Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR: Banduan Terakhir Sebelum di GANTUNG

6/27/2012 02:44:00 pm


Salam...

Abe adalah berjumpa dengan sorang kawan lama Abe, minum2 air sesama... Dia kerja di Penjara Kajang. Sedang borak-borak, dia adalah 'share' sikitla pasal 'Banduan Terakhir & Tali Gantung' ni... Katanya ada Blog yang dah publish cerita yang sama. Abe tertarik dengan perkongsiannya dan terdetik di hati Abe untuk kita semua kongsi tentang kisah ni. Terus je Abe gi ke Blog sepertimana yang dia gitau Abe tu. Klik SINI. Menurut cerita yg Abe baca, jika seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, dia boleh membuat rayuan. Namun jika ditolak, maka banduan tersebut harus menjalani proses KE TALI GANTUNG.

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut,pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN 
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut sumber Abe, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih sumber Abe ingatlah.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ ceritanya lagi.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG 
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut sumber Abe, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut sumber Abe, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepadanya. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

You Might Also Like

25 comments

  1. best sangat kisah ini.. jadi seram dan takut pulak.. ye laa.. sesapa pown x mau buat salah kan.. tapi dah terlibat.. naik laa rome2 baca artikal nie.. tapi an.. bila pesalah tu dah meninggal, jenazah tu, fmly dia tuntut laa..?? dan kalau di hukum gantung n org tu tak meninggal mcm mner pulak??

    ReplyDelete
  2. seram juga baca artikel ni... takut

    ReplyDelete
  3. OK Bro nice sharing....you are caring

    ReplyDelete
  4. Takut plak rasa... Tapi at least kita tahu kan macam mana proses hukuman gantung ni dijalankan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe syg.. xpe,jgn takut tw?? abg ada.. :p

      Delete
  5. ko copy paste citer org len pastu ko ngaku citer dari mulut kawan ko..aduhs~

    ReplyDelete
  6. Cerita ko ke ko copy, paste n edit? Sbb 23 June 2012 link ni da post http://melayukini.net/2012/06/kisah-tali-gantung-dan-banduan-terakhir/ 27 June 2012 baru ko buat entri ni... Malu la woi... jangan la ngaku citer ko bahalol x de ethic.. at least ko bg la sumber.. x yah la perasan best... ko betul2 mencemarkan penulisan la bro! ko jangan delete comment aku ni... aku da print screen... kalau ko delete aku n the gang akan post kat facebook ko pulak!

    ReplyDelete
  7. Cerita ko ke ko copy, paste n edit? Sbb 23 June 2012 link ni da post http://melayukini.net/2012/06/kisah-tali-gantung-dan-banduan-terakhir/ 27 June 2012 baru ko buat entri ni... Malu la woi... jangan la ngaku citer ko bahalol x de ethic.. at least ko bg la sumber.. x yah la perasan best... ko betul2 mencemarkan penulisan la bro! ko jangan delete comment aku ni... aku da print screen... kalau ko delete aku n the gang akan post kat facebook ko pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni dh knapa...biar je la dia nk copy...dh ko tau dia copy yg orng pnye...asl ko pgi bc jgak...pkai otak...jgn nk mrh je..shitt la

      Delete
    2. Baca betul2 dulu bro...jgn nak melaser je...tenang bro..

      Delete
  8. sumber dah ada saya letak di Atas sekali, cuba perhati betul-betul sebelum mengamuk sakan. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu...dan telsh dinyatakan juga mmng story dh dlm fb pun...kan...sape yg x bca kat link satu lg, boleh bca kat sini...ade jg pngtahuan

      Delete
    2. Ye betul tu...dan telsh dinyatakan juga mmng story dh dlm fb pun...kan...sape yg x bca kat link satu lg, boleh bca kat sini...ade jg pngtahuan

      Delete
  9. alahai pasal cerita pun nak gado ke Bai..buat malu je lahh..jgn nk jadi cam bebudak Sgt la..kalo aku penulis cerita ..aku xkan marah la org nak c0py ke nk fotostat ke xpyh creadit pd aku pun xpa..stakat benda2 remeh camni xdala nak berkira..kita bace utk info..peringatan..iktibar..bkn nya nk berebut sapa yg cerita dlu sapa yg taip dlu..x luak pun..kalo rasa xleh share..x payah la cerita..simpan je dlm peti besi kt umah kau..baik kau pasang niat b4 taip pape..niat je la kau taip sal tu sbb nak k0ngsi dgn org..nak org bg pendapat..nk luah apa2 yg tpendam dlm hati kau atau pape jelahh..insyaallah xkan ada perasaan dengki2 camni..

    ReplyDelete
  10. sharing info is good...pahala anda akan btrusan sehingga saat mata terakhir masih membaca.... jgn dirisaukan sekiranya masyarakat berkongsi cerita...asalkan jangan cerita d putarbelit akan merosakan inti-pati nasihat yg ingin disampaikan...terima kasih kepada smua yg berkongsi kerna ilmu itu bole dikongsi dan dicari utk kebaikan smua tidak kira masa dan agama

    ReplyDelete
  11. Errr serm plk ......takot pon ade ...

    ReplyDelete
  12. Tqvm for the info...sy x kisah pun sp punya cerita yg penting sahih n ia nyer berguna pd org awam....blh di jd kn iktibar....thank a lots

    ReplyDelete
  13. Banduan akhir sebenarnya juga merupakan ihsan dan seorang makhluk ciptaan Tuhan. Mereka juga ada perasaan takut cemas sprt kita. Pengalaman hidup banduan ini dan keadaan penjara mmg menarik phatian

    ReplyDelete
  14. Subahannallah

    ReplyDelete
  15. Assalam.. Saya student dari Falkuti Pengurusan Rekod UITM Puncak Perdana diberi tugasan bagi menjalankan kajian tentang bangunan bersejarah di Malaysia. Saya ingin bertanya adakah encik mempunyai kenalan atau orang yang boleh saya temubual bagi menjalankan kajian ini?Boleh kah saya mendapatkan nombor telefon atau sebarang cara untuk saya hubungi orang tersebut. Saya memilih Penjara Pudu Bagi menjalankan kajian. Oleh itu saya ingin meminta kerjasama dari pihak encik untuk membantu saya menjayakan kajian ini.

    ReplyDelete
  16. Sekurang2Nya banduan akhir ke tali gantung tau ajal dia tiba.boleh bersiap sedia bertaubat nasuhah.itu lah kelebihan nya.yg kite bebas ni xtau bila ajal kite tiba.apepun bersyukur dan bnyakkan beramal mentauhidkan Allah yg maha Esa.

    ReplyDelete
  17. allahuakhbar..dorg dh tau mati dorg..sedangkn allah terima hamba dia yg sudah bertaubat...allahukabar..semoga allah mencucuri rahmat ke atas mereka yg telah mjalani hukuman...

    ReplyDelete
  18. allahuakbar....skurang2xnye org2x ini tau waktu kematianye...allah terima taubat2x org yg melakukan dosa...sbenarnye nasib dorg ini lg baik dri kita yg xtau mati tu bila...cume keadaan yg bbeza...moga allah cucuri rahmat keataa umat islam yg telah dijatuhi hukuman..amin

    ReplyDelete
  19. Allahu Akhbar.. 'Banduan Terakhir ' .. pilu rasa semasa membaca.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dkalangan org yg berIman. Amin

    ReplyDelete
  20. Terime kasih atas perkongsiannya. Sedih bila baca artikel ni..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad