Sahabat Que 'Silent Readers'

SENIOR TERLAMPAU: (Gambar) Pelajar Senior Paksa BOGEL & Gambar Di RAKAM

10/10/2012 11:00:00 am


GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.” 

Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu. Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.
lagi gambar & baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.
“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.

You Might Also Like

10 comments

  1. apa nak jadi lah budak budak sekarang ni!

    ReplyDelete
  2. dasar pelajar kurang ajar!rasa nak penampar je senior yg takde otak tu!

    ReplyDelete
  3. kuang ajau benau aih.. macam bagus sgt la buat macam tu kat org lain.. cuba kalo dia kena bogel? tak kat dunia, kat akhirat nnt..

    ReplyDelete
  4. kalo jadi kat anak akak mcm tu...budak senior tu mesti kena belakang parang....makan tak habis budak tu

    ReplyDelete
  5. kesian kat budak tu..
    moga mereka yang berkenaan dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah itu.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah..x taulh apa nk jadi kat bebudak zmn skrg..melampau yg amat...mmg sy akui,pengurusan sklh dh semakin lemah dan x tegas..pelajar2 sng2 dibuli tanpa sebrg tindakan yg diambil.. x tahulh apa nk jadi kat Malaysia zmn akn dtg..

    ReplyDelete
  7. Sebagai Pengerusi sebuah badan NGO,saya berpendapat pihak sekolah harus menjadikan kes ini sebagai iktibar kerana pelajar -pelajar yang silih berganti tak fobia.dan nama baik sekolah harus lah dijaga.lagi pun Ibubapa pelajar yang dibogelkan boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang dan barangsiapa yang mengaibkan orang lain wajib menerima hukuman yang setimpal mengikut sistem perundangan yang sedia ada.kepada senior-senior sila ambil perhatian..undang-undang menanti jika keadaan memaksa...sekian saya maklumkan

    ReplyDelete
  8. Dapat budak senior nie,aq penampo kn dpan org ramai ,elok kt depan pagor sekolah tu,bru thu rasa malu ..

    ReplyDelete
  9. Penampo kn je senior nie,elok buat dpan pagor sekolah tu..bru rasa malu

    ReplyDelete
  10. Dapat budak senior nie,aq penampo kn dpan org ramai ,elok kt depan pagor sekolah tu,bru thu rasa malu ..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad