Allahyarham Koperal Mustaghni Tabir
Anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang
Selatan, Koperal Mustaghni Tabir, 48, meninggal dunia kira-kira jam
11.50 pagi tadi.
Mustaghani sebelum ini dirawat di Unit Rawatan
Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) cedera parah di kepala
dipercayai akibat dilibas dengan topi keledar oleh “mat rempit” ketika
sedang menjalankan operasi di Jalan Gembira, Taman Bunga Raya, di sini
jam 3.30 pagi, Ahad lalu.
SEDIH...Norizan memeluk anaknya, Khairunnissa. Di kanan, Mohd Hafiz.
“Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah
jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa
Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat
dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.
Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,
semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika
mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghani Tabri, 48, yang terdetik
sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.
“Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah
kata kalau dia koma macam itulah jadinya,” katanya yang tak dapat
menahan sebak.
Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula
berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu
suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.
Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak
balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat
menerima.
*sumber: MyMetro & BHOnline