Sahabat Que 'Silent Readers'

13 Tempat-Tempat PALING BERHANTU Dan BERPUAKA Di Malaysia | [PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Uncle Seekers

12/04/2013 09:02:00 am


13 Tempat-Tempat PALING BERHANTU Dan BERPUAKA Di Malaysia | [PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Uncle Seekers | Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya.


Sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

1. Highland Tower – Kuala Lumpur

Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana

2. Banglo Mona Fandey

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. Kemayan City – Johor Bahru

Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Villa Nabila – Johor Bahru

Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>


6. Amber Apartment – Genting Highland

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang

Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8. Institusi St Michael – Ipoh

Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang.

Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. 

Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar – Perak

Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur

Satu kawasan   menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok – Sabah

Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

14. XXXXXX

No 14 terpaksa Abe 'sensoredkan' atas sebab2 yang tertentu
Kisah kelibat perempuan puaka yang menabung sejak kecil untuk membeli sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. Puaka itu juga menghantui rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang isi rumah akibat dari keborosan puaka itu berbelanja. Ramai rakyat telah hilang tanpa dapat dikesan kerana cuba menghapuskan puaka tersebut

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

34 comments

  1. kan!!! yang no 14 tu paling memberikan kesan kepada diri semua rakyat Malaysia. Hahaha... dan paling menakutkan sebab ia mampu mencederakan emotionally and physically. Hantu paling senang berjumpa, tu la. tengok tv jumpa terus. huhuhu.. *gemok lak tu...

    ReplyDelete
  2. Yg no. 14 paling seram

    ReplyDelete
  3. hahaha..xbleh blah yang last sekali

    ReplyDelete
  4. yg no 14 tu lawak la...tp itu kenyataaan...itu ibu segale hantu..hahahhaa

    ReplyDelete
  5. no 14 tu yang tak tahan tuh!!!

    ReplyDelete
  6. Ha ha ..yang paling seram dan menakut kan no 14 . .

    ReplyDelete
  7. yg reka cerita no.14 tu lagi hantu..hantu fitnah...ingatlah dosa bila nk memfitnah..

    ReplyDelete
  8. biar benor yop

    ReplyDelete
  9. siiioooot yg nombod 14 tuuu
    hahahaha gelak goling2...
    mmg berpuaka yg tu...
    real2 cekik darah dan hisap darah ramai org muahahahaha

    ReplyDelete
  10. TERBAIK.HANTU YANG PALING MENAKUTKAN JATUH PADA HANTU YANG DITANGGA KE 14.PALING MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA

    ReplyDelete
  11. Hahaha...hantu no 14 paling seram..paling bahaya...habis darah rakyat malaysia dye hisap termasuk duit rakyat skali...hohoho...

    ReplyDelete
  12. ahahhah....yg no14 tu style baq hang....

    ReplyDelete
  13. ish3... yg no 14 tu ko biar betul yob... x baik... pompuan2 yg pakai tudung pon leh tahan komennye ye... nama je bertudung mulut jahat giler...

    ReplyDelete
  14. Berulang ulang Kali dibaca br faham.. Kelaaasss

    ReplyDelete
  15. No 14 taring tajam....

    ReplyDelete
  16. Makan dalam. Senak perut hantu no.14 tu. Hahaha

    ReplyDelete
  17. hahaha...
    terbaik la no.14...

    ReplyDelete
  18. No 14 hantu paling legend. Hahahahahahaha

    ReplyDelete
  19. Hahaha no14 saya bagi 4 bintang..

    ReplyDelete
  20. No 14..Kisah paling misteri dan pelik yg pernah aku dengar... Hantu cincin yg jarang2 kita mendengar nya...

    ReplyDelete
  21. Cakaplah ada 13 saja...kan senang

    ReplyDelete
  22. No 14 tuh pebende bhaii????

    ReplyDelete
  23. Hantu No. 14 tu tengok rambut pun dah mula seram!

    ReplyDelete
  24. Hantu 14 tu ape???

    ReplyDelete
  25. No 14 tu hantu ape???

    ReplyDelete
  26. Lagi satu tempat yang paling menyeramkan di sabah iaitu di jalan kimanis, sabah. Dalam sebulan puluhan kemalangan berlaku, hanya orang tempatan yang mengetahui betapa kerasnya tempat tue // kamarularnizam.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. Yg no14 tu macam seram je

    ReplyDelete
  28. hantu najib yang nombor 14

    ReplyDelete
  29. makasih gan infonya dan salam sukses

    ReplyDelete
  30. makasih gan buat infonya dan salam sukses

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad