orang daripada 16 keluarga ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan Bukit Gading, sementara Setiu pula menyaksikan 94 orang
membabitkan 33 keluarga dipindahkan ke surau Kampung Sungai Pinang dan
masjid Kampung Sungai Bari. Sementara itu, di Dungun, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang berbanding 144 semalam, membabitkan empat buah kampung.
Mereka terdiri daripada 49 penduduk Kampung Pulau Serai, 43 dari
Kampung Batu Tiong, 51 mangsa dari Kampung Seberang Pintasan dan 29
orang penduduk Kampung Tok Kah. Bagaimanapun, pusat pemindahan di Balai Raya Komuniti Tanjung Pagar
yang menempatkan 33 mangsa semalam telah ditutup dan semua mangsa
dibenar pulang
BERNAMA
Negeri pantai timur sudah di naiki air di Kuantan 24.12.2012. Maklumat
daripada Facebook. Info daripada IPK Pahang: Elakkan melalui Jalan Wong Ah Jang, Jalan Bukit Ubi (1) ...Di trafik jalan menghala Aspa Cottage berhampiran pusat perlupusan sampah, Jalan Lim Hok Lek di
hadapan Eng Hong, parking pasar kuantan jalan tersebut sudah dinaiki air
dan sesak. penguna jalan raya diminta elak daripada mengunakan jalan
tersebut.
Di hadapan jalan berhampiran Poliklinik Beserah menghala ke baserah terdapat pokok tumbang dan kepada semua pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan dibawah pokok, jika dapat mengalihkan kenderaan anda ke tempat yang selamat. Pihak polis trafic berada di laluan-laluan ini untuk menguruskan laluan yang selamat. Penguna di minta bersabar. TQ Info IPK Pahang.
Gambar akan di kemas kini dimasa ke semasa!
Di hadapan jalan berhampiran Poliklinik Beserah menghala ke baserah terdapat pokok tumbang dan kepada semua pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan dibawah pokok, jika dapat mengalihkan kenderaan anda ke tempat yang selamat. Pihak polis trafic berada di laluan-laluan ini untuk menguruskan laluan yang selamat. Penguna di minta bersabar. TQ Info IPK Pahang.
Gambar akan di kemas kini dimasa ke semasa!
lagi gambar, Klik TAJUK ENTRI ni










