Sahabat Que 'Silent Readers'

[REVIEW EKSKLUSIF] Lawak Ke Der 3 (LKD3) | @PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA 4 - 8 Disember 2013

6/04/2014 11:45:00 am

[REVIEW EKSKLUSIF] Lawak Ke Der 3 (LKD3) | @PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA 4 - 8 Disember 2013 | Kelmarinkan Abe dapat 2 tiket LAWAK KE DER 3 (LKD 3) daripada Broframestone tajaan Escape.

Abe pergi dengan Wife tercinta, KakiTulis... Yanty Lee & FizaFantaghiro pun gi sama dengan Abe.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
So hari ni nak review la untuk korang yang berminat nak pergi tengok kan. Show still ade lagi tau! LKD3 mula 4hb sehingga 8hb Disember 2013 ni


Kelmarin dalam pukul 6.00 petang dah gerak dari rumah, iye la takut jammed dan Abe nak gi redeem tiket dengan BroFramestone kat sana.. lagi satu kalau datang lambat sure parking susah nak dapat, tak pun kene parking jauhhhhh.

Sampai kat IB lebih kurang pukul 7.15 petang, sampai kat sana Alhamdulillah dapat parking dekat. Apa lagi, Abe terus gi cari Bro untuk dapatkan tiket. Show mula jam 8.30 malam, so sempat sangat untuk berjemaah dulu... kat IB, jumpa ramai kawan2 Blogger yang baru Abe kenal.
gambar pinjam dr: katanajeeb.blogspot.com

antara gambar yang sempat di CURI snap, hehehehe
Orang memang ramai gile wooo, katanya sume tiket full house! ingat nak amik gamba dalam IB tapi tak boleh wokeeehhh! bile kuar kan handphone sikit mula la kene laser HIJAU ngan staff IB. Tapi sebelum show start Abe ade gak amik gambar dari tempat yang Abe duduk tu. Tu dia.. sayup-sayup je.. ahahaha!
Masa Abe tgk LKD3 ni, memang bantai gelak guling2. Especially masa Part Dauglas Lim. Memang Abe akui, taraf lawak si Cina Dauglas Lim ni memang buleh bagi StandingOvation...



Abe rasa dah macam duduk kat umah, gelak tak cover. Sengal dowh dorang2 ni.. Dan yang lain:

JAMBU: so far mmg gelak besar jugak la.. Memang lawak ngan gayo2 dorang je.. 

NABIL: Still jadi hos sama macam lawak ke der dulu. Tapi banyak TARIAN YANG PELBAGAI STYLE (Abe nak terang satu2 pun xboley, nanti xsuspen pulak bagi korang yang belum gi tengok lagi, heheheh) yang kelakar. Tapi memang sengal jugak deme2 ni..

HARITH ISKANDER: better dari sebelum ni. Stand up comedy dier semua mengena. Pun bantai gelak guling...

yang Abe tak tunggu, tak nanti pulak buat kejutan 

DOUGLAS LIM: mmg gelak guling2. Tak larat nak gelak. Sampai angkat kaki ke atas tgk si cina ni yang mmg sengal, pecah perut Abe gelak. Rasa macam nak masuk join sekali je ngan dorang ni balik..adoi.  
emma esyha & suri hati Abe, kakitulis.com
Overall show LKD3 memang BEST-BEST-BEST gila! Dari start show sampai ke akhir show memang asyik gelak aje! sampai rase keras perut + kering tekak sebab tak henti-henti gelak. Konsepnya adalah sama dengan LKD-LKD sebelum ni, dimulakan oleh Nabil merangkap host dengan membawakan lawak, kemudian di ikuti oleh JAMBU.

Lepas JAMBU buat show DOUGLAS LIM pulak take over cerita pastu JAMBU sambung balik dan kemudian HARITH ISKANDER pulak dia buat stand up comedy.

Pada Abe show ni memang best & siapa beli tiket yang mahal pun akan rase berbaloi. Bagi Abe yang duduk kat belakang ni memang nampak kecik je dorang kat bawah tapi IB ade sediakan satu screen besar untuk nampak lebih jelas so boleh dikira puas hati jugak la.. So REDHA je la..
emma esyha, broframestone (jangan lupa len kali ajak Abe lagi) & ben ashaari
Sesiapa yang tak tengok lagi so ape lagi?? pergi laaa sure korang tak menyesal!

Nak beli tiket boleh kat www.ticket2u.biz atau boleh dapatkan info lanjut kat www.istanabudaya.gov.my

You Might Also Like

3 comments

  1. TQ tumpangkan Ty abe! I really njoy the show w u guys!!!

    ReplyDelete
  2. Happy jumpe abe & akak and others blogger !!!

    ReplyDelete
  3. hooo yeah.... leeza tgk dr jauh jer que.. haaaa

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad