Sahabat Que 'Silent Readers'

MESTI BACA: 10 Laluan SYAITAN

10/30/2012 09:26:00 am

Sahabat-Sahabat Que,

Renungilah pesanan seorang hamba soleh yang Abe petik daripada buku "Apa ertinya saya menganut agama Islam" hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah: Beliau berkata: "kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu":

Pertama : TAMAK DAN BURUK SANGKA lantas aku mengahadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

Kedua : CINTAKAN HIDUP DAN PANJANG ANGAN-ANGAN lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Ketiga : CINTAKAN NIKMAT lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa ikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

Keempat : KAGUM DENGAN DIRI SENDIRI lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat pemberiaan Allah dan takutkan balasan seksa.

Kelima : MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

Keenam : HASAD DENGKI lantas aku menghadapinya dengan sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha) dan redha dengan pemberian Allah.

Ketujuh : RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN MANUSIA lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

Kelapan : BAKHIL lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa sedangkan yang ada di sisi Allahlah yang kekal selamanya.

Kesembilan : TAKABBUR lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

Kesepuluh : TAMAK lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
MUDAH-MUDAHAN KITA SENTIASA MENDAPAT PERLINDUNGAN DARI-NYA UNTUK MENANGKIS SEGALA TIPU DAYA MUSUH2NYA, INSYAALLAH................
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

3 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad