Friday, 29 June 2012

EKSKLUSIF: Kumpulan ELITE selepas 16 tahun..




ELITE...Selepas 16 Tahun!
Majlis itu juga seolah-olah ‘reunion’ kumpulan Elite apabila kesemua mereka kecuali Linda Raffar hadir memeriahkan perkahwinan anggota kumpulan mereka itu.

Baru-baru ini bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon Azza atau Azzarima Zawari,34, selamat diijabkabulkan dengan seorang pramugara AisAsia, Azlan Zulaily, 25 di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman Al-Hafiz dengan mas kahwin RM300. Dengan tiga kali lafaz, Azlan sah bergelar suami kepada Azza di hadapan keluarga terdekat yang turut hadir menyaksikan penyatuan bersejarah kedua mempelai ini.


Bercakap mengenai Elite, siapa yang mampu menafikan populariti kumpulan yang pernah digelar ‘Spice Girls Malaysia’ mencetus fenomena industri hiburan tanahair dan menjadi ikutan para peminat suatu ketika dahulu.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang gadis jelita iaitu Sasha, Abby, Watie, Linda dan Watie ditubuhkan pada tahun 1996 serta merupakan artis rakaman pertama yang bernaung di bawah KRU Records dengan genre muzik pop.

Setelah kumpulan tersebut berpecah, anggota-anggota kumpulan itu yang masih diminati ramai itu membawa haluan masing-masing dan mereka seorang demi seorang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan masing-masing. Bagaimanapun, malang kepada kelima-lima pengasas kumpulan itu apabila jodoh yang terbina tidak berkekalan sebagaimana yang diharapkan dan berakhir dengan penceraian. Sasha Saidin pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London. Namun belum pun sempat meraikan ulangtahun kedua perkahwinannya Sasha mengakui sudah berpisah dengan suaminya itu akibat tiada kesefahaman dan kemudiannya bergelar janda. Namun kini, hidup Sasha sudah kembali bertemanpada tahun 2007 apabila melangsungkan perkahwinan keduanya dengan teman lamanya, Salyo Priyanto, seorang warga Indonesia.

Norwati Sadali atau Watie pula dikatakan pernah bernikah dengan seorang warga Singapura dan kemudiannya bercerai selepas melahirkan seorang anak yang bernama ‘Angelina’. Dia kini bagaimanapun sudah bernikah dengan vokalis, Joey.

Azza sendiri pernah berkahwin dengan bekas suami penyanyi jelita dari Sarawak, Camelia, iaitu Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001, di Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, jodoh mereka juga tidak panjang apabila bercerai pada tahun 2005 dan Azza yang ketika itu menyembunyikan status jandanya mendedahkan penceraiannya dengan Ehsan dua tahun selepas berpisah.

Linda atau Azlinda Rafar yang pernah digosipkan dengan anggota kumpulan KRU, Edry, disahkan sebagai isteri kepada pelumba kereta, Keifli Datuk Othman, pada 1 Mei 1999 di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Shah Alam. Bagaimanapun, pada pagi 5 Ogos 2004, Keifli melafazkan talak satu menceraikan Linda di depan Hakim Syarie Shukuran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam setelah mengakui tiada persehaman lagi di antara mereka berdua. Namun, pada 2 Disember 2006, Linda sekali lagi diijabkabulkan dengan Syed Kamarulzaman Syed Mahmood atau lebih dikenali sebagai ‘Syed Aiman’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dan jodoh mereka masih kekal hingga kini.

Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan pula bernikah dengan Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan Norman Hakim pada 11 Januari 2002 dan kemudiannya bercerai untuk masa yang singkat sebelum rujuk kembali kemudiaannya. Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan tiga orang cahayamata yang comel-comel Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim itu gagal mempertahankan mahligai mereka apabila bercerai untuk kali kedua pada 18 Disember 2008.

Apapun jodoh dan masa depan mereka, kita berdoa agar kehidupan pengasas-pengasas kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Tamparan Wanita’ itu mendapat jodoh yang berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

4 comments:

nanieybarnieylurviey at: 6/29/2012 4:29 pm said...

penerangan details pasal kumpulan elite. thumbs up :)

Herma Julianny at: 6/29/2012 5:31 pm said...

ooo...
baru tau..
en.que tertulis nama watie dua kali dalam pengenalan nama diorang tu..
"Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang gadis jelita iaitu Sasha, Abby, Watie, Linda dan Watie ....."

Cik Rongoks at: 6/29/2012 8:24 pm said...

dah banyak yg berubah :)

Anonymous at: 9/21/2012 5:43 am said...

gambar abby dan sasha bertudong kelihatan cantik dan ayu.apa apa pun kalaulah watie dan azza sempurnakan tudongnya fulamak cantik gila!!memanglah mereka kesemua nya cantik cantik belaka,zaman tu saya jejaka yang amat tergoda ngan mereka walau pun mereka pop singers tapi mereka masih menjaga ciri ciri anak melayu dalam persembahan pentas.saya doakan mereka menemui kebahagian dunia akhirat beribadah serta berkeluarga.amin.

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com