Sahabat Que 'Silent Readers'

Berkatnya Hidup Bersedekah...

6/23/2012 02:40:00 pm

BERKATNYA HIDUP BERSEDEKAH:

Allah berjanji tidak akan miskin seseorang yang menyedekahkan hartanya ke jalan Allah, malah menambah rezeki untuknya.

Antara jenis-jenis sedekah:
1. Mendamaikan saudara yang berselisih faham
2. Menolong saudara meringankan beban orang bermusafir
3. Menolong saudara mengangkat beg atau bebanan yang berat
4. Kata-kata yang baik
5. Langkah ke Masjid
6. Alih duri dari jalan (elakkan mudharat)

Pendek kata, kita sedang bersedekah dan mendapat pahala dari Allah. Betapa pemurahnya Allah, walaupun kita tak tahu jenis sedekah (sebab tak belajar), Allah pasti memberikan balasan yang setimpal. Lebih-lebih lagi orang yang tahu apa yang dilakukan adalah dari bab sedekah, mestilah dia lakukan dengan bersungguh-sungguh. Belajar juga merupakan sedekah.

Cuma, disebut di dalam kitab AlWafi bahawa lebih afdal orang yang mempunyai harta lalu mendermakan harta tersebut berbanding orang yang bersedekah dengan cara yang selain mendermakan harta bendanya. Ini adalah soal kelebihan kepada orang-orang yang dikurniakan dengan kemewahan dan harta yang banyak tetapi tidak pernah lupa kepada segala nikmat yang Allah kurniakan. Jadi berusaha mencari harta yang banyak kerana Allah, bukan sekadar cukup makan sahaja.

You Might Also Like

3 comments

  1. yup, bersedekah itu manis... tq for sharing ^^

    ReplyDelete
  2. owh, byk nye cara bersedekahkan.. tak semestinya bagi duit kt orang tepi jalan... terima kasih ye abe sbb saling ingat mengingatkan sesama kita ;) xmau kufur nikmat

    ReplyDelete
  3. Abe cuma kongsi apa yang Patut Abe kongsi... Abe xde ilmu, ni peringatan utk diri Abe jugak... Sama2 kita berpesan2 ye sesama kita... InsyaAllah

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"

Search Blog QueAchmad