Sahabat Que 'Silent Readers'

NGERI: Pelajar Makan Otak & Hati Kawan Sebilik...

6/03/2012 09:49:00 pm

WASHINGTON – Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.

Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.


Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.
Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh.

Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. – AFP

sumber : www.xlupa.com

You Might Also Like

4 comments

  1. Bahayanya .. sampai makan otak dan hati .. errgh ~~=.=

    ReplyDelete
  2. tula pasal, huhuhhuu. banyak lagi makanan lain yang boleh di makan, otak & hati kawan dia jugak yang dipilihnya

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad