Sahabat Que 'Silent Readers'

Lain Kali Fahamkan Betul-Betul | Selamat Menikmati Takrif Elektrik 2014

12/13/2013 08:44:00 am


Lain Kali Fahamkan Betul-Betul | Selamat Menikmati Takrif Elektrik 2014 | Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,


"ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata

"ini rumah En. Zakaria ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata,

"Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab

"ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan

"Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tupun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..

lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Zakaria ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr? Bisness apa korang buat niii? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Zakaria ni berdiri dan mententeramkan keadaan.

"sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Zakaria naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap

"kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Zakaria mencelah

"apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap 

"nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN aje lahhhhhhhhhhhh"

selamat menikmati takrif elektrik baru.

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

4 comments

  1. Amboi entry!Bukan main!Hahahaha!

    ReplyDelete
  2. lawak2... mmg best... ha ha..

    ReplyDelete
  3. hahahaha...adoko gituuuuu....???

    nampak gaya kuih raya tahun depan naik harga...sebab bakar kuih guna letrik...tak guna bara atau lilin.......

    kikiki

    ReplyDelete
  4. ohh..macam gitu rupanya..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad