Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi [GAMBAR] | Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah

Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi [GAMBAR] | Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah | Benar-benar anak derhaka seorang anak China boleh dikatakan anak derhaka kerana telah meninggalkan seorang ibu dan membiarkan orang yang melahirkannya tersebut dalam kandang babi. 


Sungguh ini sangat menyedihkan dan derhaka, bagaimana boleh seorang anak buat seperti itu kepada ibunya sendiri yang sudah tua.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bualan di media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat tua, usianya sudah 100 tahun. Diberitakan Telegraph, komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun bersama-sama babi-babi.

Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku selesa tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni lalat. "Ia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak mahukan dia tinggal di sini," kata Chen.

"Apakah yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia dapat merasakan hari-hari bahagia selepas 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo. Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau busuk sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.

Gu Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya untuk keluar dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku dah selesa di situ. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

QUE ACHMAD DOT COM


KELAB BLOGGER BEN ASHAARI


GOOGLE +

NETWORKEDBLOGS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENARAI ENTRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARIAN ENTRI

Loading...
Hak Cipta Que Achmad Dot Com @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Featured Posts