Sahabat Que 'Silent Readers'

WWW15 percuma untuk Tiong Lai?

6/09/2012 10:23:00 am

WWWIS percuma utk Tiong Lai? Mudahnya, kouta Menteri kot, huhuhuhuh. Orang biasa macam Abe ni agak-agaknya ada kouta jugak ke? hehehhehehhe... sibuk je, sokmo nak 'enterprem' hehhehehehe... Semalam masuk Berita pasal ni. So, tadi Abe google, terjumpa pulak pasal ni... Macam biaselah, wat Entri terus...

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mempunyai tiga pilihan, termasuk mendapatkan nombor pendaftaran ”WWW 15” secara percuma, sesuai dengan kelayakan yang diberi kepadanya oleh kerajaan iaitu sebagaimana yang dipohon dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata Tiong Lai juga mempunyai dua pilihan lain iaitu membayar dengan harga tertinggi yang ditawarkan iaitu RM24,200 untuk mendapatkan nombor pendaftaran itu atau menolak tawaran tersebut jika tidak berminat.

Solah berkata, JPJ menerima permohonan untuk mendapatkan nombor ”WWW 15” daripada Tiong Lai untuk kegunaan kenderaan rasmi melalui surat permohonan bertarikh 14 Mei 2012, iaitu pada hari terakhir nombor pendaftaran ”WWW” dibuka untuk bidaan.

Katanya, Jawatankuasa Penilai Tempahan Nombor Pendaftaran Siri ”WWW” seterusnya memutuskan bahawa nombor pendaftaran itu ditawarkan kepada Liow dengan harga tertinggi iaitu RM24,200.
Beliau berkata, JPJ juga memaparkan nama pembida berjaya kepada umum selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan dalam pengurusan tempahan nombor pendaftaran.

“Ia juga kerana bidaan telah dibuat oleh orang ramai, sudah tentu mereka ingin tahu siapa yang memenangi nombor yang dibida. Pemenang bagi siri-siri sebelum ini juga kita paparkan,” katanya. — BERNAMA

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad