Sahabat Que 'Silent Readers'

[WAJIB BACA] Tahukah Anda? | LUAHAN HATI ANAK MUDA DI MALAYSIA YANG KECEWA

12/18/2013 07:43:00 am


[WAJIB BACA] Tahukah Anda? | LUAHAN HATI ANAK MUDA DI MALAYSIA YANG KECEWA | Aku duduk dlm rumah bosan, okay bukalah Tv, TV biasa je tiada Astro.



Buka TV itu kutuk situ sini, buka TV ini pulak kutuk jugak, Buka TV chanel ini perghhh lagi hebat kutuk situ sini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Hurmmm nak masuk Astro lah, masuk 27hb (masuk Free) dah masuk Astro satu cerita, 188X ulang tayang. Sampai 28hb TV jadi gelap, (ni mesti kena potong ni).

Angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya jadi gelap? Orang astro jawab Encik kena bayar bil dulu baru boleh cerah, Aku cakap xboleh tunggu cukup bulan ke baru potong. 27hb belum dpt gaji. Astro cakap encik masuk 27hb, mesti 27hb bayar (kejamnye). 

Okay takpelah, TV gelap smpai 30hb gaji aku byr. Tiba2 time nak bayar kena denda Rm20 (penyambungan) & cukai 6%. Perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk!

Tiba2 teringat kata menteri, "kalau tak suka Astro, tengok tv biasa",

Okay aku STOP Astro, tengoklah TV biasa yang hari2 kutuk situ sini...

Tiba2 teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV.

Sembang2 dahaga pula. Jalan kaki pergi Market nk beli gula dengan kopi, tengok Harga gula mahal, tiba2 teringat kata2 menteri:

"Gula mahal sebab nak elakkan Diabetis", ok tak jadi beli gula, balik minum kopi kosong je. Dah minum air dpt call member ajak pergi rumah dia ada kenduri sikit.

Ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri, "jgn guna Tol kalau mahal,guna jln lama".

Tapi kalau aku guna jalan lama jauh, minyak pulak mahal (kataku dlm hati), okay tak jadi naik kereta, Naik basikal je. Dalam 1jam 45min smpai rumah kawan.

Sampai rumah kwn, kawan hidang air kosong + nasi dgn sayur.

Aku tanya kwn, mkn sayur je ke? Kawan jawab "yerla kan menteri ckp kalau ayammahal mkn daging, kalau daging mahal mkn ikan. Sekarang ni semua mahal, makan sayur jela murah"

Ok lepas makan nak baliklah. Aku kayuh basikal smbil terfikir apa la nak jadi dengan keadaan sekarang ni.

Tiba2 teringat kata menteri "kalau tak suka dgn Malaysia, Sila keluar dari Malaysia"

Ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan aku mungkin akan berpindah ke planet PLUTO.

Sekian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad