Sahabat Que 'Silent Readers'

SADIS: (14 Gambar) PENGORBANAN TerAKHIR Seorang Anak Sebelum Ayahnya MATI

10/11/2012 07:50:00 am

Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliau Cheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti. Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan.

Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti mati. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau di Xi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga anak mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!
lagi gambar & baca lagi, Klik TAJUK ENTRI ni
Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad. 

Cheng Yixing kembali menemui ialah ilahi 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit


You Might Also Like

5 comments

  1. SubhanAllah~ semoga kita dapat mencontohi beliau. :)

    ReplyDelete
  2. Maha Suci Allah yang menjadikan sekelian mahkluk...mampukah aku menjadi anak soleh seperti lelaki itu?

    ReplyDelete
  3. alangkah beruntung KEMBALI sebagai seorang mukmin...

    ReplyDelete
  4. kesianlah...
    tergenang air mata..='(

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad