AL-QURAN memberitahu, kejahatan muncul melalui tiga jalan iaitu mengikut kemahuan sendiri, nenek moyang tanpa berfikir dan kepatuhan bukan kepada Allah. Jalan pertama ialah kemahuan diri sendiri. "Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu dengan tidak mendapat petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.(al-Quran, surah al-Qasas: Ayat 50)
Maksud ayat di atas memberikan erti faktor terbesar penyebab kesesatan manusia adalah dorongan hawa nafsu sendiri. Sama sekali tidak mungkin bagi seseorang untuk menjadi hamba Allah, sedangkan dia masih menuruti hawa nafsunya. Dia akan terus memikirkan pekerjaan yang mendatangkan wang, usaha yang membawa kemasyhuran dan penghormatan kepada dirinya, bahkan mengejar apa saja memberikan kesenangan dan kepuasan. Pendeknya, orang terbabit sanggup menempuh segala rintangan dengan pelbagai cara untuk mencapai tujuan terbabit, tanpa mempedulikan larangan Allah. Mereka tidak teragak-agak menipu, rasuah dan manipulasi asalkan kehendak nafsunya tercapai.
baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni