Sahabat Que 'Silent Readers'

EKSKLUSIF: Gambar TERKINI Waris Mahsuri

6/08/2012 01:05:00 am


Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi

Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung. Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998. Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia. Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara. 

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

*sumber - beautifulnara.com

Published with Blogger-droid v2.0.4

You Might Also Like

7 comments

  1. mmg bangga lah moyang dia adalah lagenda...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/06/wordless-wednesday-study-mood.html

    ReplyDelete
  2. betul ke sumpahan tu kat Langkawi... aku tak tau apa yang terjadi lepas kene sumpah tu...

    ReplyDelete
  3. cantik...
    memang heboh kisah penemuan dia dulu... :)

    ReplyDelete
  4. perghh .. haha Que pun baca BN :p
    cantikkk kan dia :)

    ReplyDelete
  5. Mahsuri tu sekadar Lagenda je..... Kengkadang baca jgk BN.... Sekadar baca je.... Hehehhehe

    Cantik la jgk Wan Aisyah ni, ada iras2 Misha cikit..

    ReplyDelete
  6. siyes menarik cerita lagenda ini...meh singgah blog iman http://ayuiman88.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Dulu masa kerja kat Langkawi,masa Wan Aisyah ni diumumkan sebagai keturunan ke 7 Mahsuri,ada orang-orang tua kat sana kata keturunan ke 7 tu letaknya kat mak saudara Wan Aishah nih tapi sebab dia tu tak berapa cantik (cantik Wan Aishah nih lagi) jadinya dipilihlah Wan Aisyah pada hal dia tu dah keturunan ke 8.Sebab tu orang-orang tua kat Langkawi buat tak kisah jerr ngan publisiti gini.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad