Sahabat Que 'Silent Readers'

PENDERAAN KEJAM TERHADAP BINATANG | Tikus Diseksa Dengan Kejam Kerana Makan Duit

12/02/2013 04:07:00 pm

PENDERAAN KEJAM TERHADAP BINATANG | Tikus Diseksa Dengan Kejam Kerana Makan Duit | Kat sini mesti ramai yang tak suka dan geli dengan tikus bukan?


Walau sejahat mana pon binatang kita sebenarnya tidak boleh menyiksa mereka kerana mereka juga makhluk tuhan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Lebih baik dibunuh terus jika haiwan tersebut mengancam keselamatan atau haiwan perosak. Di Palestine lain pula ceritanya dimana seekor tikus yang didapati telah memakan duit gaji seorang lelaki telah disiksa, Jom baca artikel lanjut dibawah ini.

Mesti anda tertanya-tanya mengapakah seekor tikus ini dilihat dalam keadaan keempat-empat kakinya diikat setiap penjuru. Kasihan apabila melihatnya. Difahamkan, tikus itu diikat oleh seorang lelaki kerana terlampau geram dengan haiwan tersebut yang memakan semua kepingan not kertas hasil gajinya diterima. Memang sakit hatilah. Tetapi tindakan sebegini ternyata menyeksa haiwan berkenaan.

Seorang lelaki Palestin membalas dendam terhadap seekor tikus yang memakan wang gajinya dengan mengikat empat kaki haiwan itu dan memuat naik imej berkenaan dalam laman Facebook.

Menurut sumber, lelaki yang berasal dari Hebron di Tebing Barat tetapi kini tinggal di Gaza itu mengikat tikus berkenaan dengan tali selepas haiwan berkenaan menyelinap masuk ke dalam almari pakaiannya dan memakan tiga not wang berjumlah ILS200 Shekel (RM181), gaji yang diterimanya. “Lelaki itu mendakwa dia baru mendapat gaji mingguan dan ingin menyimpan wang berkenaan.

“Perbuatannya itu dilakukan ketika keadaan ekonomi di Gaza dan Tebing Barat, Palestin kian meruncing,” kata sumber berkenaan. Pihak pentadbiran Palestin (PNA) menangguhkan pemberian gaji penjawat awam di Tebing Barat selama beberapa bulan kerana kekurangan dana akibat tindakan kerajaan Israel menyekat dana rakyat Palestin.


You Might Also Like

1 comments

  1. org tua kata tikus ni de sifat dendam juga.. jika kita selalu maki hamun dia, dia lagi byk dtg.. klu nk bunuh baik bunuh terus tnpa kata apa.. jgn ckp besar dgn tikus....org tua-tua la kata..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad