Sahabat Que 'Silent Readers'

PANAS: Suami Tangkap Isteri BerKHALWAT Di Rumah Sendiri

10/24/2012 08:30:00 pm

ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.

MELAKA – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain. Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja. Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit. Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan. “Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam.

You Might Also Like

3 comments

  1. kenapalah jadi begini.....
    :::sorry beberapa tak singgah sini, ada exam :::

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah .. mujur dia bertindak rasional .. dan atas bantuan pantas Pej.Agama juga

    ReplyDelete
  3. Hmm... didikan agama kena cukup.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad