Monday, 16 July 2012

IKTIBAR: Kesilapan Yang Tak Disengajakan


Salam

Cuba korang semua tengok klip video kat bawah ni, kemudian korang kaji apa yang TerSilap dalam klip video ni. Dari sini, korang akan dapat kesan kesilapan yang telah berlaku. Mungkin perkara ni telah terlepas pandang & ianya terjadi secara TANPA disengajakan. Kita hanya manusia & takkan boleh lari dari melakukan kesilapan, tentu saja kita semua inginkan kesempuraan, betul tak ????
Jadikan pengajaran dan iktibar disebalik semua kejadian yang menimpa, percayalah disatu hari nanti pasti akan ada hikmah disebalik apa yang terjadi ... 

p/s - Yang baik datang dari Allah & yang buruk datang daripada kelemahan manusia itu sendiri. Untuk komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen...
Sunday, 15 July 2012

TIPS: I'm NewBie BLOGGER - 2 Bulan 11 Hari... (Tips Untuk Blogger Baru)


Salam...

Pengalaman & Pembelajaran telah mengajar Abe banyak perkara... Abe kutip, Abe hayati, Abe bertanya, Abe mencari, Abe belajar, Abe hargai, Abe menilai, Abe pelajari, Abe kongsi, Abe rajinkan diri, Abe bekerjasama, Abe join segmen, Abe join 'Contest'..... Macam2 lagi lah.... Semua tu Abe lakukan sepanjang 2 Bulan 11 Hari ni... Sedikit sebanyak, banyak benda yang Abe dapat dari Dunia Maya ni... Benda baik yang kita kongsi, InsyaAllah ALLAH TAALA akan bantu kita... Sepanjang tempoh ni, Abe lihat sahabat yang terdekat dengan Abe pun telah mula menyokong penglibatan Abe dalam Dunia Maya ni... Tq KakiSembang.com & RonyAnuar.com. Harapan Abe agar semua Sahabat2 Abe, jadilah juga Sahabat2 mereka berdua...

Untuk itu, hasil daripada pembelajaran Abe dalam masa yang singkat ni, kali ini Abe sediakan satu kajian titipan khas buat blogger-blogger yang baru sahaja memiliki blog sendiri. Kita bantu sama2 kita ye... 'Support Each Other', bersaing cara sihat... InsyaAllah akan diRedhaiNYA... Harap2, TIPS2 kat bawah ni dapat membantu, sepertimana dulu Abe telah DI BANTU... Tq kepada Ben Ashaari, Abg Nan Mat Gebu (www.tiffinbiru.com), Geng Whatsapp Alamanda SPA & Resort (Ben, Fiza, Qaseh, Sue, Yanty, Mieza, Mk Syahir, Sis Lin & Cikali), Sahabat Que di www.queachmad.com ni (korang semua la ye, hehehhehe), Bloglist Sahabat Que di Putrajaya & Bloglist Inspirasi Que (korang semua jugak)... Okey, kita teruskan dengan TIPS dari Abe... Harap2 agar ianya dapat membantu korang semua...

1) Mulakan dengan Pengenalan

Nasihat Abe buat blogger baharu, mulakan blog korang dengan entri pengenalan. Ceritakan tentang misi korang untuk blog tersebut. Kenapa korang memilih medium blog, dan siapakah inspirasi korang dalam dunia blog ini? Macam Abe, korang semua dah tahu dah kan? hehhehehe... Ben Ashaari Abe jadikan Idola & Inspirasi Abe dalam dunia maya ni... Pengenalan kena Ringkas dan padat, semua suka dan mesti baca punya.

2) Selaraskan Penggunaan Bahasa

Gunakan bahasa yang korang rasakan sesuai dengan cara penyampaian korang. macam Abe, Abe biasakan diri Abe sebagai 'Abe'. Kekalkan stail bahasa korang. Jika korang menggunakan tatabahasa yang betul, itu lebih baik. :)

3) Sertai Segmen dan Pertandingan

Banyakkan menyertai segmen-segmen dan pertandingan (contest) untuk mempromosikan blog korang. Jika korang menyertainya, sekaligus secara tak langsung korang cuba membiasakan diri korang dalam dunia blog. :)

lagi TIPS, KLIK SINI...

EKSKLUSIF: Gambar Honeymoon Irma Hasmie-Reza Syah di Gold Coast, Australia tajaan D' Haja Boutique & Myzarra Travel


Salam

Wah, seronoknya mereka berHoneymoon.... Nak gi jugak.... Bilalah agaknya D' Haja Boutique nak taja Abe gi Honeymoon pulak, hehhehehe... Angan2 Mat jenin jelah... hehhehehe. Jangan Harap.. Ok lah, ni Abe share la pulak dengan korang semua sorg Selebriti yang kiyut macam DingDang ni, Puan Irma Hasmie... Ore Kelate wooooo, patutla 'schumel' semacam je macam NurAsmawani... Khabarnya. pasangan ini telah pergi berbulan madu di Gold Coast, Australia tajaan D' Haja... Sebelum ini majlis pernikahan Redza Syah Azmeer dan Irma Hasmie telah diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Persidangan Putrajaya dan pada 1 Julai Ahad, pula telah berlangsungnya majlis resepsi di MAEPS, Serdang.
Untuk pengetahuan semua pasangan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer telah selamat sampai ke tanah air semalam. D'Haja jenama tudung terkenal dan Myzarra Travel telah menaja pakej bulan madu Irma dan Reza.
lagi gambar KLIK SINI...
Saturday, 14 July 2012

REVIEW: Blog Pilihan Que [www.mksyahir.blogspot.com]


Salam...

Bagi REVIEW: Blog Pilihan Que kali ke 5 ni, Abe pilih BLOGGER HEBAT yang MEMANG tengah MELETOP, Mk Syahir. Abe terus ke Agenda Abe: Review Blog Pilihan Que. Satgi, kita ReRAMAI SERANGGGGGGGG Blog ni. Korang KLIKlah terus ke 'Banner' Blog kat atas tu untuk TERJAH!!! memang Berbaloi Baloi....
Blog seterusnya pilihan Abe kali ni ialah www.mksyahir.blogspot.com. MK SYAHIR ni kalu korang nak tahu, OTAI WOOOO.. Dengan tema 'persoalan', (Hidup Ini Penuh Dengan PERSOALAN, Di SANA Nanti Belum Pasti Jawapannya. Apakah? ). Mk Syahir ni memang baik sangat orangnya.... Hensem? Entah, tak tahu la pulak Abe... hehehhehehhe... Hensem lagi Abe... Mk Syahir, jangan MARAH ye :) Bab 'Entri' pulak, Abe tengok pengisian 'entri'nya cukup UNIK, PELIK,KELAKAR & KREATIF... BLOG yang KORANG WAJIB TERJAH!!! Kalau korang tak caya, korang cubalah sendiri ke Blog Pilihan Que ni... Mudah je caranya, korang 'klik' je pada Banner Blog yang kat atas tu ataupun korang 'KLIK SINI'... Abe letakkan Blog APAKAH? ni dalam Grup Bloglist 'Keluarga Que'... Abe sangat bangga dengan USAHA Mk Syahir ni... Korang jangan kecik ati, dengan korang jugak Abe bangga, sangat2 bangga sebab kita sama2 'support each other' kat Dunia Maya ni... blog korang pun ada jugak Abe masukkan dalam Grup Bloglist 'Inspirasi Que'... Korang jangan segan silu ye untuk jadi Sahabat Blog pilihan Abe ni ye ni... Abe nak cakap kat korang sekali lagi, jom kita sama2 'support' Sahabat-Sahabat kita semua di Dunia Maya ni ye... Selamat berkenalan dengan Blog www.mksyahir.blogspot.com 

HTML BANNER CODE

<div style="text-align:center;font-size:12px;font-weight:normal;"><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgxciby" width="468" height="60"><param name="movie" value="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgxciby" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /></object><div><a href="http://www.flashbannernow.com/free-banner-code.php?bid=bgxciby&imu=fb" target="_blank"></a><a href="http://www.flashbannernow.com" target="_blank" title="ad banner maker"></a></div></div>

EKSKLUSIF: Lagi Gambar-Gambar MENARIK Pernikahan Ella - Azhar


Salam

Aritu Abe adalah sikit letak Gambar Pernikahan Ella-Azhar dalam entri Abe yang lepas... Kali ni, Abe tambah lagi.... Lagi banyak gambar sekitar Perkahwinan mereka berdua... Sebelum tu baca apa yang menarik tentang pernikahan mereka:-    

1) Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman.

2) Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3) Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4) Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.

5) Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6) Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.

7) Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8) Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai) sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi berbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.

9) Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10) Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin. (Gua.com.my)

sebelum tu, korang tolong KLIK SINI bantu UNDI Header Abe okey, pastu LIKE ye... pastu back balik ke Blog ni ye.... TQ

gambar-gambar menarik Ella-Azhar KLIK SINI

FAKTA: Apa Yang Kita Tak Tahu Tentang Seorang Ayah


✔ Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

✔ Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

✔ Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

✔ Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

✔ Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

✔ Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya.. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

✔ Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya.. Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya.. Ayah pun tersenyum bahagia..

✔ Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

✔ Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

✔ Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 

*mintak tolong sat, tekan SINI pastu LIKE gambar Header Abe ye... Tq, Jasamu Dikenang

DASYAT: Petua Yang Dasyat.... hurmmm


Petua Anak Kecil Untuk Pandai Belajar 

(Ini khusus untuk orang lelaki sahaja. Orang perempuan DILARANG sama sekali untuk membaca petua ini. Terima Kasih.) 

Di sebuah sekolah rendah Kg Gajah, seorang guru wanita sedang mengajar mata pelajaran matematik. Tiap kali dia mengajar, dia tengok salah seorang anak murid dia asyik meludah dekat tapak tangan kemudian gosok dekat kepala. Hari-hari guru ni perhatikan tabiat anak muridnya itu, satu hari dia tanya.

Cikgu Anisah: Atan! Datang depan sini!

Atan: Saya datang cikgu.

Cikgu Anisah: Setiap kali saya mengajar, saya lihat awak ludah tapak tangan kemudian sapu dekat kepala awak. Mengapa awak buat macam tu?

Atan: Saya tak faham matematik cikgu! Saya buat macam tu supaya apa yang cikgu ajar senang masuk dalam otak saya.

Cikgu Anisah: Siapa yang ajar Atan macam tu?

Atan: Emak saya, cikgu.

Cikgu Anisah: Apa yang emak awak cakap? 

AMARAN: Perempuan jangan baca abis ye.... Untuk lelaki je tau (KLIK SINI)

TERKINI: Johan Qari & Qariah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54


Photo: JOHAN Qari dari Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali (kiri), 36, dan Johan Qariah dari Magribi, Hasnae Khoulali,19, pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini. - Foto BERNAMA
JOHAN Qari dari Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali (kiri), 36, dan Johan Qariah dari Magribi, Hasnae Khoulali,19, pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini. - Foto BERNAMA
Friday, 13 July 2012

TELADAN: Ucapan Merendah Diri Seorang PEMIMPIN - Bersangka Baiklah...


antara PIMIMPIN yang Abe kagumi...
Salam...
Malam ni Abe nak berkongsi dengan korang semua satu Tulisan yang pada Abe sungguh IKHLAS. Pada Abe, pemimpin merupakan teraju utama dalam satu pasukan... Bila dah diberi kepercayaan sebagai pemimpin, dia telah menggalasnya dengan baik... Abe terpikir untuk mencontohi seorang pemimpin ini. Sikapnya Abe kagumi... Semoga jika ada kesempatan diberi peluang untuk Abe memimpin, sikap beliau InsyaAllah Abe akan contohi... Abe tergamam dan kagum bila membaca ucapan beliau ini baru kejap tadi, sungguh merendah diri... Semoga ALLAH S.W.T akan terus menCekalkan hatinya untuk terus memimpin. Abe kongsikan dengan korang...

Assalamualaikum,

Pertamanya syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya diberi kekuatan untuk berkongsi maklumat dengan semua. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang memberi sokongan atas usaha saya ini. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dan pengajaran. Sesungguhnya nasihat menasihati itu amat penting bagi manusia yang amat lemah dan dhaif.


Ramadhan semakin hampir menjelma.... Sudah cukupkah persiapan kita menghadapi Ramadhan ? Adakah cukup persiapan kita dengan menempah baju raya,  membeli pinggan mangkuk baru, membeli kasut baru, membeli sambal daging (serunding), dan mengecat rumah? Saya tidak mengatakan salah untuk membuat perkara-perkara yang sebut tadi. Tapi saya menyeru untuk kita juga bersedia untuk transformasi diri sebelum menghadapi ramadhan yang sudah amat hampir dengan kita.


Wahai sahabatku, cuba kita renungkan pernyataan-pernyataan ini :-


1) Saya nak berubah, nak pakai tudung.... Tapi, nanti orang kata kita nak menunjuk-nunjuk pulak... Tak pe lah, asalkan hati kita baik dan ikhlas, tak pakai tudung pun takpe...
2) Sembahyang je kat bilik, nak buat apa sembahyang kat surau...kalau nak menunjuk-nunjuk pergi surau baik toksah pergi...
3) Tengok Mek Senah tu, sejak dah kawin ni, jalan pun tunduk je, ajak minum pun dah tak mahu, bukan kita nak mengurat dia puuuun ... Sombong betul...
4) Ek eleh, takkan baru lepas balik haji dah berhenti merokok ... Apa jahat sangat ke orang merokok ni ?
baca lagi KLIK SINI...

KISAH BENAR: Misteri di SERANG HANTU



Salam

Semalam adalah Abe wat 'entri' pasal Cik Ponti yang 'opismate' Abe gitau... Nak dijadikan cerita, mlm semalam jugak Abe adalah ke Gombak, umah seorang Doktor untuk jumpa beliau... Sampai sana, mcmbiasa, kami sembang2.. Dalam sembang2 tu, datanglah sorg kawan kepada Doktor tu nak jumpa beliau jugak...  Dia tu Cina... Pastu, tak semena-mena dia sapa Abe, Lu ni Blogger kan? Abe tersengeh je, Abe lak tanya dia... mana Abang tahu sy ada Blog? Dia pantas jawab, Wa ni Fans Ben Ashaari... 'Everyday' I Stalk His Blog... Pastu dia cakap lagi, I pernah mukak Lu punya Blog... Que kan? terkejut Abe bila dia siap tunjuk jari telunjuk skali, serious bebenor, mcm nak bertumbuk... hehehhehehe... Abe jawab je, ye. Saya masih baru lagi... Ben tu Mentor saya... Dia pantas tanya Abe, citer yg Lu buat fasal Pontianak di Putrajaya tu metul ke? Kalau metul, Wa ada citer best nak gitau Lu... Lu wat la story Waa, ni story menar, Wa tak reka... ni pengalaman Wa sediri... Abe pun jadi agak berminat jugak la... Abe ngn Doktor2 tu skali tumpang sekaki dengar citer Uncle Wee ni... kali ni serius takut Abe mau taip ni tajuk dia, klu baca cerita ni korang tau jg apa jenis benda ni... Abe kongsi dengan korang semua citer Uncle Wee ni.... (dalam versi pelat Cina), sama sepertimana Pelatnya Bahasa Melayu Uncle Wee....

Sikalang ada masa sikijap sdh ni mau cerita pengalaman yg Wa alami tahun 2001 semasa Wa kelja sementala, kilanya kilja kontrak la sebelum Wa sambung belajar.. Kilja tu Wa pasang itu Tower TNB yg bersayap tu mcm kapal terbang hehehe..

Kerja ni acctually syok walaupun berat. Sbb semangat kerjasama masa menjalankan tugas tu yg Wa suka, walaupun Kerja ni berat dan bahaya (x insuran lagi kami time tu/ sain mati tu kerja hehe). Tp bila part mau angkat dan sambung2 tu besi besar kasi bediri, kerja tu jadi senang sbb semua ada kerjasama.

Wa start ikut kawan kerja ni masa penghujung 1999.. Bermula di sekitar Semporna dan Tawau, pas tu Kunak, Lahad Datu sehingga kmi tiba di Kinabatangan pada tahun 2001. Kami tinggal di sebuah kg yg terletak sebelum jambatan kinabatangan tu klu dari KK.

Di kinabatangan ni kami menyewa sebuah rmh papan yg blh dikatakan mcm pondok jg la.. 

baca lagi KLIK SINI ye...

GEMPAR: Penemuan MAYAT Separuh Badan di DAMANSARA


PETALING JAYA – Penemuan mayat separuh badan yang terkeluar dari longkang berhampiran pasar raya Atria di Jalan SS22/21 di sini, akibat limpahan air hujan menggemparkan penduduk sekitar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat lelaki separuh badan dari paras pinggang hingga ke pergelangan kaki itu ditemui orang ramai pada 12 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada polis.

“Mangsa dipercayai dihanyutkan ke longkang terdekat berikutan hujan lebat dan terkeluar akibat limpahan air longkang ke jalan,” katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.

Beliau berkata mangsa memakai seluar jeans berwarna biru dan pihak polis masih mengesan sebahagian lagi mayat dengan menggunakan khidmat unit pengesan anjing K9. Arjunaidi berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati lebih dari 24 jam sebelum ditemui dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA

mintak tolong sat, tekan SINI pastu LIKE gambar Header Abe ye... Tq, Jasamu Dikenang

Published with Blogger-droid v2.0.6

AL FATIHAH: Polis Urus Jenazah Blogger Amukan Pedang Samurai di Putrajaya TANPA Ahli Keluarga


Upacara pengebumian Khalil Afandi Abd Hamid berlangsung dalam keadaan penuh tanda-tanya apabila hanya anggota polis dan ahli jawatnkuasa Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat menguruskan jenazahnya di Tanah perkuburan Islam di UPM di sini semalam. Tiada seorang pun kelibat ahli keluarga dan sahabat Allahyarham hadir pada upacara tersebut. Salah seorang ahli keluarga Khalil Afandi memberitahu, isteri lelaki itu tidak membenarkan seseipa pun hadir pada upacara tersebut.

"Isteri dia sudah pesan kepada kami supaya tidak datang termasuk rakan baiknya," dakwanya ketika ditemui di rumahnya Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya.

Jenazah Khalil tiba di Masjid UPM pada waktu Maghrib dan dibawa terus ke tanah perkuburan dengan diiringi 10 anggota polis dan dua buah kereta peronda milik pasukan keselamatan UPM.

Masalah timbul apabila tidak ada sesiapa yang dapat mengangkat jenazah ke liang kubur, namun pihak pengurusan masjid turut meminta bantuan daripada anggota polis dan pengawal keselamatan UPM.

Upacara pengebumian tersebut selesai kira-kira pukul 9.00 malam tadi
Thursday, 12 July 2012

FAKTA: Harta Yang BerHARGA...


mampu jadi suami solehkah Abe ni?
Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia meyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.
Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu menjaga amanah yang diberikan kepadanya. Dan isteri adalah amanah yang diberikan kepada seorang lelaki yang menjadi suaminya.
Suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu memperlakukan isteri dan anaknya dengan sifat-sifat yang terpuji, seorang suami yang soleh akan selalu memperlakukan isterinya dengan sabar; sabar dengan setiap kesalahan-kesalahan isterinya, dan memperlakukan isterinya dengan kelembutan dan penuh maaf saat isteri dipenuhi dengan emosi dan kemarahan.
Suami yang soleh adalah suami yang mampu menjadi pemimpin di dalam rumah tangganya. Seorang suami bagaikan pemerintah di dalam rumah tangganya, seorang suami yang soleh adalah yang mampu memperhatikan hak dan kepentingan rakyatnya di dalam pemerintahan yang dipimpinnya, iaitu isterinya.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu bersikap bijaksana di dalam tindakannya, menghargai pendapat isterinya, dan jika terjadi perbezaan pendapat dengan isterinya, dengan sikap terpuji dan penuh cinta kasih menghargai pendapat sang isteri, serta mencari titik temu bersama dalam kerangka yang diperintahkan oleh Allah dan mejauhi segala yang dilarang oleh Allah.
Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.
Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…
*adakah Abe mampu untuk menjadi seorang Suami Yang SOLEH?

CONTEST "MEGA 2012" HAZWAN HAIRY


Salam

Ni kali PERTAMA Abe nak join CONTEST sejak www.queachmad.com mula mengenali Dunia Maya ni 2 bulan lepas... Harap-harap kali ni ada rezeki la ye... Yang paling penting, CONTEST ni memang dari Blogger Hebat Hazwan Hairy (kalau korang nak tahu, Abe dah lama dah Follow Blog Retis kita ni, hehehhehe)... Takpelah, cuba je, manalah tahu ada rezeki..... Doakan Abe berjaya ye... kuikuikui
KLIK je Banner kat atas ni kalu korang nak join sama ye :)
Abe syorkan korang join la jugak 'Contest' ni. Lagi ramai join, lagi meriah wooooo.... Betul Abe cakap ni, meh la join sama.... mudah je caranya...

Header Abe ni biasa-biase je, simple je... Header orang tua la katakan, hehehhehe... Nak 'description' ek? Macamana ek Abe nak citer, mmmmmmmm. Ok ok, Abe rembat Motto www.queachmad.com jelah :: dimana dunia Maya & Nyata bertemu... Simple je 'description' dari Abe... selebihnya, korang 'describe' sendiri je...

*korang doakan Abe berjaya ye... LIKE banyak-banyak Header Abe OKEY, hehehhehehhe...

SANTAI: Leko-Leko Putrajaya, Presint Diplomatik



Salam..

Seharian hari ni, queachmad [dot] com ni duk asyik berSATUentri je citer sal Cik Ponti je, hehehhehe... Abe bukan ape, ada la jugak terdetik dalam hati ni nak gantikan Uncle Seekers duk kaji pasal Hantu... Guane, ada gaya tak? Perbezaan antara kami, Abe penakot, Uncle Seekers tak... Pastu perbezaan lagi, Uncle Seekers femes, Abe tak... Hehehhehe

Ok ok, tak mau melalot kelain lak. Terus ke agenda apa yang Abe nak cerita... Balik keje tadi, tetibe je Lelapar la pulak rasanya... Dalam kepala otak Abe pikir satu je, nak cari mende makan yang simple & cepat... Maksudnya, 'Ready To Eat' terus... Takyah nak kena tunggu lama untuk di makan... Nak dijadikan cerita, maka bermulalah Era Pencarian makanan 'Ready To Eat' oleh Abe, hehehehhe...

Maka, terSinggahlah Abe ke tempat ni, Leko-Leko Putrajaya... Lama dah Abe nak singgah sini, nak cuba... Terima Kasih En. Eis sekalu pemilik Leko-Leko Putrajaya sebab mempelawa Abe ke sini... Maka, tanpa tunggu lama, dapatlah kat Abe 1 Kopok Leko saiz L perasa Black Pepper... Saiz M & saiz S pun ada dijual tau... Harga? Memang berpatutan, memang mampu beli sangat. Yang untungnya Abe nak gitau korang, korang tak perlulah semata-mata kena pegi ke Teganu nak cari Kopok Leko ni, kat Putrajaya pun korang dah buley dapat Kopok Leko... Sodappppp Waaaa cakap Luuuu...

Lepas siap dibungkus, maka mahu baliklah Abe ke singgahsana Abe, hehhehehe... Classic giler bahasa... Tengah berjalan ke kereta, terpandang la pulak Secret Recipe di sebelah kanan. Maka dengan itu, TerBeli la pulak kek Chocolate Indulgance sepotong je... Penat membeli, maka baliklah Abe ke singgahsana menaiki Kuda bernombor 86 terCinta... Hasilnya, tudia.......... makanan petang siap terhidang depan mata, tunggu ngap je... Selamat minum & makan di petang yang Ceria ni...

*Korang pulak, tak nak cuba ke Leko-Leko Putrajaya? kalau korang nak cuba try test, korang bolehlah terus ke kedai Leko-Leko Putrajaya... Senang je nak cari kedainya. Landmark paling senang yang Abe buleh bagi, korang cari je Mydin Putrajaya... Kedai Leko2 Putrajaya ni duk bertenggek tepi kanan selajur dengan Mydin Putrajaya... Kalau guna GPS pun, taip je Mydin Putrajaya, memang GPS akan bawak korang terus ke Leko-Leko Putrajaya tanpa ragu2... Hehehhehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

TERKINI: Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Matrikulasi / Asasi / Diploma Atau Setaraf (Ijazah Pertama) Bagi Sesi Akademik 2012/2013



Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM Atau Setaraf Bagi Sesi Akademik 2012/2013
Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Progran Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan hari ini.

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan STPM/ Matrikulasi / Asasi / Diploma Atau Setaraf (Ijazah Pertama) Bagi Sesi Akademik 2012/2013

Calon-calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari.

Pemohon boleh menyemak permohonan menerusi tiga saluran utama iaitu :-

1. Internet :
2. SMS: Taip UPU RESULT (NO KP) dan hantar ke 15888
3. Telefon : 
  • Helpline : 03-8870 6777
  • Talian Am : 03-8870 6755 / 6766
  • Hotline UPU : 03-8870 6767

e-Rayuan PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF

Bagi yang tak bernasib baik, anda boleh membuat e-Rayuan mulai 13 Julai hingga 22 Julai 2012. 


MISTERI: Hantu Pontianak Mata Merah Di Putrajaya?


gambar hiasan, Cik Ponti (bukan gambar sebenar kejadian)
Salam...

Betul ke ada Pontianak di Putrajaya? Ni soalan yang pertama yang Abe tanya selepas 'opismate' Abe bukak cerita pasal kawannya yang bertugas meronda di sekitar Putrajaya terNampak gelibat Cik Ponti daripada celah pokok pastu merenung tajam Mata Merahnya ke arah dia... Kata 'opismate' Abe tu lagi, kawannya tu siap dapat tangkap gambar Si Ponti tu... Cuma dia je tak sempat nak 'bluetooth' amik gambar tu daripada kawannya sebab HP dia terlalu canggih, takde 'bluetooth' hehehehhe...

Lokasi penampakan Si Ponti tu adalah sekitar Pejabat Ex-PM kita... area Putrajaya... nanti kalau dapat gambar tu, Abe akan tunjuk kat korang.... kalau dapat la, Abe tak janji. pe2pun, Abe akan siasat hal ni... manalah tahu, kot-kot memang ada sungguh ke, gimik ke, apa ke? Wallahualam...

REVIEW: Blog Pilihan Que [www.santaileeza.blogspot.com]


Salam...

Alhamdulillah, berkesempatan sekali lagi Abe untuk buat REVIEW: Blog Pilihan Que kali ke 4 ni. Sampai bila2pun Abe tak lupa untuk dedikasikan Jutaan Terima Kasih buat korang semua yang terus sama-sama dengan Abe tanpa jemu & dengan penuh rasa persahabatan untuk sama2 memeriahkan Dunia Maya ni... Terima Kasih ya... Abe terus ke Agenda Abe: Review Blog Pilihan Que. Kali ni, 'straight to the point', kita sama2 menjengah ke Blog ni. Satgi, korang KLIKlah terus ke 'Banner' Blog kat atas tu untuk TERJAH!!! memang sempoi Blog SantaiLeeza ni :)

Blog seterusnya pilihan Abe kali ni ialah www.santaileeza.blogspot.com. Dengan tema 'ceria', (hidup dengan barisan idea dan perisai minda). Alieza Dayasari ni kalu korang nak tahu, adalah antara pengomen TEGAR kat Blog Abe ni, hehhehehe Tq. Bab 'Entri' pulak, Abe tengok pengisian 'entri'nya cukup BERSAHAJA & PADAT... Ni antara BLOG yang KORANG JUGA MESTI TERJAH!!! Kalau korang tak caya, korang cubalah sendiri ke Blog Pilihan Que ni... Mudah je caranya, korang 'klik' je pada Banner Blog yang kat atas tu ataupun korang 'KLIK SINI'... Abe letakkan Blog SaitaiLeeza ni dalam Grup Bloglist 'Inspirasi Que'... Kali nipun, Abe sangat bangga dengan USAHA pemilik Blog ni... Korang jangan kecik ati, dengan korang jugak Abe bangga, sangat2 bangga sebab kita sama2 'support each other' kat Dunia Maya ni... blog korang pun ada jugak Abe masukkan dalam Grup Bloglist 'Inspirasi Que'... Korang jangan segan silu ye untuk jadi Sahabat Blog pilihan Abe ni ye ni... Abe nak cakap kat korang sekali lagi, jom kita sama2 'support' Sahabat-Sahabat kita semua di Dunia Maya ni ye... Selamat berkenalan dengan Blog www.santaileeza.blogspot.com

HTML BANNER CODE

<div style="text-align:center;font-size:12px;font-weight:normal;"><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgkjdzu" width="468" height="60"><param name="movie" value="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgkjdzu" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /></object><div><a href="http://www.flashbannernow.com/free-banner-code.php?bid=bgkjdzu&imu=fb" target="_blank"></a><a href="http://www.flashbannernow.com" target="_blank" title="make a banner online"></a></div></div>
Wednesday, 11 July 2012

INFO: Proton Prevé R3 & Proton Prevé RS






Petang2 segini, ngantuk pun ada, penat pun ada, huhuhuuhuhuh... Sebab sume keje dah siap dah, heheheh... Nak tido tak buley, kat tempat keje ni wooooooo....

Ape lagi, godek2 lappy la.... Abe ni ada jugaklah minat kat Proton Prevé ni... Smart jugak bila skali tengok, pastu bila dua kali tengok, smart tu dah mula kurang... Hehheheh... Tiga kali tengok, menyampah pun ada... Hahhaha, jahat tul... Macam de sesuatu yg tak kena je... Tu apa yg Abe rasa jelah, korang punya rasa Abe tak tahu... Mungkin tak sama pendapat korang dengan pendapat Abe... Tu pendapat Abe bagi Prevé standart je, yg tak bikin apa2... Kiranya standet kedai la... TAPI, tetiba je Abe berubah pikiran bila je takTerSengaja terJumpa model kat atas ni... Schumel la pulak, terus berkenan....

Katanya, Proton memang akan keluarkan model R3 & juga model RS bagi Prevé ni... Kalaulah betul, Abe ley agak mesti MEEEEELETUPPPPPPP, panas MEMBARA macam Blogger Baru, RonyAnuar.... Kalau korang tak caye, korang gi lah BW kat www.ronyanuar.com... PANAS MEMBARA waaaa cakap luuuu....

*lawa camnepun Prevé R3 ke, Prevé RS ke, Abe tetap impikan nak Afysa jugak.... Afysa Oh Afysa... I Love U Afysa... Love U after NurAsmawani, hhehehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Afysa Oh Afysa..



Salam...

Minat sungguh la kat Afysa... Suka tengok body dia, cantik... Patern latest punya... Tapi mahal lagi la, bila la tak tahu buley pakai dia..... Afysa oh Afysa........ Tunggu la kau, nanti la kau, naik kau... Hehhehehe

*hahaaha, korang jangan pk lain ye. Kalu pk lain, mesti korang otak kuninnnnn jugak..... Mcm Abe :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Peguam Kamal nafi kenal Uncle Seekers


Uncle Seekers

KUALA LUMPUR - Peguam Kamal Hisham Jaafar menafikan pernah mengenali atau berjumpa dengan pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdulah Syed Hussein Al-Attasyang kini ditahan reman oleh polis. Selain itu, beliau turut menafikan pernah mengupah Uncle Seekers untuk memaparkan artikel mengenaidakwaan penganiayaan Sultan Johor keatasnya.

“Dalam blognya, beliau telah memaparkan artikel berkaitan penganiayaan terhadap saya dan beberapa dokumen lain selaras dengan apa yang saya perjuangkan. “Namun, saya pelik bagaimana beliau boleh dapat dokumen-dokumen itu sedangkan saya tidak pernah bertemu beliau," katabeliau pada sidang media menerusi telefon kira-kira 30 minit dipejabatnya, petang ini. Sehubungan itu, Kamal Hisham berkata, beliau meminta peguamnya mengkaji perkara itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uncle Seekers.

“Saya juga banyak dikritik dan dikutuk di dalam blognya itu. Saya ada minta rakan dia sampaikan pesanan supaya berhenti mengkritik saya, jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya. Katanya lagi, beliau harap beberapa isu yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini disiasat oleh pihak polis dengan adil termasuk yang dipaparkan di laman blog Uncle Seekers. “Saya cuma mahu tegaskan lagi, saya tidak tahu dan pelik bagaimana Uncle Seekers boleh dapat akses kepada semua dokumen yang dipaparkan di laman blognya sedangkan saya tidak mengenalinya.

"Biarlah polis siasat perkara ini dengan adil,” katanya.
Tuesday, 10 July 2012

EKSKLUSIF: Zina Cyber @ Zina di Alam Maya


Zina Cyber atau Seks melalui Internet... Korang pernah dengar tak? KES pasangan bercinta melalui alam maya bukan lagi isu biasa. acap kali kita dengar akhir2 ni... Tadi Abe adalah jugak bukak Blog2 Ilmiah, banyak Info tentang ni Abe dapat baca. Antaranya yang Abe terKesan bila baca ialah penceritaan & perkongsian dalam topik ni. Teringat pulak Abe pada suatu masa dulu, Abe pernah berbincang pasal ni dengan Sahabat Abe, seorang Peguam Syariah. Dalam ingat2 lupa, kat sini Abe cuba untuk kongsikan Info menarik ni bersama korang semua. Bukan ada tujuan lain untuk kenakan sesiapa, jauh sekali nak memalukan sesiapa ataupun menjatuhkan maruah sesiapa, tiada niat Abe ke arah tu. Tujuan asal perkongsian Abe ni adalah semata mata untuk menasihatkan diri Abe sendiri, itu saja. Dan mungkin dengan perkongsian ni, akan memberikan manfaat kepada semua, amik pengajaran ke arah kebaikan. Dapat pahala apa meninggalkan benda yang berdosa... Ni Abe 'copy' sikit daripada perkongsian beliau. 

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes rumahtangga terkini, enam daripada 10 kes rumah tangga berpunca daripada cinta yang bermula di alam maya. Realitinya, individu tidak kira lelaki atau wanita mudah terpedaya dengan cinta alam maya kerana mereka ini terlibat dengan perhubungan tidak nyata. 

Secara khususnya, mereka ini tertipu dengan kebaikan diri pasangan yang tidak dikenali secara zahir dan berterus terang. Lazimnya setiap individu akan berusaha untuk menonjolkan yang terbaik bagi menambat hati rakan baharu yang dirasakan sesuai menjadi teman istimewa. Hubungan siber jadi lebih indah apabila pasangan baharu berusaha untuk memahami kekalutan yang dihadapi, kononnya sedia berkongsi apa sahaja permasalahan. 

Zina siber
Saya pernah kendalikan kes pasangan yang bermasalah disebabkan si suami berzina menerusi internet, menggunakan e-mel untuk mengirimkan gambar-gambar bogel kepada pasangan. Perhubungan bertemu muka tidak berlaku dan sekadar bertukar gambar bogel masing-masing (secara spesifik, gambar alat sulit masing-masing sahaja, tanpa wajah) disertakan dengan ayat-ayat yang merangsang nafsu. Si isteri yang terjumpa kesemua e-mel itu pastinya tidak dapat bersabar apatah lagi menerima. Bukan saja suami, satu kes hujung tahun lalu, perkahwinan berusia enam bulan berakhir apabila suami mendapat tahu kerja jahat si isteri bermesej lucah dengan rakan-rakan siber. 

baca lagi KLIK SINI

TERKINI: Rita Rudaini - Aidil Zafuan dinasihatkan berbincang cara baik


SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak dinasihatkan oleh Mahkamah Syariah Daerah Petaling di sini untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi mereka. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu sewajarnya berbuat demikian bersempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi. "Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka. "Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya. "Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik," ujarnya.

Dalam pada itu, peguam Syarie defendan (Rita), Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan kepada mahkamah, anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing. "Sebelum ini kita juga sudah membuat satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak tetapi pihak plaintif menarik balik kerana tidak jadi untuk bercerai dengan defendan. "Bagaimanapun pihak anak guam saya sangat terbuka dengan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut ini dan berharap pihak plaintif akan bersetuju dan memberikan komitmen," katanya.

Membalas kenyataan tersebut, Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari berkata, perbincangan itu boleh dilakukan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah mereka secara keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja. Sementara itu, pihak defendan telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukan. Wan Mahyuddin juga mengarahkan pihak plaintif mengemukakan jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak defendan. Peguam Syarie plaintif memohon 14 hari untuk mengemukakan jawapan balas terhadap bantahan awal tersebut.

Aidil bagaimanapun tidak hadir pada sebutan tersebut kerana tidak dapat pelepasan kerana terikat dengan latihan untuk menentang pasukan Arsenal pada 24 Julai depan. Sebutan kes pasangan itu ditangguhkan pada 7 Ogos depan pukul 9.30 pagi. Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka. Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

EKSKLUSIF: Kontroversi Erra Fazira - Amar Baharin, BERAKHIR


Amar Baharin berasa bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan gosip hubungan bersama Erra Fazira. 

KUALA LUMPUR: Amar Baharin Bebas Tidak Lagi Dikaitkan Dengan Erra Fazira. Pelakon Amar Baharin berkata dia berasa semakin bebas sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Erra Fazira sebelum ini. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 27, berkata gosip yang timbul kerana salah faham itu berjaya diatasi dengan baik kerana dia tidak pernah melatah atau mengelak ketika diajukan pelbagai pertanyaan berhubung dakwaan tersebut.

“Sudah tentu sebagai orang baru, saya akui agak terkejut ketika mula-mula dikaitkan dengan gosip hubungan saya dengan dia (Erra) tetapi saya cuba hadapinya dengan tenang dan rasional. Dengan bantuan seorang wartawan senior, salah faham yang timbul itu berjaya dileraikan dan cerita itu tidak lagi diperkatakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya tidak melakukan perkara seperti yang didakwa,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Sebelum ini, Amar didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra dan dituduh menjadi orang ketiga kepada konflik rumah tangga aktres popular itu. Bekas finalis program Anak Wayang (2009) ini berkata, dia bersyukur kerana perjalanan kariernya bertambah baik dan lancar sejak namanya tidak lagi dikaitkan dengan tuduhan itu. “Sebelum ini, saya risau juga apabila orang mengenali saya kerana kontroversi. Padahal saya dan Erra hanya kenalan artis di lokasi penggambaran kerana kami berlakon bersama beberapa kali. “Kami tidak rapat pun seperti didakwa. Alhamdulillah, kini saya berasa semakin bebas dan tidak lagi tertekan dengan gosip itu dan dapat bekerja seperti biasa tanpa tekanan,” katanya.

Mengenai perkembangan karier, Amar berkata sehingga kini dia masih mencari karakter yang bersesuaian bagi menonjolkan bakatnya kepada khalayak umum. “Saya masih terlalu baru, lebih kurang tiga tahun saja pembabitan dalam bidang lakonan. Saya tidak boleh memilih tawaran kerana masih mencari karakter yang bersesuaian. “Saya mahu menjadi pelakon yang versatil. Setakat ini, saya masih belum mendapat watak yang unik atau benar-benar menguji kemampuan bagi menilai prestasi diri ini,” katanya.

Amar yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Geng Surau musim kedua, kini sibuk di lokasi telefilem Aidilfitri berjudul Pontianak Beraya Di Kampung Batu 2 arahan Michael Ang di samping Didie Alias, Erra Fazira dan Yasmin Hani. Aksi lakonannya boleh ditonton dalam drama Nazihah yang kini disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9 malam di TV3.

TERKINI: Al-Fatihah Kepada Blogger JAYA NEGARA - Amukan Pedang Samurai di Perkarangan JPM, PUTRAJAYA


Al- Fatihah kepada Arwah Jaya Negara
Salam...

Terlebih dahulu kita sama2 sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah... Langsung Abe tidak mengenali Arwah, malahan mungkin kita semua TIDAK pun PERNAH mendengar apa-apa pasal Blog Jaya Negara ni... Tetiba je semalam, kita telah dikejutkan dengan Insiden yang tak perlu Abe cerita kat sini pasal apa, 'sure' korang dah tahu kan...

Abe bukan siapa2 pada Arwah. Korang jugak pun MUNGKIN bukan siapa2 pada Arwah. TAPI yang pastinya, kita semua Saudara SeAgama dengan Arwah... Kita tidak tahu apa yang terjadi pada Arwah, kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, kita tidak tahu mengapa ianya berlaku, CUMA yang PASTI ianya dah berlaku... yang membawa kepada kehilangan nyawa. JADI, janganlah kita membuat andaian kita sendiri... Biarlah pihak sewajibnya mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran kita semua... Abe tak pandai nak hurai lebih sebab Abe tak ada jawapan...

Sedikit Info pasal Blog Jaya Negara yang Abe tahu... Sumber bahawa Arwah juga adalah seorang blogger ni Abe dapat melalui Blog KakiSembang.. Terima Kasih KakiSembang.com untuk Info yang TERKINI... Blog Jaya Negara masih baru lagi, 'entri' pertamanya pun ialah pada 4 June 2012.. Abe adalah sekali imbas BW kat Blog Arwah dan Abe dapati, isi kandungan Blog tersebut memang terlalu PERIBADI pada Arwah... Tapi yang pasti pada hemat Abe melalui BW, Arwah menulis tentang apa yang beliau rasa saja jika berdasarkan tulisan2nya... bukan sebab beliau pro pada mana2 pihak...

*apa2pun, jangan buat andaian lain yang boleh menambahkan dosa kering... Al Fatihah buat Arwah Jaya Negara
Monday, 9 July 2012

TERKINI: Amukan Pedang Samurai Di Perkarangan JPM, Putrajaya


Tengah memandu tadi, Abe dapat panggilan daripada rakan2 dari JB & Kelantan bertanyakan pasal amukan di Perkarangan JPM Putrajaya. Pastu pulak, Ben Ashaari juga ada maklumkan pasal ni pada Abe disamping rakan2 Wassap... Terus Abe hubungi kawan kat sana untuk buat pengesahan pasal hal ni... Sumber terkini dari Hospital Putrajaya bagitau yang lelaki yang ditembak tu dah meninggal dunia di Hospital manakala perempuan pasangannya itu masih lagi dirawat di Hospital Putrajaya.

Ni keratan daripada link yang member Wassap Abe bagi. Link daripada Utusan Online:-

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan cermin sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

Credit to: KakiSembang yang berada LIVE di Perkarangan JPM Putrajaya. Yang ni pula sumber kemaskini TERKINI daripada Sinar Harian Online:-

[DIKEMAS KINI JAM 5.45 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia. Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur. Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka. Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri. Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis. Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan. Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari. Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.

EKSKLUSIF: Gambar Neelofa di Tanah Suci MEKAH


Salam Petang...

Sesaje je di petang ni, tengah Abe sibuk2 bukak fb Abe, Que Achmad, tetiba lak Abe tertengok ada orang upload gambar Neelofa kat Mekah. Cantik sangat... Abe bukan apa, minat ngat kat Neelofa ni.. pada Abe, 'schumel', hehhehehehe... TAPI nak Abe jelaskan dalam2 lagi, kecomelan Neelofa takdapat menandingi kecomelan NurAsmawani, hehehehhe.... NurAsmawani tetap No 1...

EKSKLUSIF: Kontroversi Kukuhkan Kasih Sayang Watie (Elite) & Joey


Watie dan Joey mengakui ikatan kasih sayang mereka semakin kuat selepas melalui pelbagai rintangan dalam hubungan mereka. 
  SUBANG JAYA: Penyanyi dan pelakon Watie Sadali (Elite) berkata kehidupannya semakin gembira dan bermakna sejak enam bulan melayari alam rumah tangga dengan Joey Daud. Watie, 36, berkata cemuhan dan pelbagai kontroversi mengenai perkahwinan mereka sejak hampir setahun yang lalu sebenarnya menguatkan lagi hubungan kasih sayang antara dia dan aktor itu.

"Kehidupan saya bertambah gembira walaupun agak penat dengan komitmen kerja dan tanggungjawab sebagai isteri. "Namun saya bersyukur kerana pelbagai kontroversi dan cemuhan orang menguatkan lagi kasih sayang antara kami hari demi hari," katanya

Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya di perkarangan Mydin Mall USJ di sini pada malam Sabtu lalu, bersempena acara kemuncak Festival Kerja Kahwin ke-7. Watie dan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 38, bernikah secara rahsia pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat sini dengan berwalikan adiknya Mohd Nor Azni Sadali. Watie dan Joey telah bernikah secara senyap pada Disember tahun lalu. Mengenai majlis resepsi tersebut, Watie berkata dia tidak menjangkakan majlis resepsi kedua mereka meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

"Saya pun tidak jangkakan ramai tetamu hadir. Kalau diikutkan lebih ramai lagi yang mahu datang tetapi mungkin kerana mereka ada urusan lain pada malam ini (malam Sabtu). "Apa pun saya gembira dan berpuas hati dengan kelancaran majlis ini. Saya dan suami berterima kasih kepada penganjurnya Festival Kerja Kahwin yang menyiapkan persiapan terbaik untuk kami," katanya. Majlis resepsi pasangan itu dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 360 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis dan para peminat.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis itu adalah pelakon Nadia Mustafar, Maimunah Ahmad atau Mak Jah, penyanyi Nash dan Linda Rafar sekeluarga. Majlis resepsi pertama mereka diadakan pada 1 Mei lalu di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Dalam perkahwinan sebelum ini Watie dikurniakan dua orang anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia manakala Joey mempunyai seorang anak.

*sumber: mStar Online

REVIEW: Blog Pilihan Que [www.ronyanuar.com]


Salam...

Alhamdulillah, berkesempatan sekali lagi Abe untuk buat REVIEW: Blog Pilihan Que kali ke 3. Sampai bila2pun Abe tak lupa untuk dedikasikan Jutaan Terima Kasih buat korang semua yang terus sama-sama dengan Abe tanpa jemu & dengan penuh rasa persahabatan untuk sama2 memeriahkan Dunia Maya ni... Terima Kasih ya... Abe terus ke Agenda Abe: Review Blog Pilihan Que. Kali ni, 'straight to the point', kita sama2 menjengah ke Blog ni. Satgi, korang KLIKlah terus ke 'Banner' Blog kat atas tu untuk TERJAH!!! Best Waaa Cakap Luuu :)

Blog seterusnya pilihan Abe kali ni ialah www.ronyanuar.com. Dengan tema 'Gelap & Berapi', (bila jari berbicara....hati ibarat telinga, akal pengganti mata...) Fuhhhhh, gerun Abe sekaligus bila meMula 'BlogWalking' ke sini... TAPI bila dah ada di situ, Abe tengok pengisian 'entri'nya cukup  MENARIK, BERSAHAJA & PADAT... Ni antara BLOG yang KORANG MESTI TERJAH!!! Kalau korang tak caya, korang cubalah sendiri ke Blog Pilihan Que ni... Mudah je caranya, korang 'klik' je pada Banner Blog yang kat atas tu ataupun korang 'KLIK SINI'... Abe letakkan Blog RonyAnuar ni dalam Grup 'Sahabat Que Di Putrajaya'... Kali nipun, Abe sangat bangga dengan USAHA pemilik Blog ni... Korang jangan kecik ati, dengan korang jugak Abe bangga, sangat2 bangga sebab kita sama2 'support each other' kat Dunia Maya ni... blog korang pun ada jugak Abe masukkan dalam Grup 'Inspirasi Que'... Korang jangan segan silu ye untuk jadi Sahabat Blog pilihan Abe ni ye ni... Sedang asyik BW kat Blog ni, TETIBA baru je Abe TerPerasan yang Blog ni rupanya masih baru lagi, baru 21hari... Mesti korang HERAN kan, di usia semuda segini TAPI pengisian 'entri'nya terasa macam Blog ni dah lama bertapak di Dunia Maya ni... Kalau tak silap Abe, Blog ni seUsia dengan Blog www.kakisembang.com. Kedua2 sama2 syok untuk di Terjah, hehehe... Abe nak cakap kat korang sekali lagi, jom kita sama2 'support' Sahabat-Sahabat kita semua di Dunia Maya ni ye... Selamat berkenalan dengan Blog www.ronyanuar.com

HTML BANNER CODE

<div style="text-align:center;font-size:12px;font-weight:normal;"><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgiavqb" width="468" height="60"><param name="movie" value="http://free.flashbannernow.com/freebanner_fb.swf?bid=bgiavqb" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /></object><div><a href="http://www.flashbannernow.com/free-banner-code.php?bid=bgiavqb&imu=fb" target="_blank"></a><a href="http://www.flashbannernow.com" target="_blank" title="web banners online"></a></div></div>
Sunday, 8 July 2012

EKSKLUSIF: Gambar Perkahwinan Ella & Azhar



Hari yang paling bersejarah buat Ratu Rock kita, Ella yang telah bernikah dengan Azhar Ghazali. Apa kata kita layan gambar Perkahwinan Ella & Azhar Ghazali
 [20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakorkahwin ella dan azhar ghazalikahwin ella
[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor
[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor
[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor
[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor
[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor
[20 Gambar] Sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar - Terbakor
ella dan azhar
perkahwinan ella dan azhar
*credit to: Rotikaya & google

Post Terbaik Que Minggu Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Welcome

Welcome

Exchange Bloglist Que

Sahabat Que

Search Blog Que

Loading...

Follow us on Facebook

Hak Cipta Que Achmad @ 2010 (www.queachmad.com). Powered by Blogger.

Klik LIKE & join Abe di Facebook

Please wait..15 SecondsX

Google+ Followers

Bloglist Que I

Que Achmad menulis...

Sahabat, Abe alu-alukan komen korang semua kat 'entri2' Abe.. Senang je caranya: Korang Klik pada Tajuk Entri, pastu 'Post A Comments' je.. Terima Kasih, Jasamu Dikenang.. Pe2 hal, email je Abe di: queachmad@queachmad.com