Sahabat Que 'Silent Readers'

MISTERI: Pelihara Keris dan Menjaga AKIDAH

10/19/2012 01:01:00 am


PERANAN KERIS YANG DI SALAH GUNA
Keris tidak dapat dipisahkan daripada orang Melayu. Keris merupakan lambang dalam alam latihan pertahanan diri bagi hulubalang-hulubalang dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu hingga kini. Kehebatan dan kemegahan seni latihan pertahanan diri juga tidak akan teserlah tanpa penggunaan keris.

Demikian juga sebahagian daripada permainan seni latihan pertahanan diri tidak akan sempurna jika tidak ada permainan keris. Keris juga merupakan senjata utama kepada ahli-ahli latihan pertahanan diri Melayu. Tanpa keris seperti ada kecacatan pada seni latihan pertahanan diri tersebut.

Sungguhpun keris tidak di bawa berjalan merata-rata pada zaman sekarang, namun ia masih lagi berfungsi sebagai mercu kemegahan seni latihan pertahanan diri tersebut, terutamanya pada saat upacara tamat latihan. Keris juga memainkan peranan penting kepada sesetengah Tok Bomoh, Tok Pawang dan Tok Dukun. Di dalam arena perubatan tradisional Melayu, keris digunakan sebagai alat perantaraan antara Jin dengan Tok Bomoh bagi mengadakan upacara tertentu.

KERIS PERLU DIPERASAPKAN
”Salah satu makanan JIN ialah asap…Dato Ismail Kamus”. Kadang-kala keris itu di asap dengan kemian terlebih dahulu untuk menyeru Jin yang dihajati. Setelah beberapa ketika datanglah Jin yang di seru itu melalui Tok Bomoh tersebut. Ada sesetengah Tok Bomoh yang mengeletar tubuh badan mereka apabila dimasuki Jin, namun ada juga yang sampai berguling-guling dan tidak ketinggalan juga yang berkeadaan biasa apabila di masuki oleh Jin tersebut. Setelah selesai upacara itu dan Jin tersebut telah keluar dari tubuh Tok Bomoh, maka keris tersebut akan di kucup, di asap dan disarungkan kembali ke dalam sarungnya.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Sepatutnya tujuan diperasapkan untuk mempercepatkan proses pengeringan mata keris itu selepas dimandikan atau dicucikan dimana ianya bertujuan bagi menghilangkan karat ataupun kesan darah. Sekiranya lambat kering ia akan berbau busuk/hapak dan akan mempercepatkan proses karat…”

KUASA LUAR BIASA
Biasanya orang-orang yang terlibat dalam bidang latihan pertahanan diri dan perbomohan gemar menggunakan keris, kerana mereka mempunyai kepercayaan yang kuat kepada kuasa keris tersebut. Sesetengahnya mendakwa memperolehinya dalam mimpi, apabila bangun dari tidur, didapatinya keris tersebut telah berada di sisinya. Sesetengahnya pula mendapat keris tersebut setelah sekian lama bertapa di tempat-tempat tertentu. Tidak kurang juga yang memperolehinya dari warisan turun temurun dari datuk nenek mereka, yang kononnya mereka adalah warisnya dengan disyaratkan kepada mereka yang menjaga keris itu, mestilah melakukan apa jua syarat yang diperlukan sebagai penjaga warisan keris tersebut.

Dengan memiliki keris tersebut, jadilah ia seorang Tok Bomoh ataupun pendekar dengan bantuan Jin penjaga keris terebut. Keris itu dihormati sebagai tetamu dan di jaga dengan rapi. Sesetengahnya mengambil kesempatan pada malam jumaat untuk mengasapkan keris tersebut dengan kemian dan dimandikan dengan sintuk dan limau nipis bagi menjaga kuasa yang ada pada keris tersebut supaya tidak hilang. Selepas itu keris tersebut di bungkus dengan kain kuning atau hitam, di kucup dan di simpan di tempat yang khas dan selamat.

KERIS BERNYAWA
Ada di antara keris-keris itu yang berbunyi pada waktu malam atau siang mengikut keadaan dan keperluan. Contohnya bila ada tetamu hendak datang atau bila ada sesuatu bencana yang akan berlaku seperti banjir, musuh akan datang menyerang dan sebagainya. Keadaan berbunyinya berbeza-beza. Ada yang keluar masuk sarung tanpa henti sehingga diberhentikan, ada juga yang berlegar-legar atau bergegar di tempatnya dan macam-macam cara lagi. Mengikut perkiraan lojik, adakah keris itu mempunyai nyawa untuk berbunyi atau bergerak-gerak ataupun keluar masuk ke dalam sarungnya sendiri?. Tetapi apa yang sebenar berlaku ialah bergeraknya keris itu adalah disebabkan oleh Jin penjaga keris itu yang mahu memberitahu sesuatu kepada tuannya. Orang yang sebeginilah yang selalunya di anggap Tok Keramat oleh sesetengah orang.

SAKA
Sebenarnya bagi orang yang memiliki keris tersebut, Jin penjaga keris itu bukan lagi sebagi khadam kepada keris itu, tetapi sebaliknya sebagai tuan kepada manusia, kerana manusia (tuan keris) itu terpaksa akur dan patuh kepada segala kehendak Jin tersebut.Kerana itulah keris tersebut perlu di asap dan dilimaukan sebagai syarat perhubungan mereka. Jika tidak Jin itu akan menggangu tuannya atau jika tuan keris itu sudah meninggal dunia maka Jin itu akan menggangu anak-cucunya pula dengan berbagai-bagai kesusahan dan penyakit. Penyakit itulah yang dinamakan ”saka baka” atau keturunan atau tok nenek. Maka bagi anak cucu yang mahu membela, maka diamlah Jin tersebut dari menggangu, sementara yang tidak mahu menerima, saka Jin itu akan terus menerus menggangunya.

KESIMPULAN
Apa yang Abe lontarkan pada entri kali ini adalah KESILAPAN yang boleh merosakkan AKIDAH pemilik keris dan TIDAK semua pemilik keris itu rosak AKIDAHnya. Janganlah ada diantara kita lekas menghukum kepada individu yang memiliki keris terus rosak akidahnya. Pandang dan nilailah dari pelbagai sudut. Sesungguhnya tipu daya Iblis itu sangat licik bukan sahaja dalam bab ini malahan di dalam melaksanakan ibadat pun kita semua tidak akan sunyi dari tipu dayanya. Terkenang kata-kata seorang sahabat: Nabi Daud orang yang arif tentang ilmu Besi pun tak suruh perasap pedangnya dan nak buat pedang dan baju besinya pun taklah puasa sekian-sekian dan berpantang itu dan ini.

Wallahualam.
Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad