Saturday, 30 June 2012

Perlukah kereta berBau WANGI?



Salam...

Malam2 yg boring ni, Abe taktau la pulak nak wat ape... Tetiba je pulak td masak nasik ngn ayam goreng... Ulam bunga kobis & yang paling penting, BUDU........ Maka hasilnya, jeng3x.... MARVELLOUS.. Ops, sorry.... Termelalot pulak pasal makanan, hehhehehhe.... Lupa pulak nk cerita pasal Perfume kete je td...

Kete kesayangan Abe tak taulah kenapa, semenjak dua menjak ni kuat ngat berBau Ubat Gegat... Nak kata ada Ubat Gegat dlm kete, puas cari dah, xjumpa2 pun... Hurmmmm.... Penin Abe nk mikir pekebende la Mende tu... 2-3 orang dah yg masuk dalam kete Abe komplen kuatnya bau Ubat Gegat... Tetiba kelmarin, Abe adalah terbaca satu 'entri' daripada Abang Alid (www.theredrambutan.blogspot.com) pasal Little Trees, pewangi gantung... Terus Abe pegi cari dengan harapan menggunung tinggi bak pelangi, pergh.......

Maka arakiannya dengan itu, terBelilah satu Little Trees tersebut untuk santapan hidang kereta kesayangan BETA.... Hehehehehe, terOver la pulak... Terus tanpa buang masa Abe gantunglah Little Trees yang kalernya BiruKuning tu kat cermin depan... Harapan masih menggunung tinggi nak Halau Bau Ubat Gegat....

Hasilnya...... Jeng3x, keesokan harinya...........MAKA Ubat Gegat punya bau HILANG..... So, Abe dah tenang... Semalam, Abe ngn Mentor Abe gilah ke 'event' Hyundai di Shah Alam, alhamdulilah Bau sang gegat dah TAK ADA.... ALHAMDULILLAH... pergi dengan tenang tanpa BAU UBAT GEGAT...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selamat Pengantin Baru - FARID & FARHANIM



Terfikir Abe apakah sebenarnya ucapan yang paling baik untuk pengantin baru yang sememangnya dianjurkan Islam. Sesungguhnya kata-kata itu doa. Selamat Pengantin Baru buat Mohd Farid Ismail & Farhanim Abdullah yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini 30/6/2012. Abe doakan semoga kamu berdua diberkatiNya... Tak ada apa yang dapat Abe bagi, cuma Abe mampu hari ni dedikasikan Nukilan Abe ni KHAS buat kamu berdua...

Pernikahan
Menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi sholehah

Pernikahan
Mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya
Isteri adalah murid,kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu,kamu reguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan
Menginsyafkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru akan membuatmu tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah Saw
Pun bukanlah sayidina Ali karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh.

MISTERI: Mak Lampir


Salam...

Sehari dua ni Abe suka ngat bercerita pasal Hantu a.k.a Antooo... Abe pun tak tahu jugak kenapa... Mungkin Abe ni 'Obsessed' dengan Hantu kot, hehehehhe... Tak jugak, Abe ni sebenarnya PENAKOT je... 'Entri' Abe kali ni pulak takde kaitan pun dengan Antooo... Tidak sama sekali... hurmmmm


Duk sesaje ni, teringat la pulak dengan citer Antoo Indon yang dulu, memang Abe ni salah seorang peminat setianya, hehehhe... Kenal ?? Korang kenal tak Makcik yang ada dalam gambaq kat atas tu? hehehhehe, namanya Mak Lampir... KakLong Abe yang duk kat Muadzam Shah memang penggemar No 1 citer Mak Lampir ni, siap beli CD lagi buat koleksi... Mak Lampir ni popular sekitar tahun 90an ke awal 2001... Duk diam2 sorg ni, agak2nya lah, Budak-budak zaman sekarang tak kenal mak cik ni? mungkin dorang tak kenal kot... TAPI pada Abe, Mak Lampir ni adalah LEGEND

REVIEW: Blog Pilihan Que [www.azmengs.blogspot.com]


Salam...

Alhamdulillah, Abe tak lupa untuk dedikasikan Jutaan Terima Kasih buat korang semua yang terus sama-sama dengan Abe tanpa jemu & dengan penuh rasa persahabatan untuk sama2 memeriahkan Dunia Maya ni... Terima Kasih ya... Abe terus ke Agenda Abe: Review Blog Pilihan Que. Buat kali keduanya, Abe buat REVIEW Blog Pilihan Que lagi... Korang semua yang lain yang belum Abe Review lagi tunggu ya, Blog korang jugak akan Abe 'Review'... Minta izin awal-awal ya... Jangan marah ye... hehhehe

Blog seterusnya pilihan Abe ni ialah www.azmengs.blogspot.com. Pada Abe, blog ini sangat-sangat-sangat MENARIK... Perjalanan kehidupan seorang PaPa dalam berBlogging.. Pengisian 'entri'nya cukup simple TETAPI menarik sangat, semuanya kisah Nyatanya di Blogkan... Abe antara salah seorang yang WAJIB ke Blognya setiap hari... Just For Give Him A Moral Support & Be Frez... Kalau korang tak caya, korang cubalah sendiri ke Blog Pilihan Que ni... Mudah je caranya, korang 'klik' je pada Banner Blog yang kat atas tu ataupun korang 'KLIK SINI'... Papa Blogger ni juga adalah antara Blogger yang aktif dalam ber'ENTRI'... setiap hari ada saja entri2 yang FRESH yang memang sangat teruja untuk kita baca... Abe cakap betul ni, Abe bukan Bo-Ong, hehhehehe... Abe letakkan Blog PaPa Blogger ni dalam Grup 'Sahabat Que Di Putrajaya'... Abe bangga dengan USAHA pemilik Blog ni... Korang jangan kecik ati, dengan korang jugak Abe bangga... blog korang pun ada jugak Abe masukkan dalam Grup 'Inspirasi Que'... Korang jangan segan silu ye untuk jadi Sahabat Blog ni... Abe nak cakap kat korang, jom kita sama2 'support' Sahabat-Sahabat kita semua di Dunia Maya ni ye...  Selamat berkenalan dengan Blog WWW.AZMENGS.BLOGSPOT.COM a.k.a PaPa Blogger

HTML BANNER CODE

<div style="text-align:center;font-size:12px;font-weight:normal;"><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bguulgp" width="468" height="60"><param name="movie" value="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bguulgp" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /></object><div><a href="http://www.flashbannernow.com/free-banner-code.php?bid=bguulgp&imu=fb" target="_blank"></a><a href="http://www.flashbannernow.com" target="_blank" title="online banner maker"></a></div></div>

18SG: Pemuda MELAYU Bunuh Diri Kerana CINTA


Cinta boleh buat manusia Bahgia, Cinta juga boleh buat manusia derita... Abe selalu dengar ungkapan ni sejak dulu lagi... Korang pernah bercinta tak? Abe pernahlah jugak, hehhehehehe... Tipulah kalu Abe tak ngaku pernah bercinta, mesti korang tak caya kan? kan, kan, kan......

Memalam segini, Abe sesaje je layan Youtube... tetiba je terbelek Video ni.... Pasal PEMUDA MELAYU yang GANTUNG DIRI sebab cinta... Ni video lama, bukannya kes yang baru... Abe bukannya wat 'entri' ni tujuan nak galakkan orang bunuh diri, niat Abe satu je... Abe nak gtau, bunuh diri jasad tak akan diterima bumi.... berdosa besar...Sebelum itu Abe nasihatkan untuk korang yang lemah semangat,18 tahun ke bawah jangan menonton video di bawah, sekadar baca je lah pun memadai...
Artikel dan video ini mungkin mengandungi kandungan yang akan menyentuh sensisitiviti sesetengah pihak, namun apa yang Abe cuba gitau kat sini hanyalah tak lebih sebagai iktibar dan pedoman kepada diri Abe sendiri & korang semua agar JANGAN PERNAH SESEKALI PIKIR UNTUK BUNUH DIRI...

Sebenarnya kisah tentang pemuda dalam video di atas ini Abe dapat dari satu sumber, latar belakang pemuda tersebut tidak diketahui, tetapi diceritakan kisahnya bahawa arwah bunuh diri disebabkan putus cinta.kalau diamati video tersebut didapati terdapat banyak kad top up yang ditampal di dinding bersama dengan simbol cinta bertahktakan nama seorang gadis bernama Ain telah dijadikan alasan bahawa putus cinta merupakan motif utama mengapa arwah bunuh diri.

Sebagai pedoman bersama, bunuh diri merupakan perbuatan yang dilaknat dalam agama.itu bukannya jalan terbaik untuk menyelesaikan satu-satu masalah,tidak kira lah apa masalah yang sedang dihadapi...putus cinta ke, bankrupt ke, saham rugi ke.....banyak lagi cara dapat diselesaikan... Sekiranya cinta merupakan sebab utama arwah bunuh diri....nasihat Abe kepada korang & diri Abe jugak....bak kata pepatah bunga bukan sekuntum...kumbang bukan seekor...
Friday, 29 June 2012

INFO: Ciri-Ciri Pemimpin Yang BAIK - Rakyat Mesir Kagum dengan Tn Guru Nik Aziz


Seorang rakyat Mesir berbangsa Arab, rasa amat terharu dan kagum akan cara hidup seharian Tuan Guru Nik Aziz yang amat zuhud dan merendah diri, membeli minuman digerai minuman ditepi jalan,  sehingga beliau membuat perbandingan persamaan dengan Erdogan Perdana Menteri Turkey .

Gambar tersebut beliau muat naikkan di akaun Facebooknya sambil sebar dan kongsi. Katanya:

نيك عزيز في ماليزيا ، و أردوغان في تركيا . . . . إبراز الجانب الإنساني مطلوب ،

Ertinya: "Nik Aziz di Malaysia dan Erdogan di Turki...perlihatkan aspek ciri kemanusiaan yang dituntut.."

Dari aspek informasi pula, di sini Abe kongsikan sedikit sajalah berkenaan dengan Teori Kepimpinan... Harap kita semua dapat sesuatu untuk dipelajari & diamalkan... Sumber Info ni Abe dapat setelah Abe Google kat 'tenet'..

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.


baca lagi KLIK SINI

DOA: Abe Mencari CINTA ILAHI...


Ya Allah, Abe cemburu!
Abe cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi dengan cinta,
Cinta kepada siapa?
Cinta kepada-Mu wahai Tuhan yang menciptakanku,

Jiwa mereka dihiasi dengan semangat jihad,
Hati mereka diterangi dengan nur cinta yang abadi,
Iman memenuhi kamar sanubari,
Jalan perjuangan sedia mereka tempuhi,
Walaupun mmpunyai ranjau yang melukai.

Sedang Abe di sini,
Dalam kesamaran masih tercari-cari,
Ke manakah hala tuju diri,
Setiap kelemahan berdikit-dikit ku cuba baiki,
Membersihkan kembali segumpal darah yang bernama hati,

Iman yang baru mula untuk berbuah,
Abe rasa begitu payah untuk dipertahankan.

EKSKLUSIF: Kumpulan ELITE selepas 16 tahun..




ELITE...Selepas 16 Tahun!
Majlis itu juga seolah-olah ‘reunion’ kumpulan Elite apabila kesemua mereka kecuali Linda Raffar hadir memeriahkan perkahwinan anggota kumpulan mereka itu.

Baru-baru ini bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon Azza atau Azzarima Zawari,34, selamat diijabkabulkan dengan seorang pramugara AisAsia, Azlan Zulaily, 25 di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini. Mereka dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman Al-Hafiz dengan mas kahwin RM300. Dengan tiga kali lafaz, Azlan sah bergelar suami kepada Azza di hadapan keluarga terdekat yang turut hadir menyaksikan penyatuan bersejarah kedua mempelai ini.


Bercakap mengenai Elite, siapa yang mampu menafikan populariti kumpulan yang pernah digelar ‘Spice Girls Malaysia’ mencetus fenomena industri hiburan tanahair dan menjadi ikutan para peminat suatu ketika dahulu.

Kumpulan yang dianggotai oleh lima orang gadis jelita iaitu Sasha, Abby, Watie, Linda dan Watie ditubuhkan pada tahun 1996 serta merupakan artis rakaman pertama yang bernaung di bawah KRU Records dengan genre muzik pop.

Setelah kumpulan tersebut berpecah, anggota-anggota kumpulan itu yang masih diminati ramai itu membawa haluan masing-masing dan mereka seorang demi seorang mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan masing-masing. Bagaimanapun, malang kepada kelima-lima pengasas kumpulan itu apabila jodoh yang terbina tidak berkekalan sebagaimana yang diharapkan dan berakhir dengan penceraian. Sasha Saidin pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London. Namun belum pun sempat meraikan ulangtahun kedua perkahwinannya Sasha mengakui sudah berpisah dengan suaminya itu akibat tiada kesefahaman dan kemudiannya bergelar janda. Namun kini, hidup Sasha sudah kembali bertemanpada tahun 2007 apabila melangsungkan perkahwinan keduanya dengan teman lamanya, Salyo Priyanto, seorang warga Indonesia.

Norwati Sadali atau Watie pula dikatakan pernah bernikah dengan seorang warga Singapura dan kemudiannya bercerai selepas melahirkan seorang anak yang bernama ‘Angelina’. Dia kini bagaimanapun sudah bernikah dengan vokalis, Joey.

Azza sendiri pernah berkahwin dengan bekas suami penyanyi jelita dari Sarawak, Camelia, iaitu Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001, di Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, jodoh mereka juga tidak panjang apabila bercerai pada tahun 2005 dan Azza yang ketika itu menyembunyikan status jandanya mendedahkan penceraiannya dengan Ehsan dua tahun selepas berpisah.

Linda atau Azlinda Rafar yang pernah digosipkan dengan anggota kumpulan KRU, Edry, disahkan sebagai isteri kepada pelumba kereta, Keifli Datuk Othman, pada 1 Mei 1999 di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Shah Alam. Bagaimanapun, pada pagi 5 Ogos 2004, Keifli melafazkan talak satu menceraikan Linda di depan Hakim Syarie Shukuran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam setelah mengakui tiada persehaman lagi di antara mereka berdua. Namun, pada 2 Disember 2006, Linda sekali lagi diijabkabulkan dengan Syed Kamarulzaman Syed Mahmood atau lebih dikenali sebagai ‘Syed Aiman’ di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, dan jodoh mereka masih kekal hingga kini.

Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan pula bernikah dengan Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan Norman Hakim pada 11 Januari 2002 dan kemudiannya bercerai untuk masa yang singkat sebelum rujuk kembali kemudiaannya. Bagaimanapun, pasangan yang dikurniakan tiga orang cahayamata yang comel-comel Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim itu gagal mempertahankan mahligai mereka apabila bercerai untuk kali kedua pada 18 Disember 2008.

Apapun jodoh dan masa depan mereka, kita berdoa agar kehidupan pengasas-pengasas kumpulan yang pernah popular dengan lagu ‘Tamparan Wanita’ itu mendapat jodoh yang berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Bila Anda Akan Mati?


untuk mencuba sila ke link ini  Jumlah Jangka Hayat Anda

"Tak ramai yang mengetahui sistem yang dibuat oleh jabatan perangkaan Malaysia ini. Mereka telah mengkaji jangka hayat seseorang di Malaysia mengikut jantina dan bangsa. Sistem ini sama seperti yang berada di negara maju yang lain dalam mengkaji purata jangka hayat penduduk di negara berkenaan.", kata mereka






Apa-apa pun Abe harap, jangan korang percaya dengan sistem ini kerana ianya adalah bertujuan untuk kajian. Ajal seseorang manusia yang Islam sudah pasti ditentukan oleh Allah swt. Tapi tidak salah untuk berkongsi & untuk kajian, kata mereka. Huhuhuh, kenapa mereka fikir macamtu? & macamana sistem kajian ni boleh wujud pun Abe tak tahu, & pada Abe, ianya seolah-olah ramalan tilik nasib yang boleh membawa kepada Syirik dan Khufur... dulu Abe dah ada buat 'entri' yang ada persamaan dengan Ramalan Tilik Nasib ni... Klik SINI untuk membaca Petikan hadis berkaitan...
Thursday, 28 June 2012

TELADAN: Ucapan Merendah Diri Seorang PEMIMPIN - Dato' Seri Syed Zainal Abidin


Salam...  

Pada Abe, pemimpin merupakan teraju utama dalam sesebuah organisasi... Bila dah diberi kepercayaan sebagai pemimpin, kita harus menggalasnya dengan baik... Sedang asyik berbincang dengan Sahabat Abe (kakisembang.com), Abe terpikir untuk mencontohi seorang pemimpin ini. Sikapnya Abe kagumi... Semoga jika ada kesempatan diberi peluang untuk Abe memimpin, sikap beliau InsyaAllah Abe akan contohi... Abe tergamam dan kagum bila membaca ucapan beliau ini, sungguh merendah diri...


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi. Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian. Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal. 

Saudara saudari yang saya kasihi, Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. 

Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. 

Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

baca lagi KLIK SINI

SERAM: Sebab Kenapa PENJARA PUDU di TUTUP


FAKTA YG MENGEJUTKAN......harus semua ambil iktibar... SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

lagi cerita, KLIK SINI

EKSKLUSIF: SUV Pertama PROTON?


Berikut ialah Gambar SUV Proton Yang Bakal Dilancar. Proton telah mencipta sebuah model kenderaan berkonsepkan SUV sebelum melancarkan Proton Exora yang diberi nama Proton MSX.

Menurut sumber, penciptaan Proton MSX itu adalah berdasarkan Lotus APX dan mempunyai tujuh tempat duduk. Jika dilihat ia mirip kepada kenderaan SUV yang sedang berada di pasaran seperti S Porche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.
Wednesday, 27 June 2012

MISTERI: Lagi Tempat BERHANTU di Genting Highlands


tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”.
Salam

Hari ni Abe menulis lagi pasal MISTERI... Kali ni mengenai Batu Berayun yang ada di Genting Highlands yang dinamakan sebagai Cradle Rock. Nanti kalau berkesempatan ke Genting Highlands, Abe berhajat jugak untuk singgah ke sini.. Tak mau membebel banyak, ini ceritanya yang Abe dengar pasal Batu Berayun ni. Cerita nipun daripada sumber dari pembacaan Abe, bukan pengalaman Abe sendiri... Ceritanya begini:

budak genting panggil tempat ni BATU BERAYUN…sebab kedudukan batu ni macam tergantung… alah korang mesti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ selalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ, depa kata kat situ ade kes bunuh diri tapi da lame la…member aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih selalu lepas keje pergi jejalan kat area tu ada 1 mlm, tu nasib tak baik.. nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la.. pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya.. dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik member aku ni kira kuat gak la.. die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.

*Abe tak pernah lagi jejak di Genting Highlands. Ini cerita lama, dan mungkin tiada lagi gangguan di sana. Namun demikian, ada dalam kalangan pembaca yang pernah mengalami nasib yang sama seperti di atas. Mungkin boleh berkongsi dengan Abe di sini.

MISTERI: Lagu ni BERHANTU?


penyanyi yang dimaksudkan
Salam, Bismillahirahmanirrahim... 

Entri ni Abe buat bukan sebab nak takutkan sesiapa, bukan jgk sebab nak aibkan sesiapa... Jauh sekali nak menakutkan sesiapa... Abe pun pikir 4 5 kali sebelum Abe nak 'publish'kan entri ni, yer la Abe bimbang jugak nanti akan ganggu emosi sesiapa... Abe adalah tanya Sahabat Abe, Ben Ashaari tadi, ok ke tak nk kuarkan entri ni... Dia syorkan xyah kuarkan awalnya. Tapi memandangkan ada permintaan, ni Abe kuarkan jugak dan Abe terpaksa 'Edit' sikit dari entri asal yang Abe buat 'atas sb tertentu'... huhuuhu

Macam yang Ben gitau dalam entrinya (Lagu Hantu), lagu ni memang ada beri kesan pada seorang kawan Abe... Kesan yang huhhhuuhh, susah Abe nak pikir... Istigfar banyak2, mintak ALLAH S.W.T jauhkan dari ianya berlaku lagi, pada orang lain... Abe pikir, Abe tak patut la nak citer kat sini apa yang berlaku padanya, cukup sekadar 'hint' yang Ben kuarkan dlm entrinya tu je... Agak2nya korang dapat tangkap kot maksud Abe ni...

Untuk makluman Korang, Abe pun tak dapat nak pikir apa sebenarnya perkaitan antara kisah kawan Abe ni dengan Lagu ni... sebab sekali lalu, memang takde kena mengena langsung... Benarkah Lagu ni betul-betul berhantu ataupun x, Abe tak dapat nak pastikan...

Kat sini jugak Abe 'paste' lirik lagu ni... Sekadar 'paste' je, jangan terpengaruh dengan lirik lagu ni sepertimana kawan Abe tu... 

malam sunyi ku sendiri
duduk sepi diatas pohon
kubiarkan rambutku terurai


tanpa kaki kelawar,anjing dan bulan purnama
menanti kekasih ku yg belum mati


kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri
biar kita jumpa lagi
seperti dulu

hahahahhahahahaha (mengilai)

mana mungkin ku kembali
hidup lagi seperti dulu
kecuali engkau mati
mohon mengerti

kapan mati kekasihku
ku menanti kau disini
ayuh mati bunuh diri biar kita
jumpa lagi seperti dulu


*Abe akan kuarkan 'entri' cerita di sebalik lagu ni nanti, itupun kalau ada permintaan dari korang... bergantung pada kesesuaian...
Published with Blogger-droid v2.0.4

REVIEW: Blog Pilihan Que [www.kakisembang.com]


Salam...

Alhamdulillah, hari ni genaplah 1bulan 18 hari www.queachmad.com ni... Satu angka yang cukup mudah diingati oleh semua.. 118 (hari-hari kaya, hehehehhe)... Sepanjang tempoh yang singkat ni, Abe sangat2 berterima kasih kepada Otai2 Blogger (korang pun tahu kan siapa yang Abe maksudkan... TQ Bos, Jasamu Dikenang) yang memang TERLALU 'support' Abe dengan Ikhlas... Juga Abe tak lupa untuk dedikasikan Jutaan Terima Kasih buat korang semua yang terus sama-sama dengan Abe tanpa jemu & dengan penuh rasa persahabatan untuk sama2 memeriahkan Dunia Maya ni... Terima Kasih ya...

Ok, Abe taknak banyak mengomel lagi... Abe terus ke Agenda Abe: Review Blog Pilihan Que. Buat pertama kalinya & insyaALLAH seterusnya bermula dengan 'Review' ni, Abe akan sentiasa teruskan agenda ni tanpa jemu... Korang semua tunggu ya, Blog korang jugak akan Abe 'Review'... Minta izin ya... Jangan marah ye... hehhehe

Blog pilihan pertama Abe ni ialah www.kakisembang.com. Pada Abe, blog ini sangat SIMPLE tapi MENARIK... Pengisian 'entri'nya cukup bagus untuk kita semua 'dapat' sesuatu IMPAK yang baik Dunia & Akhirat... Kalau korang tak caya, korang cubalah sendiri ke Blog Pilihan Que ni... Mudah je caranya, korang 'klik' je pada Banner Blog yang kat atas tu ataupun korang 'KLIK SINI'... Bila Abe tengok Entri Pertama Blog ni bertarikh 18 Jun 2012, terkejut jugaklah Abe sebab Blog ni baru je lagi, baru 9 hari. Abe ingatkan ni blog lama dah, tapi 'Entri'nya sudah cecah lebih 50... Korang nampakkan 'Effort' pemilik blog ni, tu yang Abe bangga tu... Korang jangan segan silu ye untuk jadi Sahabat Blog ni... Abe nak cakap kat korang, jom kita sama2 'support' Sahabat-Sahabat kita semua di Dunia Maya ni ye...  Selamat berkenalan dengan Blog WWW.KAKISEMBANG.COM

HTML BANNER CODE

<div style="text-align:center;font-size:12px;font-weight:normal;"><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgohkdc" width="468" height="60"><param name="movie" value="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgohkdc" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /></object><div><a href="http://www.flashbannernow.com/free-banner-code.php?bid=bgohkdc&imu=fb" target="_blank"></a><a href="http://www.flashbannernow.com" target="_blank" title="create web ad"></a></div></div>

Lapar punya pasal, sapu habis....



Salam

Kat putrajaya ni hujan je petang ni. Perut pulak, hurmmmmmmm meronta-ronta.... Lapar beb!!. Abe ni bab makan mmg no 1, bagai aur dengan tebing, seiring sejalan, hehhehehe...

So, Abe decide gi makan.. Cubakorang tengok, nilah hasilnya bila Lapau sudah mariiii..... Licin, sapu habis

Published with Blogger-droid v2.0.6

KISAH BENAR: Banduan Terakhir Sebelum di GANTUNG



Salam...

Abe adalah berjumpa dengan sorang kawan lama Abe, minum2 air sesama... Dia kerja di Penjara Kajang. Sedang borak-borak, dia adalah 'share' sikitla pasal 'Banduan Terakhir & Tali Gantung' ni... Katanya ada Blog yang dah publish cerita yang sama. Abe tertarik dengan perkongsiannya dan terdetik di hati Abe untuk kita semua kongsi tentang kisah ni. Terus je Abe gi ke Blog sepertimana yang dia gitau Abe tu. Klik SINI. Menurut cerita yg Abe baca, jika seseorang itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, dia boleh membuat rayuan. Namun jika ditolak, maka banduan tersebut harus menjalani proses KE TALI GANTUNG.

Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut,pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN 
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Menurut sumber Abe, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih sumber Abe ingatlah.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.
‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ ceritanya lagi.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG 
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Menurut sumber Abe, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut sumber Abe, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepadanya. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

miskin DI DUNIA tetapi KAYA di AKHIRAT...



JANGAN MEMPERLEKEHKAN orang MISKIN kerana mungkin dia miskin DI DUNIA tetapi KAYA di AKHIRAT......

- USTAZ AZHAR IDRUS -
Tuesday, 26 June 2012

JAGA MATA.. Jangan tengok benda yang bukan-bukan


Jaga mata..jangan tengok benda yang bukan2 

Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: 

(1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). 

(2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)

Menutup aurat adalah perintah Allah. Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat. Bertaubatlah sebelum terlambat.

SENYUMLAH.....walau TERPAKSA...


SENYUMLAH.....walau TERPAKSA...........

Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan. Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

Senyum Biarlah Pada Tempatnya

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan. Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik. Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.

Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli. Apakah pandangan korang ???.

Abe pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Masalahnya satu:

Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe.

Kita kena belajar dari peminta sedekah. Bila orang tersenyum kepada kita, ucapkan "TERIMA KASIH" atau "ALHAMDULILLAH". Bila kita ucap sedemikian, pemberi senyuman dapat gandaan pahala. Kita sebagai penerima senyuman yang mendorong pemberian pahala (oleh Tuhan) kepada pemberi senyuman pun secara otomatik menerima pahala. Cuba fikirkan bersama. insya Allah.

Sebenarnya nak dapat ganjaran pahala itu mudah. Nak cari dosa itu yang susah.

Abah Penceramah Bergitar...


Salam...

Semalam sedang Abe makan-makan, Abe terserempak dengan Abah... Terus pulun amik gambar terus, tak tunggu daaa.. Dekat SPRM, Abah ni memang seorang penceramah... Yang uniknya tentang Abah ni, 'Gitar' menjadi Teman Ceramah Abah....

Abah Penceramah Bergitar merupakan satu satunya penceramah bergitar yang masih ada & aktif di SPRM. Telah memulakan teknik ceramah motivasi musikal akustika unplugged santai secara bergitar sejak tahun1993. ICAC Hong Kong menghubunginya dengan kod ganti nama "The Guitar Messenger". Sila layari carian Youtube bertajuk : dong dong oma atau album videos dan foto keratan akhbar beliau didalam facebook 'Abah Penceramah Bergitar'. JaijxwpZ0yUvCalOHtAeSqcwUE0
                                
                                                                         Published with Blogger-droid v2.0.6
Monday, 25 June 2012

Wahai LELAKI BERJANGGUTLAH...


JANGGUT Merupakan SUNNAH KEKAL Hingga Ke Alam Kubur,
SEORANG LELAKI Akan Lebih Menyerlah KETAMPANAN & SIFAT KELAKIANNYA Apabila Mempunyai JANGGUT...

♥...Wahai LELAKI BERJANGGUTLAH...♥

Berdosakah BERBOHONG untuk kebaikan?


BERDOSAKAH BERBOHONG UNTUK KEBAIKAN...?

Jawapan: Berbohong untuk kebaikan sperti mendamaikan dua orang yang bergaduh, mententeramkan antara suami dan isteri serta menolong orang yang dizalimi adalah dibolehkan. Yang lain daripada itu TETAP dikira pembohongan dan pendustaan yang TIDAK SESEKALI dibenarkan. Wallahualam.

apabila FITRAH sudah dicemari oleh NAFSU


Berkahwin bukanlah ubat kuat untuk mengelak maksiat kemaluan seperti zina, ia hanyalah satu bentuk penyempurnaan tuntutan fitrah. NAMUN apabila fitrah sudah dicemari oleh NAFSU, kahwin TIDAK mampu mencegah maksiat, hatta berkahwin empat sekalipun.

Yang mampu mencegah zina adalah IMAN DI HATI dan FIKIRAN. Jika itu dicapai, tanpa berkahwin, seseorang itu MAMPU jauhi maksiat. Puasa mampu mencegah maksiat bukan kerana tidak makan minum, NAMUN kerana keimanan seseorang itu bertambah, lalu kuatlah taqwa & fikiran akhiratnya... 

Kemalangan di Lebuhraya ELITE


Salam...


Seperjalanan Abe nak ke Shah Alam, tetiba lak 'Jammed' teruk ngat... Mulanya Abe pikir mungkin sb 'roadblock'.. Yelah, ari2 minggu segini, Abg2 Polis biasanyalahkan kena diarah bertugas... Biasanyalahkan... Kan, kan, kan..

Rupa2nya, skali eksiden laaaa... Tapi mujur la Abe tengok takde sebarang kehilangan nyawa... Cuma hanya kerosakan kereta je... Abe sempat snap gambar kete je tadi...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Sunday, 24 June 2012

Banyak DIAM tidak semestinya BODOH


“Banyak DIAM tidak semestinya BODOH, banyak BICARA tidak semestinya CERDIK, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Hikmah dan rahsia DIAM:
•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

Speech is silver, but silence is golden... ^_^

EKSKLUSIF: Pemain bola sepak Philippe Senderos peluk Islam


LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.
Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

“Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.

*sumber: MetroOnline

EKSKLUSIF: Mr Bean @ The Curve...





CONGRATULATIONS on the Opening Of Mr Bean Malaysia...

Akhirnya, sampai jugak Abe ke sini... Ngam2 tepat jam 11.30 pg... Biasalah, register dulu... Hehehheh. Tetiba lak 'queachmad.com' terTurunkan 'signature'nya kat 'board' yg dikhaskan, hehhehehe (enterprem mesti)... Hasilnya korang tgk sendiri ye :)
Macam yang Abe gtau tadi, Abe cuma ingatkan Mr Bean Malaysia ni khas jual Air berasaskan soya je, tapi bila Abe dah di sini, rupa2nya Pancake Mr Bean pun ada dijual jgk, 'schumel' je Abe tengok... Cute sgt... (mood: tak sampai hati nak makan sb comel sgt). Kalau korang tgk pun korang mesti setuju ngn Abe, hehehhe... 'schumel' kan? Kan, kan, kan....
*Abe taknak citer lebih pasal Mr Bean Malaysia ni, kalau korang nak `ACU CUBA TRY TEST` produk Mr Bean ni, korang bolehlah datang sendiri ke The Curve... Kalau korang nak tahu jugak, ni adalah Kiosk Mr Bean Malaysia yang pertama tau... Best, berbaloi2 utk cuba... Tak caya, cubalah....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Mr Bean Malaysia...


Salam

Mr Bean Malaysia? Pelawak tu ke? Hurmmmmmmmmm..... Taklah.... Bila 'First' Sahabat Abe pelawa Abe ke Majlis Pelancaran Mr Bean Malaysia, Abe agak terkejut jugak lah... Dalam kepala Abe cuma satu je, 'Mr Bean tu Rowan Atkinson ke?... Ops.... tekaan Abe silap... Rupa2nya, Mr Bean Malaysia tu menawarkan pelbagai minuman dan makanan ringan kacang soya. Tua dan muda boleh menikmati minuman soya ais menyegarkan dicampur berperisa, ais-krim, lempeng, dan banyak lagi.
 

Mr Bean Malaysia menjanjikan untuk sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang menarik untuk semua orang. Sama ada ia susu soya tradisional untuk generasi yang lebih tua atau soya ais krim untuk anak-anak, produk Mr Bean Malaysia mengandungi kebaikan kacang soya dengan pemakanan tambahan ramuan pelbagai.
 

Menurut mereka, hanya ramuan yang terbaik dan gred tertinggi NGMO (Bukan genetik ubahsuai) identiti dipelihara kacang soya masuk ke dalam setiap produk, di mana setiap hari yang baru dibancuh untuk memastikan kesegaran yang optimum yang masuk ke setiap cawan susu kacang soya dengan sebarang bahan pengawet yang ditambah.
 

Pe2pun, nanti Abe akan berkongsi lagi pasal Mr Bean Malaysia ni jap lagi ye... Abe otw gi ke Majlis Pelancaran Mr Bean Malaysia ni, dengan Ben Ashaari, hehehhe...

Kuliah USTAZ AZHAR IDRUS di Masjid KUIS, 23 Jun 2012...


Salam...

Alhamdulillah, malam ni Abe berkesempatan untuk mengikuti secara LIVE kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid KUIS, Selangor... Walaupun terpaksa duduk jauh segini, tapi Abe bersyukur sangat sebab akhirnya dapat sampai jugak ke sini... 

Macam-macam HALANGAN yang terPaksa Abe tempuh untuk nak sampai ke sini... Gi ke Bank nk cucuk duit, kad kena telan... Nak gi isi Minyak, bimbang terlewat sampai umah... Kat sini Abe nak amik kesempatan nak mintak Jutaan Maaf pada Sahabat Abe, TintaMerah & Ammar sebab TerPaksa menunggu Abe dlm keadaan yang penuh BerSABAR... Ammar pulak Puasa, Abe mmg rasa berSalah sgt, mujurlah sempat jugak Abe belikan juadah berbuka pada Ammar td... 'At least', buleh jugak la Ammar alas perut sementara... Lebih kurang jam 8, sampailah kami ke sini, Alhamdulillah...

*Screen besar pun jadilah, asalkan Ilmu tu Abe dapat... Abe ke sini bukan semata-mata sebab Ustaz Azhar Idrus, TAPI Abe ke sini SEMATA-MATA UNTUK DAPATKAN ILMU ALLAH S.W.T...
 
Published with Blogger-droid v2.0.6

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com