EKSKLUSIF: (Gambar) Penampakan IMEJ HANTU Ketika Sedang BBQ

Gambar hantu kali ini bertajuk 'Gambar Hantu Ketika BBQ' sebab pengirim kata gambar ni diambil masa diaorang bakar-bakar ikan kat rumah dia. Ok cakap banyak tak guna, teks berikut disertakan oleh pengirim gambar KONONnya gambar hantu ini. Gambar ni Abe tutupkan mata individu yang terlibat ye, untuk keselamatan.

Gambar ini ialah gambar yang diambil oleh adik saya waktu sedang bakar2 ikan di rumah saya dengan kawan-kawan beberapa tahun lepas. waktu tu dah lebih jam 1 pagi tak silap saya... menurut adik saya, mulanya dia memang dah nampak makhluk tu, kemudian dia fikir, "apa kata try test tengok tangkap gambar kot2 boleh masuk gambar makhluk bertuah tu." (adik saya dah biasa nampak benda2 macam ni so dia tak de la heran sangat) so dia pun ambil gambar dan memang masuk dalam kamera.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Gambar ni memang saya ambil gambar asal, dan tak ada edit apa2.Untuk makluman, kawan2 dia dalam gambar tu takde sorang pun yang tahu tentang makhluk tu masa tu. lepas dah ambil gambar baru la dia bagitau dan sorang2 muka pucat lesi, nak2 yang pakai topi tu, sebab benda tu betul2 depan dia. mulanya diorang agak skeptik, mana tau kot2 asap rokok, tapi kemudian diorang test ambil gambar dengan asap rokok, memang tak sama dengan makhluk putih tu. saya pun seram sejuk dibuatnya sebab ni kat rumah saya, haha... off record, sebenarnya adik saya memang orang yang selalu nampak benda2 macam ni dan dia kadang2 boleh berkomunikasi dengan makhluk ni, so dia tanya la benda tu, apa yang dia buat kat rumah saya. benda tu jawab yang dia memang dah lama duduk situ, nak pindah tapi tak tau ke mana nak pindah.

Ada satu kejadian lagi masa adik saya tengah baca Al-Quran dalam jam 3 pagi, dengan tingkap yang terbuka, dia nampak ada sorang nenek bertongkat jalan di jalan raya depan rumah saya. bila dia tiba bertentangan dengan rumah saya dia pun pandang adik saya, adik saya cakap, "marilah sini baca Quran sama-sama, boring sorang2 ni...", mata nenek tu terus jadi merah menyala, marah dan terus jalan. 

Kalau lihat betul-betul gambar hantu ni, memang ada sesuatu kat dalam gambar. Kalau asap rokok pun lain sifatnya dalam gambar. Menurut pandapat Abe, penampakan ini bukanlah berada di depan brader pakai topi tu, sebaliknya 'makhluk' tersebut berada betul-betul depan kamera.

Memang ada sesetengah orang memang terbuka deria mereka dengan perkara-perkara ghaib ini. Dikatakan juga bayi paling senang nak berinteraksi dengan makhluk halus. Kadang-kadang kalau budak menangis tak henti-henti tandanya ada 'sesuatu' sedang mengusik. Wallahualam.

Kita tak nampak, tak tahu. Kalau ada sapa-sapa ada pengalaman harap dapat dikongsi bersama. Terima kasih kepada Nana yang mengirimkan gambar ini. Real-tak real lain cerita. Abe sekadar berkongsi...

5 comments:

{ Herma Julianny } at: 10/15/2012 6:50 am said...

rasa takut pula..
huhuhu..
teringat pula anak kepada seorang cikgu di tempat saya praktikum sebelum ni..
dia juga mempunyai 'sixth sense'..
masih kecil lagi...
aishhh..

Anonymous at: 10/15/2012 11:22 am said...

ni rumah ke tongkah pecah..

{ sway2u } at: 10/15/2012 12:02 pm said...

tak der mende pun.....

http://sway2u.blogspot.com

{ Kesuma Angsana } at: 10/15/2012 4:02 pm said...

KA no komen ler bab2 ni hehe

tuan empunye badan at: 1/23/2013 10:16 am said...

anon: 11:22 am
rumah tu kat tepi...kiri kanan..pastu kan tengah BBQ....mmg le mcm tongkang pecah...
anon : 12.02 pm....
tu yang putih tu bukan bende ke....siap test ag amek gmbar....mmg tak sama

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine