SADIS: Bayi Usia 30 Hari MATI Di Hempap Abang..

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari yang belum sempat didaftarkan nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meninggal dunia selepas dipercayai dihempap abangnya ketika mangsa tidur di rumah keluarganya, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa yang mengalami lebam di pipi, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Putra, di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk urusan lanjut.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Difahamkan, abang bayi berkenaan yang berumur lima tahun, dikatakan nyenyak tidur di atas katil sebelum terjatuh lalu menghempap badan adiknya yang tidur di tepi katil.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 11 pagi semalam.

1 comments:

{ Tracey } at: 10/10/2012 10:56 pm said...

hm...kesian kat bayi tu kesian kat budak 5 tahun tu...bukan sengaja kan...

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

 

Copyright © 2010 Que Achmad DotCom, All Rights Reserved. Design by DZignine